March 28, 2024

Simpan Atau Labur, Mana Satu Yang Perlu Didahulukan?

Apabila berbicara tentang aset, pasti ramai yang ingin memilikinya sebagai satu pelaburan untuk jaminan masa hadapan. Jika boleh, ingin memiliki aset pelaburan yang banyak sejak usia muda.

Kebanyakan orang apabila berbincang perihal “wealth” atau “investment” akan kaitkan dengan pulangan. Lagi parah, apabila mereka ini menganggap yang setiap pelaburan pasti akan memberi pulangan positif. Siapa yang tak nak pulangan yang sedap. Tetapi, prinsip tu agak tiak tepat kawan. Setiap pelaburan pasti ada risiko.

Hal ini membuatkan mereka akan memperuntukkan aset yang tidak sesuai dan/atau tidak mempelbagaikan portfolio pelaburan, perkara ini akan menjerumuskan mereka dalam beberapa situasi:

1# Terlalu menumpukan kepada satu kelas aset sahaja yang berpotensi memberi pulangan yang tinggi tetapi membuka ruang risiko kepada kejutan pasaran sekiranya kelas aset tersebut tidak berprestasi baik.

2# Terlibat kepada penipuan (scam), mereka hanya diterangkan perihal pulangan yang bakal dapat kononnya lebih tinggi daripada produk pelaburan yang berlesen ini.

Kepentingan Menyimpan Di Beberapa Tempat Simpanan.

Persoalan yang sering dilupakan oleh kebanyakkan orang ialah berapa jumlah tepat simpanan yang kau orang mampu peruntukkan untuk mencapai matlamat pelaburan yang memberi keuntungan optimum.

Kenapa jadi sebegini?

1# Ramai tidak percaya bahawa mereka boleh meningkatkan jumlah pelaburan melalui simpanan yang dilakukan secara kerap. Contohnya, melalui simpanan secara tetap dan terus ke akaun unit trust pada setiap bulan.

2# Kebanyakkan institusi kewangan tidak fokus kepada keperluan menganalisa aliran tunai pelanggan untuk diperbaiki kerana mereka merasakan tiada keperluan, atau malas untuk membuatnya atau pun tiada “tool” untuk digunakan. Boleh jadi pelanggan itu sendiri tidak berminat memberikan maklumat terperinci.

cara menyimpan
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Simpanan Vs Pulangan.

Mengapakah “menyimpan” dikatakan lebih penting daripada topik pulangan dalam satu pelaburan?

1# Kau orang boleh menyimpan lebih banyak sekiranya berjaya merendahkan risiko yang diambil. Semakin kurang risiko yang diambil semakin kurang potensi kerugian.

2# Semakin banyak kau menyimpan, semakin banyak ruang untuk mempelbagaikan kelas pelaburan, impaknya akan mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

3# Semakin banyak sumber penyimpanan bermaksud kau orang masih boleh terus menyimpan walaupun pasaran (market) mengucup berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai banyak sumber.

Cara menyimpan yang betul
Sumber Pendapatan, Menyimpan Dan Melabur.

Oleh itu, apabila anda berhajat untuk mempunyai portfolio pelaburan yang baik, jangan hanya melihat kepada kadar pulangan tetapi lihat juga apakah ada jalan untuk anda menambahkan jumlah yang boleh disimpan atau dihasilkan.

Sekiranya gagal melaksanakannya, carilah perancang kewangan yang berkelayakan untuk membantu menganalisa dan merancang pelan kewangan kau orang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Simpan Atau Labur, Mana Satu Yang Perlu Didahulukan?

  1. Fokus sekarang memang lebih kepada menyimpan. Cuma kalau ada rezeki terlebih tu, selit sikit untuk melabur. Melabur sekarang pun bukan sikit-sikit punya modal. Jadi, kena slow-slow. Kalau gelojoh, takut melepas dua-dua. Hihihi.

    By the way, nice info & thanks for sharing. 🙂

  2. yes you are right, save for emergency fund, the rest have to invest. you will be surprised, throughout my years as #YourFinanceDoctor, Malaysian typically got two types, 1 without savings at all and 1 with all in savings without any investment at all.

  3. Kalau nak melabur, asasnya memang wajib menyimpan dulu. Bila dah ada duit tabung simpanan kecemasan untuk kegunaan keluarga paling tidak untuk 6 bulan. Bolehlah belajar dan beramal untuk melabur dalam intrumen yang kita faham dan tahu risikonya.

  4. Tips yang menarik ni. Lia pilih nak menyimpan dahulu. Untuk pelaburan tengok pula keadaan semasa macam mana baru lah melabur. Kalau dah melabur kena tanggung risiko tinggi. Sekarang ni menyimpan dahulu.

  5. Perancangan Nad pula, akan menyimpan dahulu. Once dah capai target baru boleh fikir kalau nak melabur ke apa. Tu pun masih banyak nak kena study dulu sebelum melabur. Apa pun, terpulang kepada keadaan kewangan setiap orang.

  6. Ada sesetengah hutang tu boleh jadi pelaburan, macam beli rumah yang senang di cairkan dan lokasi strategik. Rumah macam ni susah nak cari tapi kalau jumpa memang rugi tak beli. Kawan mama dapat, dah rezeki dia agaknya, beli pada tahun 2013 harga rm80k. sekarang dah RM160k.

  7. Bagusnya entri JMR ni.. buat TB terfikir nak menyimpan balik.. sebelum ni asyik la memboros aje.. huhu.. cuma kalau nak fikirkan melabur tu.. TB tak pandai bab-bab melabur ni.. tapi kalau JMR boleh buat entri macama mana cara labur tu.. ok gak.. hee.. inspirasi

  8. Klau liez rsnya suka menabung. Sbb terjamin duit tu ada. Klau melabur nak kena korwk ilmu secukupnya dan caei org yg betul2 tahu dan akan explain pada kita lebih details..tapi terpulang pada individu kan

  9. Nice topics about money management. I agree with you. Sometimes we need to keep money for emergency but also invest money for better future. Hope we can have more money in the future haha

  10. Orang melayu kita ni kadang2 cepat terpengaruh dengan pelaburan yang dapat bagi pulangan cepat. Ramai yang tertipu dan rugi besar dalam sekelip mata dek kerna percaya kat scammer.

    So, nak menyimpan dan melabur memang kena ada ilmu

  11. Info sebegini memang sangat membantu. Alhamdulilah, Rawlins buat kedua-duanya dan setakat ini dengan pihak yang sangat dipercayai. Malah Rawlins pun berniaga gak as next income.

  12. As the saying goes, never put all your eggs in one basket right? I honestly feel that there is a need to balance. Though investing is good, one must make sure that they have liquid savings that can be used in times of needs and emergency.

  13. Setuju tu. Tambah lagi kena simpan duit untuk kecemasan seperti sakit, kemalangan atau kehilangan pekerjaan. Masa muda ni elok simpan duit kat tempat sepatutnya untuk kegunaan hari tua kelak. Biar sikit setiap bulan asalkan konsisten dan berterusan

  14. Bagusnya maklumat entry ni. Ianya mampu memberi kesedaran kepada semua samada simpanan atau melabur yang lebih penting. Nice sharing. Cx pon prefer menyimpan daripada melabur. Terima kasih kongsi entry yang sangat informative.

  15. Good sharing.

    For me personally I will kira my money and what need to pay first as if kena tengok tanggungan dan beban semasa then baru fikir nak menabung atau melabur. Sometimes ada period of early adulthood ni agak mencabar sedikit.

Leave a Reply to Nadia Johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *