27 October 2012||Port Klang.
Alhamdulillah…
Aidiladha 1433h merupakan Hari Raya Qorban pertama bagi kami. Zahiriah mungkin kelihatan kami berdua, tapi hakikatnya adalah sambutan pertama bagi kami ‘bertiga’..alhamdulillah rezeki daripadaNya..
Seperti dirancang, untuk Hari Raya Aidiladha pada tahun ni, giliran kami untuk menyambutnya di sebelah pihak Puan Nunu di Port Klang. Lega sebab diapprovekan balik bercuti ke semenanjung, kalau tak, memang pasrah beraya di Bintulu bersama teammates lain le..
Selepas solat Aidiladha, terus bergerak pulang ke kampung tok nenek Puan Nunu di Pulau Indah. Ada yang bertanya tentang perbezaan kemeriahan di sini dengan dibelah Terengganu/Kelantan.. untuk lebih adil, jawapan aku adalah ‘lebih kurang sama je..’ ..heheh..lagipun, termasuk tahun ni, dah 3 tahun aku tak beraya Qurban di Besut..insyaAllah, tahun depan akan pulang nanti..

Kredit to Addina.
Hasil Qurban famili aku di Besut. Nak masak apa ngan kepala ni pon aku tak pasti..goreng pon sodap kan..
*Macamana dengan sambutan Aidiladha di tempat korang lak? Ada readers yang turut serta dalam ibadat korban tahun nih?


Tahun tak kesempatan nak tolong orang surau lapah lembu korban….gua berkerja demi sepinggan makan pagi – tengahari dan malam…..
chill bro! lu kerja time raya, dah leh tampung seminggu makan tghari aku pe..triple maa