April 23, 2024

Lokasi Baru Butik Lima Waktu.

Sampai ke hari ini, telinga aku masih terngiang-ngiang lagu tema jenama kurta no.1 Malaysia, jenama Lima Waktu. “Lima Lima Waktu..Lima Lima Waktu”

Allahu..indah susunan irama..walaupun lirik dia ringan ringan macam tu je, tapi melekat di kepala ni. Pada aku, lirik tu ada dua maksud. Omputih cakap “Kill birds with one stone”

Bila dengar sahaja “Lima Waktu”, secara otomatik akan teringat tentang Rukun Islam yg ke-2, menunaikan solat fardhu lima waktu. Yang kedua, pasti akan teringat rekaan kurta yang cantik dengan material berkualiti tinggi oleh tim Lima Waktu.

Aku pasti majoriti lelaki kacak di luar sana sudah biasa mendengar kurta Lima Waktu. Untuk makluman jenama kurta dan jubah Lima Waktu mula mendekati hati lelaki kacak sejak 4 tahun lalu. In case korang tak pasti yang mana satu, Aeril Zafrel dan Chazy Nash yang selalu pakai kurta jenama ini.

Lima Waktu HQ Seri Bangi

Sebelum ini produk jenama Lima Waktu banyak dijual di butik online dan butik fizikal di Bangi Sentral, kini jenama ini mengambil langkah agresif dengan pembukaan butik fizikal terbaru mereka. Di sini, item jualan hanya khas untuk jenama Lima Waktu. Ada kurta, ada jubah, ada baju melayu dan lain-lain lagi. Aku pasti, lokasi terbaru butik Lima Waktu di Seri Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ini bakal membuat pelanggan lebih selesa untuk ke butik ini. Tanda utama ada Restoran RSMY Nan Cheese cawangan Bangi.

Kurta Mighdad RM69

Aku berkesempatan ke Grand Opening butik Lima Waktu HQ tempoh hari. Meriah sungguh. Rekaan terbaru Lima Waktu dengan rekaan slim fit tersusun rapi untuk disambar oleh mereka yang bertuah.

Yang menarik perhatian aku pada hari itu adalah harga yang ditawarkan pada hari itu juga sangat tak masuk akal. No wonder~lah peminat kurta jubah Lima Waktu sanggup beratur dengan penuh sabar di depan pintu masuk butik. Masing-masing dah plan untuk beraya sakan di hari raya nanti.

Shopping Sakan
Kemeriahan butik Lima Waktu di Lokasi Terbaru Seri Bangi

Pendapat Aku tentang Produk Lima Waktu?

Aku tak boleh nafikan, rekaan Lima Waktu memang berada di kelasnya tersendiri. Apa yang kau orang lihat di iklan mereka, itulah hasil yang Lima Waktu jual untuk pelanggan. Rekaan memang terkini dan sentiasa up-to-date.

Paling penting, material yang digunakan sangat berkualiti tinggi dengan sulaman logo “5” Waktu yang kemas tanda eksklusif. Aku tahu, ada penggemar kurta yang mementingkan kualiti logo yang biasanya terpampang di dada atau sisi lengan. Dengan sebab itulah, benda sekecil ini turut menjadi keutamaan dalam rekaan jubah dan kurta Lima Waktu!

lima waktu HQ

Aku dah dapat bayangkan, raya tahun ini, makin ramailah jejaka kacak yang berjaya menarik perhatian gadis-gadis. Serius weh..rekaan kurta Lima Waktu slim fit, kena pula dengan body sempurna pasti membuatkan raya kau orang lebih best!

Aku? Bukan zaman aku lagi dah…aku cakap untuk kau orang yang sado! Untuk aku, jubah atau baju melayu pun sudah memenuhi ciri-ciri idaman isteri aku..hahaha

Kau tengoklah model iklan Lima Waktu, Aeril Zafrel, Chazy Nash dan Joflian..itu baru tengok mereka dalam iklan kan. Kalau tengok diorang depan depan dengan kurta Lima Waktu, lagilah hoi…

Bila aku kongsikan cerita tentang lokasi terbaru butik Lima Waktu di Facebook, ramai yang bertanyakan tentang promosi. Jangan risau, Lima Waktu sentiasa mengadakan kejutan dengan promosi harga potong tak masuk akal.

Apa yang perlu kau orang buat, ikuti mereka di Facebook – www.facebook.com/limawaktuofficial dan Instagram – www.instagram.com/limawaktuhq. Kat situ tim Lima Waktu HQ sentiasa update cerita dan promosi terkini mereka.

Butik 5 Waktu dibuka setiap hari (kecuali hari Isnin – tutup).

Alamat butik Lima Waktu HD: G10, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan
Hubungi: 0122828907

Kalau tak jumpa juga, WAZE saja RSMY Nan Cheese Bandar Baru Bangi.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *