Home Ini kisahku Peguam Syarie Terbaik Di Malaysia.

Peguam Syarie Terbaik Di Malaysia.

by JMR
25 comments

Sabtu lepas, aku ada sesi ‘ngeteh’ dengan sahabat lama sejak sekolah rendah lagi. Dah lama kami tak bersua muka di alam realiti. Nama je asal dari Besut, tetapi setahun sekali nak terserempak di kampung pun susah.

Maklumlah, masing-masing ada komitmen dan tanggungjawab yang perlu diutamakan.

Tuan Junid Ramali, sahabat aku ini seorang peguam syarie yang terkenal. Selalu keluar TV, keluar majalah. Aku gelarkan dia peguam syarie selebriti. Jadi, bila dia hubungi aku untuk lepak ‘ngeteh’ pada minggu lepas, memang aku dah ‘book’ slot istimewa untuk sesi ni..

Pada awalnya, Tuan Junid ni risau gak nak ajak aku lepak, ye la kan tiba-tiba nak ajak lepak, risau dikatakan nak promot produk atau pun nak ajak join MLM.

Aku ok je, lagi pun awal-awal Tuan Junid ni dah bagitahu aku tujuan sesi ini adalah untuk berdiskusi tentang mendigitalkan bisnes beliau (syarie). Untuk makluman, beliau mempunyai firma guaman bersama dua orang lagi rakan kongsi.

Daripada perkongsian beliau, aku difahamkan bisnes industri perundangan Malaysia juga mula ditransformasi ke arah digital untuk bergerak lebih maju dan pantas. Apabila bercakap tentang digital atau media sosial, terus dia teringatkan JMR.

Aku kira penjenamaan “JMR” dah berjaya.

Hampir 2 jam kami berdiskusi di Teh Tarik Place Paradigm Mall. Diskusi kali ini lebih kepada mencari idea permulaan untuk transform cara kerja firma beliau ke arah digital.

Aku tak anggap ini sebagai sesi coaching. Lebih sesuai dianggap sesi bertukar-tukar idea dan pendapat.

Apa yang aku tahu tentang bisnes digital, media sosial dan blog, aku kongsikan kepada Tuan Junid. InsyaAllah kami akan bekerjasama untuk memasarkan firma guaman beliau menerusi platform digital.

Aku juga berpeluang mempelajari secara lebih lanjut tentang hibah, wasiat, harta pusaka dan beberapa isu perundangan Islam. Aku pasti, bukan aku sahaja yang ada kekeliruan dalam undang-undang Islam.

Haa kalau ada rakan-rakan aku yang ingin bertanya sebarang persoalan tentang undang-undang Islam, boleh tinggalkan komen di bawah ini. Nanti aku tanyakan dia.Β Malu bertanya sesat jalan.

Atau sekiranya korang memerlukan khidmat peguam syarie, bolehlah bagitahu ye.

Tuan Junid ni peminat tegar Nurul Syuhada Nurul Ain.

Aku doakan sahabat aku,Tuan Junid ini bakal menjadi Peguam Syarie Terbaik di Malaysia dan mampu menolong mereka yang memerlukan pertolongan terutama dalam isu perundangan syarie di Malaysia ini.

Good luck bro!

25 comments

zatul oaman November 13, 2018 - 2:41 pm

saya mmg perlukan nasihat peguam syarie.. bagaimana cara utk melantik beliau??

Reply
JMR November 13, 2018 - 8:04 pm

Boleh hubungi Tuan Junid, Hp: 019-908 0393, katakan reader blog ni
JMR recently posted…Peguam Syarie Terbaik Di Malaysia.My Profile

Reply
Jane November 13, 2018 - 9:35 am

Hope he will help more peoples in need for his service. Good luck and definitely recommend to my Muslim friends.

Reply
emi November 13, 2018 - 8:30 am

Wahhhh, bisnes guaman pun dah ditransform ke digital ye sekarang ni. bagus betul. memang tak terfikir langsung.

Reply
Wawa Ashihara November 13, 2018 - 7:16 am

Pernah nampak kat TV.. Oh inilah rupanya sahabat JMR.. Seorg peguam syarie… Bgus juga sbb apa2 pertanyaan or pendapat leh dikongsi sbb skrg xramai yg amik tau lagi2 pasal faraid & lain… Nnti ada soalan bolehla nk tanya kt sini..

Reply
Ayu Rafikah November 13, 2018 - 5:45 am

Nampak sempoi jer kat luar kawan u ni jamar. Bangga bila ada ramai org melayu yg boleh berjaya dlm profesion hebat di tanah air. Apatah lagi dlm bidang syarie

Reply
Bella Jamal November 13, 2018 - 5:34 am

Yelah, sekarang ni semua nak digital. Sapa cakap website tak relevan kan. Semoga berjaya dalam perancangan seterusnya.

Reply
Liez November 13, 2018 - 1:11 am

boleh dapat banyak ilmu kalau ada kawan yang expert tentang sesuatu. tengok muka awal tu macam familiar..haaa biasatengok dekat rancangan tv..

Reply
Syafiera Yamin November 13, 2018 - 12:36 am

I nak tanya berapa kos upah untuk buat hibah ya, sebab sekarang i tengah fokus hibah takaful je tapi kalau boleh biarlah semua, senang anak-anak husband in the future teruskan kehidupan hee.. tapi bila baca komen orang cakap isteri minta hibah hibah ni macam mata duitan, i disagree… of course la dah nama pun isteri kan memang boleh pun, sama je macam isteri kena hibah juga kalau ada harta..

Reply
JMR November 13, 2018 - 8:03 pm

Ini jawapan drp Tuan Junid:
Untuk buat dokumen hibah atau terus pengesahan?

Kalau utk dokumen hibah..cas dlm 1.5-2k
termasuk advice n simpanan surat ikatan hibah
JMR recently posted…Peguam Syarie Terbaik Di Malaysia.My Profile

Reply
Mahamahu November 13, 2018 - 12:00 am

Ok lah ni kalau pasangan nak cari peguam boleh lah guna khidmat beliau hehehe popular dan bagus ni kita masih belum ada pasangan tak tahu nak guna peguam ni untuk apa hehehehe…

Reply
Cik puan ena November 12, 2018 - 11:05 pm

Mesti banyak ilmu awk dapat kan. Senang nak refer die kalau ada apa2 yg musykil. Semoga tuan junid semakin success. Jugak tuan blog πŸ™‚

Reply
Huda November 12, 2018 - 10:55 pm

Good luck juga kepada kawan JMR, Tuan Junid. Semoga projek pemasaran digital berjaya dan dapat membantu lebih ramai lagi orang yang memerlukan

Reply
Auni Afiqah November 12, 2018 - 9:59 pm

Saya juga doaka tuan junid akan berjaya dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Hmm, saya masih belajar lagi tentang hibah ni πŸ™‚

Reply
Qeela November 12, 2018 - 9:25 pm

Nice sharing! Bagus bila ada kawan2 dari pelbagai bidang ni kan, senang jugak nak merujuk if ada anything nak tanya ke apa dlm pada setiap satu bidang tu. Moga maju jaya kepada semua dalam bidang masing2. 😊

Reply
Fadzi Razak November 12, 2018 - 6:51 pm

Harap harap dia dapat bantu ibu ibu tunggal dalam membuat tuntutan nafkah terhadap suami yang tak bertanggungjawab. kesian tau bila baca cerita ibu ibu tunggal yang kena jaga anak anak seorang diri dan bekas suami lepas tangan. lepas tu bila buat tuntutan pulak, lama gila dan banyak benda yang tak boleh nak settel. sampai ibu tunggal banyak yang give up dan terpaksa tangung anak sorang sorang sampai besar

Reply
Rawlins GLAM November 12, 2018 - 5:31 pm

Best ada kawan dari pelbagai bidang kan. InsyaAllah boleh jadi tempat rujukan jika ada hal berkaitan dan kita pun tak melatah pabila ada khidmat nasihat dari depa.

Best la JMR ada kawan lawyer nie.

Reply
Ruby November 12, 2018 - 5:30 pm

Selalu tahu pasal hukum dan info je. Tapi tak tau siapa yang boleh uruskan. Peguam Syarie di Malaysia terlalu low profile. Mohon lebih ramai kan lagi senarai Peguam Syarie. Senang nak cari. Hehe
Ruby recently posted…Kumpulan XPDC & MAY Bergabung Di Konsert Metal Return 1.0 LIVEMy Profile

Reply
Mimi November 12, 2018 - 5:28 pm

Patutla muka familiar rupanya peguam syarie yang popular. Bagus ada kawan sekolah macam ni yang ada pengalaman bab syariah ni. Boleh rujuk

Reply
khai artzfar November 12, 2018 - 5:23 pm

wow bagusnya! first time baca pasal peguam ni. selalu jarang org shARE. tq tau!

Reply
kylie cre8tone November 12, 2018 - 4:50 pm

really need profesional lawyer advice when it comes to legal… good luck to ur friend on his future undertaking..

Reply
kylie cre8tone November 12, 2018 - 4:50 pm

really need profesional lawyer advice when it comes to legal… good luck to ur friend on his future undertaking..

Reply
Sherry November 12, 2018 - 4:39 pm

wow nice you still keep contact with primary classmates. I didnt keep in touch with all as I forgot their names now. Only a few that I have in contact on FB now. thank you for sharing the lawyer service.

Reply
Julia Mahir November 12, 2018 - 3:48 pm

Cakap psl hibah ni, ada org kata kita isteri2 ni mata duitan bila ingatkan suami psl hibah. kecik hati iols tau… huhu.. nasib suami sendiri paham kepentingan hibah tu.

Reply
mamapp November 12, 2018 - 1:15 pm

good sharing semoga tn junid semakin berjaya

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam