March 29, 2024

Manhajj, Apps Terbaru Yang Membantu Dan Memudahkan Urusan Jemaah Umrah

Ditipu oleh ejen syarikat umrah, tidak pasti langkah-langkah betul menunaikan umrah, sesat di Tanah Suci, bilakah waktu terbaik & tempat terbaik untuk beribadah di Tanah Suci. Perkara-perkara ini merupakan antara permasalahan yang sering menjadi kerisauan bakal jemaah umrah ke Tanah Suci terutama buat pertama kali.

Aku pernah terfikir betapa bagusnya sekiranya ada satu ‘sistem’ yang menjadi pusat sehenti (one stop centre) untuk semua info yang diperlukan oleh bakal jemaah. Alhamdulilah, baru-baru ini satu aplikasi (apps) telah dilancarkan bagi memudahkan ahli komuniti dalam menunaikan ibadah umrah dan melancong. Aplikasi ini dinamakan Aplikasi Manhajj, satu solusi kepada permasalahan ibadah umrah.

Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Pada 28 Oktober lepas, satu Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua telah diadakan di IDCC Shah Alam. Majlis dirasmikan oleh Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan  MOTAC.

Pelancaran ini turut memperkenalkan Aplikasi Manhajj kepada umum. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan, idea menghasilkan aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalah yang timbul.

Ternyata, ini adalah masa terbaik untuk penggunaan aplikasi ini kerana peserta umrah semakin meningkat dan mereka memerlukan satu teknologi yang boleh membantu mereka menunaikan ibadat dengan sempurna & segala permasalahan mereka dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh Manhajj Brothers Sdn Bhd (Manhajj Mutawwif) merupakan pertama yang seumpamanya. Aku memuat turun dan cuba melayari seolah-olah aku bakal menunaikan umrah tidak lama lagi (insyaAllah, doakan!). Walaupun buat pertama kali mencuba, ianya mudah dan sangat mesra pengguna.

aplikasi manhajj

Objektif Apps Manhajj

  1. Memberi kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada ahli komuniti dalam permasalahan ibadat umrah.
  2. Memberi pendidikan secara berterusan kepada ahli komuniti.
  3. Memberi pendekatan baru dalam perancangan ibadah umrah.
  4. Memastikan ahli komuniti menerima layanan yang memuaskan.
  5. Menghubungkan ahli komuniti laman hiburan yang bermanfaat.

Download Apps Manhajj Hari Ini

Untuk makluman, Aplikasi Manhajj boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Google Playstore. Namun pengguna akan mendapat kelebihan menikmati aplikasi penuh yang eksklusif melalui pembayaran deposit sebagai pendaftar serendah RM300.

bantuan umrah

Kelebihan Muat Turun Aplikasi Manhajj

  1. Panic Button yang menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku kecemasan.
  2. Pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah.
  3. Kursus Umrah lengkap secara atas talian (Online) melalui ikon Exclusive.
  4. Mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah Umrah yang dikenali sebagai My Umrah Diary.
  5. Pelbagai informasi menarik yang dibekalkan melalui E-Library.

Manhajj Mutawiff Musim Kedua.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan ialah program realiti pencarian mutawwif, Manhajj Mutawwif untuk musim kedua yang dijadualkan bermula pada awal tahun 2019.. Musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan peserta dari 4 negara (Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura) yang berjuang merebut Juara Manhajj Mutawwif musim kedua.

Para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. Tenaga pengajar yang disediakan adalah sangat berpengalaman dan juga panel juri yang berkaliber dan berwibawa.

Manhajj Mutawwif Musim Kedua turut memperkenalkan eleman baharu iaitu ‘Sketch Artist’ yang terdiri daripada barisan pelawak terkenal tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka.

Aku kira, idea sebegini adalah baik kerana di samping bergelak ketawa dengan lawak-lawak mereka, penonton turut mendapat ilmu yang bermanfaat. Bukan sekadar lawan kosong atau lawak tanpa ilmu.

Semoga segala perancangan yang telah diatur ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat.

majlis pelancaran

Untuk info lanjut, bolehlah layari media sosial di bawah ini:

Laman web : http://manhajj.com

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Manhajj, Apps Terbaru Yang Membantu Dan Memudahkan Urusan Jemaah Umrah

  1. Bagus apabila setiap perkara teratur di lakukan oleh Manhajj. Dari travel agensi, rancangan TV dan kini ada aplikasi. Hebat pemikiran mereka demi membantu umat Islam. Hehehe. Bagus sungguh. Ruby baru tahu aplikasi dan rancangan TV. Tak sabar nak tengok musim kedua tahun 2019 nanti.

  2. Bagusnya zaman sekarang ni kan.
    Urusan penting macam ni pun ada bantuan dari teknologi terkini.
    Tak perlu nak gusar.
    Sedikit sebanyak, ianya dapat mmbantu memudahkan urusan.

  3. App paling berguna dan penting untuk jemaah haji dan umrah. Sekarang ni semua ada dihujung jari dan kebanyakan pakcik2 pon dah pandai guna smartphone. Nanti kat sana mudah untuk dieorg gunakan app ni jadikan panduan. Boleh je bertnya tapi dengan adanya app ni lagi memudahkan kan. Nk syorkan kt mak abah sbb dieorg nk ke umrah next year =)

  4. Bertuah dapat hadir ke Majlis Pelancaran Apps Manhajj ini, dapat lihat dengan dekat selok belok tentang aplikasi Manhajj. Terima kasih info nanti nak bagi tahu kawan tentang apps ni dia nak ke Makkah buat umrah moga bermanfaat

  5. Aplikasi yang sangat membantu jemaah umrah. Siap ada panic button. Pastinya keselamatan lebih terjamin. Tak sabar juga nak tengok program ni. Elemen lawak pasti lebih bermakna jika ada pengisian.

  6. Bagus diaorang buat apps macam ni. Ye la kan, even kalau kite dah pergi kursus haji umrah semua tu, kadang kadang ada hal berbangkit yang tak diajar masa kursus tu. At least ade apps ni boleh kite rujuk kan

  7. apps ni best sangat membantu bagi mereka yang mengerjakan umrah mahupun haji. especially pada mereka yang ingin mendapatkan senarai check list dan on-mobile rujukan…kalau panik sesat ke..bolehlah tekan panic button ,,

  8. Selain memudahkan para jemaah kursus secara online, ia juga memudahkan jemaah umrah buat rujukan dan dapatkan informasi terkini. Memang bagus aplikasi ni

  9. Menggunkan pelawak bagi menarik minat penonton pada program tv sebegini sangat bagus malah mudah untuk didekati oleh penonton.

  10. Bagus juga apps ni. Ada pulak panic button kan…banyak manfaatnya untuk jemaah umrah dengan adanya aplikasi macam ni. Kursus umrah lengkap secara atas talian tu best.

Leave a Reply to Fadzi Razak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *