March 19, 2024

Dah Nak Masuk Tahun 2019, Netizen Makin Gila.

Mengikut Wikipedia, Istilah netizen adalah singkatan dari perkataan Internet dan perkataan bahasa Inggeris citizen (warganegara).Jika korang terlibat secara aktif dengan aktiviti di atas talian (online), sebenarnya korang juga ada seorang netizen.

Aku adalah seorang yang agak aktif dengan aktiviti online, sama ada di media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga blog. Rakan-rakan aku juga ramai yang aktif dengan aktiviti sebegini. Oh, ini bukan bermakna aku dan rakan-rakan aku seorang yang GILA.

Dah Nak Masuk Tahun 2019, Netizen Makin Gila.

Tidak semua gila.

Aku tujukan terma netizen adalah seorang yang gila kepada mereka yang suka komen pada isu-isu tertentu tanpa mengira hati dan perasaan mereka yang terlibat, suka suka menjatuhkan hukum seolah-olah mereka adalah malaikat dan Tuhan, seolah-olah mereka adalah maksum & tidak pernah salah dalam membuat keputusan

Aku selalu memerhati dan membaca komen-komen pada video atau gambar isu-isu yang viral. Semestinya aku akan membaca artikel dan menonton video sepenuhnya terebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan pada aku, jika ingin komenkan sesuatu, aku akan membaca komen-komen netizen lain terlebih dahulu.

Dibandingkan 5 tahun lepas dengan hari ini, sangat sedih membaca komen-komen daripada netizen yang tanpa segan silu, menurunkan komen yang pada aku sangat tak patut.

Aku boleh katakan, netizen yang ‘berani’ menurunkan komen negatif, berbaur perkauman, menghina agama, mengutuk kejadian Allah semakin bertambah tanpa batasan. Setuju tak?

Contohnya, musibah tsunami yang menimpa Pantai Barat Anyer, Selat Sunda Indonesia.

Tersebar satu video di saat tsunami menghempas pentas semasa sebuah kumpulan rock terkenal membuat persembahan. Bermakna kita sedang menonton video di saat-saat akhir hidup beberapa mangsa sebelum meninggal dunia. Ye, kita tahu tempat sebegitu tidaklah semolek meninggal di tempat ibadah.

Patutkah netizen yang mengomen dan menghentam mereka tentang musibah itu adalah balasan Tuhan akibat aktiviti sebegitu? Tak bolehkah kita turut bersedih melihat musibah yang menimpa mereka? Tiada langsungkah rasa simpati di atas tragedi malang yang menimpa mereka?

Atau lebih gembira melihat mereka ditimpa musibah? Jika korang bergembira, bermakna hati korang ada masalah.

pasca tsunami selat sunda

Ini hanyalah satu contoh.

Sebenarnya banyak lagi isu-isu yang aku rasa sangat tak patut menerima komen cacian atau maki hamun tanpa kita tahu cerita sebenar. Netizen tiada hak untuk membogelkan peribadi seseorang itu secara terbuka di alam siber. Jika rasa individu yang terlibat di dalam video itu salah, kalau dah tak tahan sangat nak maki, maki sahaja individu tersebut. Tak perlu nak kaitkan ibu bapa, atau anak isteri individe tersebut. Netizen menghukum secara total adalah sangat tidak beretika.

Jadilah Netizen Yang Lebih Beretika.

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2019. Aku harap sangat, etika dan budaya kita menggunakan sosial media bertukar secara total. Memanglah dunia siber ini, dunia tanpa sempadan, dunia terbuka. Tetapi harus diingat, hidup ni kena ada sempadan,kena ada limit. Terutama kita sebagai Muslim. Setidak-tidaknya, ubahlah cara meninggalkan komen seolah-olah kita tiada agama, tiada anak isteri. Mungkin hari ini, hari mereka ditimpa, mana tahu kot-kot lusa giliran kita. Nauzubillah..

Ayuh, kita ubah cara kita kepada yang lebih baik..Kalau tak tahu nak komen benda-benda baik, seeloknya kita berdiam diri..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

(At-Taubah 9:51) 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

28 thoughts on “Dah Nak Masuk Tahun 2019, Netizen Makin Gila.

  1. Makin maju teknologi, makin kurang sensitiviti kita dengan adab dan akhlak mulia. Mungkin sebab komunikasi sekarang dah jarang berdepan. banyak pakai gajet je

  2. netizen zaman 2010 lebih kepada nak cari kawan dan bergaul dlm komuniti.. good times.

    sekarang ni semua benda nak komen. kalau tak suka, kenapa baca? kenapa tengok? hmm

    anyways, lawa theme wp ni..

  3. Maha benar Netizen dengan segala komentarnya. Terkadang merasa miris juga melihat kondisi mereka yang tanpa berperasaan membuat komentar seolah-olah serba tahu segalanya. Semoga Allah memberikan hidayah bagi orang-orang seperti itu. Amin…

  4. Well said bro.. Zaman sekarang ni netizen suka amik kerja Tuhan. Bab nak mnghukum org num 1..tu blum lg bab politaik.. Berlumba2 nk tnjuk terer

  5. Well said bro… Saya selaku netizen jugak setuju. Suka sangat berlagak jadi Tuhan nak mnghukum orang lain. Sakit otak betuk dengan org2 mcm ni…

  6. Sekarang diaorg mcm tak takut ape.. Seorg bersuara, lain mulalah bersuara.. Kalu kita ya segan nak komen yang gila2..ermm.. Harap tahun baru ade perubahan.. Komen biasa2 sudh..

  7. Yes. Well said my brother. Apa yang diorang fikir hanya tahu kecam kecam dan terus kecam. Hina menghina dan terus menghina..Benda ni tak spesifik hanya pada satu bangsa atau kaum sahaja..semua kaum pun boleh jadi rasict sesama sendiri. Entahla, dah semakin tenat. Netizen ni macam anasir jahat yg kedua yang ada dalam Malaysia ni. Tapi apakan daya. kita tak boleh larang. sbab jari mereka sentiasa bergerak untuk menulis kesalahan orang lain.

  8. Yeah I totally agree with you, nowadays I have no idea what’s with the people, people just speak without using their brains and that’s terrible. Not sure if they really think like that or it’s because they are not thoughtful.

  9. I know right, ppl now is getting non sense more and more. I also hope everyone ethic enough on this cyber world. I hope it’s a peaceful year for 2019 for all of us in Malaysia. To a good New Year 2019!

  10. Bagus entry ni..kalaulah semua org cam jmr kan bagus. Memang takut kadang2 baca post2 org2 skrg ni..sedih pun ada. Ssis pun byk dh block org2 yg suka maki hamun org dlm sosial media atau group2 whatsapp..baik x yah kwn gan org2 cam ni

  11. Setuju !! Kadang sy pon tak faham tengok manusia yg begitu lantang bersuara di media sosial akan sesuatu hal. Tambah2 yg berbaur perkauman. Mereka tak ada kawan selain kaum mereka kah ? Dan kenapa hanya segelintir manusia yg melakukan keburukan, kita salahkan satu population. Bab musibah lagi lah, suka betul menghukum manusia mengatakan iu balasan Allah. Tak sensitif langsung puak2 yg suka komen mcm tu

  12. Setuju sangat. Entah la kadang rasa menyampah pun ada. Bila ada isu apa-apa, masing-masing pakat berlumba nak jadi keyboard warrior, berlumba nak tunjuk baiknya diri tu sampai langsung mengenepikan perasaan org. padahal benda tu common sense kot. Elok berdiam diri lagi dari meluahkan kata-kata.

  13. Setuju tu..kadang2 netizen social media suka main hentam tanpa usul periksa. bila tegur kita pulak kena marah. Mungkin dorang versi makcik bawang zaman moden. Tak payah dah berkumpul kat wakaf bawah pokok jambu macam waktu mak-mak kita dulu, semua pakat post dalam forum boleh komen seolah-olah dia sahaja betul.

  14. bila netizen mengomen tentang sesuatu berita ataupun kejadian…mmg tk pk kdg2 tu perasaan org…die je la yg betul gamaknya..tktau la nk control mcm mn lg…pernh juga kena komen ngan netizen sebab kejadian tu dh tersebar di media social tp malas nk pk sbb mereka bkn tahu hal sebenar…smoga kita tidak tergolong dlm netizen yg gila

  15. Betul sangat. Netizen ada yang kurang rasional dan lebih kepada emotional. Semoga Allah perlihara kita semua dari fitnah dunia yang makin berleluasa sekarang ni.

  16. Sangat setuju. Sampai satu tahap saya sendiri jadi letih sebenarnya dengan dunia sosial media yang banyak sangat benda negatif sedangkan sepatutnya dipenuhi dengan benda-benda yang positif. Tapi itulah atas dasar kerja juga memang tak boleh lari daripada dunia maya hari ini.. Sama-samalah kita beralih ke arah yang lebih baik… Apapun, selamat tahun baru!

  17. yes i agree with you. ethic is hard to find nowadays.. not to mention those keyboard warrior where they just hide behind their computer and type whatever they want… another thing is like when there’s accident the first thing they do is to take out their phone to take photo and post in social media instead of calling the ambulance!

  18. i love this post the most and i really hope people are getting more rational towards others instead of being keyboard warriors… sad to see some issue when it involve family and children. they are just innocent and yet knowing anything. hope more and more ppl know the value of life instead of putting up some word that might hurt or kill a life.

  19. Bab netizen gila ni memang setuju sangat. Ada sekali tu dapat cerita dan gambar2 anak yang jatuh escalator kat pusat membeli belah. Boleh dia kata nak jadikan pengajaran. Betul jadikan pengajaran tapi mayat budak kecik tu berlumuran darah tu kenapa share?. Kalau anak tu sedara mara atau anak sendiri….dia suka ke org share gambar tu?.

  20. Rawlins pun terkadang takut nak post anything on SocMed – bimbang akan timbal balik dari netizen (walhal takde pun yang ambil peduli apa aku share hahaha).

    Netizen semakin berani – tetapi membuta tuli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *