Home advertorial Duyung Secekak Ditemui Di Pantai Remis!

Duyung Secekak Ditemui Di Pantai Remis!

by JMR
1 comment

Menggemparkan! duyung terdampar di Pantai Remis?

Kelibat seorang puteri duyung persis watak Ariel di dalam filem Walt Disney The Little Mermaid, menarik perhatian ramai.

Kelihatan bersantai di atas tambakan batu di Pantai Remis, Kuala Selangor, aksi duyung yang cantik berambut merah berombak dan lebat melebihi paras pinggang itu, cukup mempesonakan.

Walau bagaimanapun dia bukanlah puteri duyung seperti kisah mitos yang pernah diceritakan semasa zaman kanak-kanak dulu.

Sebaliknya, puteri duyung yang dikenali sebagai Beby Maembong itu, salah seorang peminat kisah lagenda The Little Mermaid,
yang merealisasikan impiannya untuk menjadi puteri duyung dengan memakai kostum Mermaid.

Di ajukan soalan kepada Beby Maembong atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail, 29, mengapa beliau amat meminati Puteri Duyung sedangkan terdapat banyak kisah kisah puteri lagenda yang cukup popular misalnya Cinderella, Beauty And The Beast, Snow White dan Rapunzel?

Ujar Beby, kalau diikutkan kisah kisah puteri ini semuanya hampir sama, namun yang menjadi perhatian Beby Maembong adalah Ariel dalam filem The Little Mermaid. Bagi Beby Maembong, watak puteri duyung itu mempunyai personaliti yang menawan kerana semangat juangnya yang tinggi, ditambah pula dengan pinggangnya yang ramping serta wajahnya yang jelita.

“Termasuklah dengan rambut saya. Kalau perasan rambut Mermaid itu berwarna merah dan panjang kan? Jadi saya memang sengaja memilih warna sama dan menyimpan rambut panjang kerana ingin kelihatan seperti Mermaid berkenaan.”

Personaliti yang ada pada Mermaid itu membuatkan Beby Maembong gigih berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Begitulah juga sikap Beby Maembong dalam melakukan sesuatu terutamanya dalam perniagaan.

Ditanya, apakah dia pernah disapa dengan panggilan ‘mermaid’, Beby Maembong berkata, ketika perayaan Aidilfitri yang disambut di Terengganu, ramai kanak-kanak bertanya kepadanya “Adakah awak Mermaid? Saya iyakan saja,” katanya sambil ketawa.

Barangkali ramai yang tidak percaya, wanita ini sebenarnya mempunyai empat orang anak. Mendirikan rumah tangga di usia muda iaitu 19 tahun, lebih mengejutkan dia mempunyai ukuran pinggang 23 inci seperti Mermaid!

duyung pantai remis

Beby Maembong – Individu Mempunyai Ukuran Pinggang Terkecil.

Ini bermakna, Beby Maembong antara individu popular di Malaysia yang mempunyai ukuran pinggang terkecil selepas Allahyarham Puan Sri Saloma yang masih memegang rekod pinggang 21 inci. Patutlah Beby Maembong digelar seperti Mermaid!

Mempunyai pinggang secekak juga hasil memakai bengkung jenamanya sendiri, antara usaha yang dilakukan Beby Maembong untuk kelihatan seperti mermaid.

teknik pakai bengkung

“Kalau kita lihat bentuk tubuh mermaid sangat cantik terutamanya pinggangnya yang ramping. Dengan status saya sebagai seorang ibu beranak empat adalah mustahil untuk mendapatkan pinggang dengan ukuran 23 inci, namun semuanya tidak mustahil dengan memakai bengkung Slimdollz dan ‘waist trainer’ Sure Ramping setiap hari termasuklah semasa tidur.

“1 tahun lalu saya pernah gemuk dan berat mencecah 76 kilogram. Suami mengambil gambar ketika saya sedang berbaring dan tunjukkan kepada saya. Gemuknya saya masa itu. Sangat sedih rasanya sebab tidak dapat jadi seperti Mermaid yang mempunyai pinggang ramping”

petua kurus selepas mengandung

“Dek kerana gambar itu jugalah saya bertekad untuk menguruskan badan dan merampingkan pinggang menggunakan produk saya sendiri kerana saya yakin dengan keberkesanan produk. Apatah lagi, pada masa itu saya menjual produk bengkung dan orang tertanya-tanya jual bengkung tapi pemilik produk sendiri tak kurus!, ” katanya dalam masa 2bulan dia mempunyai berat badan 52 kilogram dengan menggunakan rangkaian produk Slimdollz dan ketinggian 166 sentimeter .

Beby Maembong percaya, sesiapapun wanita boleh memperoleh bentuk badan yang cantik seperti Mermaid, sekalipun sudah bergelar ibu asalkan ada kemahuan untuk menjaganya dengan menggunakan produk yang berkesan.

baby maembung

Ujar Beby Maembong, pemakaian bengkung salah satu solusi untuk mereka kerana ia bukan saja merampingkan pinggang tetapi juga mengecutkan dan menguatkan rahim. Disamping itu, pemakaian yang konsisten adalah diperlukan untuk pinggang yang lebih ramping.

“Semasa saya remaja dulu, ramai rakan yang berbadan besar, saya selalu memberi dorongan kepada mereka untuk menjaga badan. Selalu saya nasihatkan, tak sayang badan ke?”

“Bukannya apa, bila berbadan besar wanita mudah hilang keyakinan diri. Cara untuk menaikkan keyakinan mereka adalah dengan membantu mereka. Itu sahaja caranya! Kalau saya boleh buktikan mempunyai pinggang ramping seperti Mermaid, saya pasti wanita lain juga boleh,” serayanya berkata sambil memberitahu yang beliau baru shj memperkenalkan minuman diet Bebydollz Chocolate Slim.

baby maembung

IG: @Beby_maembong / @slimdollz_hq

#BebyMaembong #DuyungSecekak

Penaja lokasi: The Kabin, Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.

Wardrobe Kostum Duyung : Centrestage Vision Dynamic

Dress Hijau: Shanell Harun

Makeup: Barrinamat (Kak Bar)

Hairstylist: Hilmi Awall

1 comment

Belang Tarung November 26, 2018 - 9:22 am

fuhh..cosplay rupanya igt dah masuk dalam zoo hehe
Belang Tarung recently posted…Cara Mudah Naikkan Bilangan Followers Di InstagramMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam