March 28, 2024

Apa Nasib Isteri Yang Kehilangan Suami Dalam Nahas MH370?

Hari ini 8 Mac 2019..Genap 5 tahun tragedi MH370. Kisah kehilangan pesawat sebesar pada 8 Mac 2014 ini kekal sebagai misteri dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Alfatihah..

Ada yang menimbulkan persoalan, bagaimana nasib seorang isteri yang mana suaminya hilang di dalam tragedi seperti MH370 tersebut. Bagaimana sekiranya mereka ingin berkahwin lain? Di sini, aku kongsikan perkongsian daripada sahabat Peguam Syarie, Tuan Junid yang merungkai persoalan yang mungkin meniti di bibir sesetengah individu.

Status Isteri Kehilangan Suami Tanpa Dapat Dikesan Jasad.

Misteri Kehilangan MH370 Belum Terungkai.

Dari segi undang-undang-undang Syariah memperuntukkan bahawa:

Seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

… jika suami mana-mana perempuan telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu. Seterusnya, Mahkamah Syariah boleh di atas permohonan isteri itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh.

Secara ringkas, si isteri selepas tempoh 4 tahun, perlu membuat permohonan ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan status anggapan kematian(al mafqud) si suami.

Kemudian, selepas itu, mahkamah boleh atas permohonan si isteri membubarkan perkahwinan tersebut/ fasakh dan barulah si isteri boleh berkahwin lain.

Sekiranya suaminya masih hidup dan hanya kembali selepas 4 tahun dan segala proses mahkamah dibuat walhal si isteri telah berkahwin lain, maka, perkahwinan isteri yang baru adalah sah, dan perkahwinan dengan suami yang hilang tersebut telahpun terbubar.

Harapan Pada Penemuan MH370

Daripada perkongsian ini, aku pasti berjaya menjawab pertanyaan orang ramai. Dan sehingga ke hari ini, harapan untuk bertemu dengan semua mangsa tragedi MH370 masih utuh menjadi impian ramai pihak, terutama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Sama-sama kita terus berdoa agak teka-teki kehilangan ini berjaya menemui jawapan yang muktamad. InsyaAllah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Apa Nasib Isteri Yang Kehilangan Suami Dalam Nahas MH370?

  1. Hanya kepada Allah swt kita serahkan urusan, semoga ahli keluarga terlibat mendapat hikmah dan dinaikkan darjat dengan kesabaran dari ujian ini. Amin Insyaallah

  2. saya tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka setelah kehilangan suami selama bertahun-tahun tanpa ada kesahihan bukti sudah meninggal..

    hidup perlu diterusakan..

    mungkin ada dikalangan mereka sudah mendapat jodoh yang baharu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *