March 28, 2024

Tonton Netflix Guna PlayStation 4.

Cuti hujung minggu sudah habis bro..tak sabar nak tunggu hujung minggu seterusnya. Hujung minggu depan aku akan bercuti panjang sempena cuti berkembar Thaipusam+cuti tahunan pada hari Jumaat sebelumnya. Yey!

Jadi, hujung minggu kali ini, aku just nak rileks dan habiskan masa di rumah sahaja. Sambil-sambil layan Dayyan dan Danish menyepahkan rumah, minggu ni banyak habiskan masa dengan menonton filem menggunakan rangkaian Netflix. Orang lain dah lama dok layan Netflix hoi, aku minggu ni baru berMovie Marathon. Sedih!

Aku dah tahu lama pasal Netflix ni, tapi tak de masa nak godek-godek. Since minggu lepas aku agak stress dengan kerja, aku dah fikir nak release stress tu dengan habiskan masa hujung minggu aku dengan melepak dengan TV, layan filem dan game.

Aku ingatkan susah sangat nak register Netflix ni. Lagi pun aku ingatkan Netflix ni boleh ditonton menggunakan laptop sahaja. Aku ingatkan lagi Netflix ni tak de filem-filem best. Ingatkan Netflix ni membosankan seperti siaran Astro..hahaha berapa banyak ‘ingatkan’ daa..

Dan aku juga baru tahu, filem-filem di Netflix boleh ditonton menggunakan PlayStation 4. Oooo…

Jadi, bagaimana cara menonton Netflix menggunakan Playstation 4?

Senang saja. Perkara pertama kau kena ada adalah akaun Netflix. Kalau masih belum ada, sign up di Netflix.com . Senang je. Free membership untuk bulan pertama. Seterusnya, bayar serendah RM32/bulan.

Nak murah lagi, pandai-pandailah cari pakej Netflix secara tahunan, ada servis ‘bawah meja’ serendah RM100 setahun pun ada. Itu aku tak nak ajar, tak baik. haha..Bila dah ada akaun Netflix, barulah kau boleh ‘streaming‘kan filem kegemaran dan program lain di PS4.

Step 1: Power up PS4. Pastikan login ke akaun PS4 kau. Di Home Screen, cari TV & Video section. Nanti kau akan nampak ikon Netflix. Pilih ikon itu. Kalau tak jumpa Home Screen, tekan PS button untuk ke situ. Jangan lupa login ke akaun PS4 kau, kalau tak, tak jumpalah TV & Video section tu.

Step 2: Dah pilih ikon Netflix, kau akan di bawa ke Welcome screen. Kat sini, kau kena sign in akaun Netflix. Masukkan alamat email dan password.

Step 3: Sekarang, PS4 kau dah disambung ke akaun Netflix. Dah boleh mula cari filem kegemaran atau pun drama-drama dan TV show lain.

Step 4: Kau juga boleh create akaun bersama untuk anak-anak juga. Untuk akaun Dayyan, aku setkan sebagai akaun ‘kids’, jadi Netflix hanya benarkan filem atau siaran yang bersesuai dengan anak-anak. Yang ada adegan panas melampau memang diorang takkan dapat tengok. Aku setkan begini, sebab filem-filem di Netflix ni kebanyakan tak ditapis. Kalau nampak, nampaklah..haha tapi takdelah teruk sangat.

Aku dah terminate Astro sejak 4 tahun lepas. Pada aku, selain Unifi, aku setup Netflix di PS4 sebagai alternatif lain kepada kabel TV. Yang kaki menonton filem seperti aku dan isteri, Netflix lebih memudahkan kami menikmati hobi ini. Sebelum ini, aku nak kena cari DVD atau download secara haram. haha..

Dengan Netflix, tak perlu buat semua tu. Power up PS4, baring dan layannn..

Dah panjang sangat ni. Kalau rasa berguna, bolehlah kongsikan blogpost ini dengan rakan-rakan seangkatan yang lain ye.

Oklah, aku nak sambung layan Marathon Movie di malam Isnin ni..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Tonton Netflix Guna PlayStation 4.

  1. Perghhh mantop lah! Boleh ajar tak yang cara ‘bawah meja’ tu? kekekke. eh tak baik kan. No no noo. bestnya boleh tengok movie secara ‘halal’. one fine day nak juga la daftar netflix ni. banyak movie best katanya.

  2. Owhh boleh ekk guna netflix guna playstation. Baru je tau ni..hehehe. Kalau tau mmg tak jual playstation aeysha dulu. Tapi now dah ada netflix dah..leka pulak nengok cite best2 kat sana

  3. Ada je terbaca perkongsian pasal neflix ni. Tapi tak berapa ambik kisah sangat. Mungkin tak sempat nak layan semua tu kot.
    Tapi maybe one day nak godek godek jugak pasal benda ni.

  4. wow nowadays playstation so high tech, can connect to internet too! i remember my ps1 yang i beli sendiri back in primary school, tak boleh buat apaapa except play game. haha

  5. Wah! Baru tahu netflix blh sambung ke ps4. Terbaik. Menarik. Cx tahu juga pasal netflix tapi samalah, tak pernah nak godek². Banyak juga ya cerita² best dekat netflix. Bagus entry ni. Kongsi cara berguna. Boleh jadi rujukan untuk orang lain juga. Alhamdulillah

  6. Rawlins pun dah terminate Asterok nie. Tension bila time hujan dan siaran berulang non-stop. Maka, tukar ada Unifi dan tonton online je. Rawlins masih lagi ketinggalan sebab tak daftar Netflix – hehe.

    Yang penting – main apa kat PS4 tu? Boleh nak join? Hehe

  7. I am using Netflix and I am really enjoying it. There are literally…too many shows and movies for you to binge-watch. I did’t know that we can watch it on PS4. That’s new. 😀

  8. Ada juga register netflix sebelum ni tapi saya terlayan sebab movie yang download pun ada yang tak tengok lagi. Selalu layan movie dekat handphone je. Laptop dah rosak. Tak sangka pula netflix boleh tenfok melalui PS4. Lagi seronok nak tengok movie

  9. Bab ni sambung menyambung ni tugas suami. Bab bab ni akak is surrender. Hehehe. PS4 tau untuk main games je. Tak tau leh tgk netflix pulak. Canggih dah sekarang ni ek?

  10. SA memang la tak pernah tgok Neflix ni..dengarnya citer semua best2..tak tau la nak subscribe caner..hahahaha…kita ni x pakar bab- bab ni..Unifi pun tak masukkan lagi kat rumah

  11. bukan main banyak lagi account ko ek, aku pun ingatkan netflix tuh boleh tengok kat handphone je hauhauhaua sengal ek, tertipu ahkak. tapi PS dah jual plak. so kenalah pi beli PS baru hehehhe

  12. Hohoho… Min memang suka jugak tengok filem-filem di Netflix… Memang best. Kadang sampai tak perasan boleh mengdapa lama depan tv sebab cerita² dia best. Tapi Min taknada PS4. Min tengok kat TV or laptop je..hee..

  13. Tak pernah lagi tengok netflix guna PS4 ni. Setakat main game ada la haha tapi sejak housemate subscribe neflix memang lepak kat rumah je. nak keluar pun dah malas hadap jam semua tu. erm..pinjam PS4 boleh? haha

Leave a Reply to Ezna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *