Home JMR Jr Year End Concert 2018

Year End Concert 2018

by JMR
17 comments

Sejak hari pertama Dayyan di Little Caliph Kelana Jaya, sehinggalah minggu lepas, banyak sangat perubahan ke arah positif dalam dirinya. Daripada hanya tahu bagi salam “Assalamualaikum..” sebelum masuk rumah, sekarang dah hafal doa sebelum masuk rumah. Kalau sebelum ini, hanya tahu baca doa makan, hari ni dah tahu baca doa makan dengan tafsiran dalam Bahasa Inggeris lagi.

Selepas solat Maghrib, biasanya kami akan minta dia bacakan doa. Bersungguh dia berdoa untuk ibu bapanya dengan melodi yang diajar oleh teacher LC.  Sedar tak sedar, aku dan isteri pun dah terikut melodi yang sama semasa berdoa :-p..

Sungguh kata, selama 11 bulan ini terlalu banyak yang Dayyan pelajar. Selain pendidikan di dalam bilik darjah, pergaulan sosial dengan kawan-kawanya juga sangat berbeza. Keyakinan diri takyah cakaplah berbanding dengan aku pada usia yang sama, 30 tahun lepas. Terasa berbaloi dengan pengorbanan kami selama 11 bulan ini. Jodoh Dayyan dengan teachers & kawan-kawan di Little Caliph Kelana Jaya (LCKJ) hanyalah 11 bulan ini.

Kenapa 11 bulan?

Mulai Januari 2019, Dayyan akan memulakan sesi 6 tahun di Little Caliph baru. Bukan tidak berpuas hati dengan LCKJ, tetapi tempat baru ini akan lebih dekat dengan tempat kerja baru mommynya. Mommy tempat baru, Dayyan pun tempat baru. Rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah..

Kalau kawan-kawan tanya aku tentang Little Caliph, memang aku rekemen untuk hantar anak-anak ke sini. Selain sistem pelajaran yang ternyata berkesan, pelbagai aktiviti di dalam dan luar kelas juga memberi kesan sangat positif untuk diri anak-anak. Sepanjang tahun (2 semester), banyak giler aktiviti yang dianjurkan oleh pihak LCKJ. Rasanya LC cawangan lain juga menggunapakai modul yang sama.

Minggu lepas, bertempat di Akademi Pengajian Islam UM, telah diadakan Grand Ihtifal yang merupakan aktiviti terakhir Dayyan bersama teachers & kawan-kawan LCKJ. Dayyan turut serta memeriahkan Year End Concert 2018 sebagai peserta Choral Speaking untuk kelas 5kg1.

Kagum gak aku dengan keyakinan budak-budak berusia 5 tahun berdiri di atas pentas, berdepan dengan ratusan tetamu. Konfiden je masing-masing.

Activity LCKJ

Kacak dan comel kan diorang ni. Tak silap aku, diorang berlatih lebih kurang 2 bulan gak. Boleh dikatakan, setiap petang mommy kena dengar Dayyan berlatih di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.

No wonderlah semasa hari persembahan, mommy siap boleh ikut lagi setiap ayat diorang semasa persembahan!

Oh ye, selain Choral Speaking, pelbagai lagi persembahan yang dipersembahkan oleh 4 cawangan Little Caliph (Kelana Jaya, Sri Damansara, Pantai Dalam, Pantai Baharu) seperti sketsa, nyanyian dsb. Sangat menarik persembahan yang disertai oleh anak-anak seawal usia 4 tahun.

Telatah yang mencuit hati dengan pelbagai ragam toksah cakaplah. Selama 2 jam persembahan diorang, aku pasti semuanya berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonnton.

Muka Lega Selepas Choral Speaking

Congratulation Dayyan! Ddy&mmy bangga dengan usaha Dayyan!

Terima kasih kepada teachers LCKJ (esp. Tc Nisa) sepanjang 11 bulan mendidik Dayyan (kot kot ada yang terbaca entri ni :p)  Halalkan setiap ilmu yang dicurahkan kepada Dayyan, dan doakan Dayyan berjaya dunia dan akhirat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Semoga anak-anak kita semua sentiasa diberkati ilmu mereka dunia dan akhirat. Amin..

17 comments

Alia December 11, 2018 - 9:32 am

Woah abam… Join choral speaking ehhh…
Bagus lah…
Memang btul hntar anak2 pi tadika ni kan keyakinan diri depa akan bertambah… Lagi plak sekarnag ni macam2 style cikgu2 approach…

Reply
Nunu Eera December 7, 2018 - 9:31 am

Good job abg Dayyan..Danish, mmy n ddy proud of u. mmy da mcm cnductor da kt bawah duk ikut abg kt pentas. hehehe.
Nunu Eera recently posted…Second day in Hong Kong Disneyland.My Profile

Reply
AlongMurni December 6, 2018 - 11:41 am

Wah!! banyak rupanya program yang dilakukan di sini.. Bagus utk pembelajaran dan tumbesaran anak2.. sangat setuju dengan cara dan method yang digunakan utk membolehkan anak2 lebih cergas, mudah mengingati dan focus dalam pembelajaran..

Reply
Jia Shin December 6, 2018 - 9:02 am

They look so cute in the costumes Little Caliph looks like a great school, it’s good to see them enjoy themselves. The teachers sounds really great as well.

Reply
Jaja Zaleha December 6, 2018 - 6:00 am

Memang selalu dengar pasal Little Caliphs ni and now ada review pasal ni memang bagus sangat pada ibubapa yang sedang mencari tempat belajar anak. Sangat berbaloi kalau perkembangan budak sangat cemerlang di sini, full package bukan setakat akademik saja tapi boleh improve diorang punya communication and social skills itu dah bagus sangat tu 🙂
Jaja Zaleha recently posted…Mengapa Saya Suka Hiking? Ini 5 Sebabnya!My Profile

Reply
Mahagosip December 6, 2018 - 12:03 am

Bagus lah Little Caliph ni kita dengar ramai juga ibu bapa bagi pendapat yang sama anak semakin maju dan semakin boleh berdikari serta mampu untuk berfikir dan memberi reaksi yang lebih baik daripada sebelum masuk. Cuma kita jer tak ada anak lagi nak masuk tadika macma ni hehehe..
Mahagosip recently posted…Pengalaman Hyper Reality STAR WARS : Secrets Of The Empire Di Resort World GentingMy Profile

Reply
ayu rafikah December 5, 2018 - 11:38 pm

tahnia…mmg persembahan sgt dinantikan oleh famili..plg teruja of course la mak ayah…pengalaman nak tengok anak sendiri naik stage heheh

Reply
Cik puan Ena December 5, 2018 - 11:30 pm

Comelnye dayyan. Bijak dan berani. Baguslah kecik2 tapi berani tonjolkan bakat. Hehe mommy pon siap hafal dialog kan. Biasalah tu. Kalau ank ni kat rumah dok tengok kartun je mak nya pon boleh hafal dah lagu2.

Reply
Tunsha Ayunie December 5, 2018 - 9:04 pm

Suka dengan kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti macam ni. Ramai recommend Little Caliph ni kan sebab kanak-kanak lebih lincah dan aktif. Rindunya choral speaking 🙂

Reply
Tunsha Ayunie December 5, 2018 - 8:59 pm

Suka tengok kanak-kanak yang diawal usia diajar aktiviti bermanfaat macam ni. Rindu pula zaman choral speaking, walaupun saya tak pernah join, tapi selalu suka tengok kawan-kawan buat.

Reply
Qeela December 5, 2018 - 8:55 pm

waa congrats yea! bagus join program macam tu, dpt asah bakat dlm choral speaking selain asah diri dalam speaking dan bercakap di hadapan orang ramai kan, sekaligus buat lg confident dgn diri sendiri. good job! Little Caliph ni mmg tak kurang hebatnya, moga maju jaya yea 😁
Qeela recently posted…Trip to Paris : Yeayyy I’ve Made it to the Malaysian’s Finalists!My Profile

Reply
cindyrina December 5, 2018 - 8:30 pm

Great end for your kid. I heard only good things about this place. Most parents want the best for their children. By attending this school can helps children prepare themselves.

Reply
Ezna December 5, 2018 - 6:51 pm

Teringat masa anak year end concert kat Little Caliph juga tapinya cawangan Puncak Jalil. Dibuat kat Institut Pertanian Serdang. Gabung dengan beberapa Little Caliph yang berdekatan macam Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi. Tak ingat lagi. Dapat la saksikan anak naik pentas pakai baju konvokesyen ala ala universiti. Memang bagus la kalau pilih Little Caliph untuk anak.

Reply
Rawlins GLAM December 5, 2018 - 3:07 pm

Bagus acara sebegini kan. Mendidik dan membiasakan anak-anak agar yakin dan berani di khalayak ramai. All the best Dayyan in your new school.

Reply
Nadratul Syazwana December 5, 2018 - 2:23 pm

Macam bagus je Little Caliph ni. Nad yang dah 20+ ni pun kalau nak kena buat presentation dalam class bukan main nervous lagi hahhaah. Diorang rilek je eh buat persembahan depan ratusan tetamu. Plus, bagus hantar anak-anak ke sekolah yang mengajar doa dari kecil, diorang akan automatic hafal doa dan ingat.

Reply
henry December 5, 2018 - 1:31 pm

wow nowadays got so many activities, year end concert! i guess as parents you must be very busy! but good too, you all get to spend more time with kids! choral speaking at such a young age, way to go!
henry recently posted…EPF Increases Minimum Basic Savings to RM240,000 At Age 55 Effectively Starting 2019My Profile

Reply
Chaza Xiaojie December 5, 2018 - 11:21 am

Setuju. LC memang highly recommended . My nephew also study at LC , he is an hyper active kids. But once he school there, their attitude changes! Seriously! Dah pandai baca macam², dah boleh calm their self. Tidak meronta² kalau nak sesuatu. Hafazan pon Alhamdulillah. Self confident tu setuju sangat . Anak² jadi tak takut nak handle environment. Lebih berani

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam