Home travelog Transformasi PLUS Highway Jalin Kerjasama Dengan 10 Jenama Terkenal Restoran Dan Kafe Terkenal

Transformasi PLUS Highway Jalin Kerjasama Dengan 10 Jenama Terkenal Restoran Dan Kafe Terkenal

by JMR
21 comments

Jaringan lebuh raya PLUS dari Utara ke Selatan merupakan lebuh raya terpanjang di Malaysia. Untuk info, terdapat 24 R&R di rangkaian lebuh raya PLUS. Bagi pemandu yang memandu menggunakan lebuhraya PLUS ini terutama untuk jarak jauh, mereka pasti memerlukan kemudahan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang lengkap dan selesa. Jika sebelum ini kawasan PLUS R&R tidak berapa meriah, tidak lengkap kemudahannya dan sesetengahnya agak kelam dan suram, kini tidak lagi selepas projek transformasi dijalankan.

Terkini, PLUS Malasia Berhad memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai satu langkah untuk merevolusikan kawasan PLUS R&R di lebuh raya dalam memenuhi citarasa dan permintaan pelanggan. Program mengubahsuai dan menaik taraf turut giat dijalankan PLUS R&R terpilih.

10 Jenama Terkenal Makanan Dan Minuman di PLUS R&R.

Salah satu satu strategi PLUS dalam program transformasi ialah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai jumlah pengikut yang besar.

10 jenama tersebut ialah:

  • Starbucks
  • Krispy Kreme
  • Harold’s Bread
  • Mohd Chan
  • Famous Amos
  • A&W
  • Dunkin Donuts
  • MyNews
  • Kenny Rogers
  • Line Clear

Mohd Chan & Harold’s Bread Antara Jenama Yang Terlibat

Bagi merealisasikan strategi ini, satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Rakan Niaga Baharu telah diadakan di Persada PLUS. Majis ini turut memperkenalkan produk 10 jenama yang beroperasi di kawasan R&R dan dihadiri oleh Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd.Kassim dan Ketua Pengarah LLM, Datuk Aziz Abdullah.

MAKANAN DI PLUS R&R

Ucapan Perkongsian Oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Dalam ucapan oleh Datuk Azman Ismail, PLUS telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya. Citrasa pelanggan turut berubah mengikut peredaran masa.

Dunia digital menerusi media sosial juga memainkan peranan utama dalam mencorakkan budaya serta tabiat pemakanan masyarakat masa kini. Jika sebelum ini, berehat sebentar di R&R, pelanggan memilih untuk menikmati juadah di medan selera, kini trend ini mulai berubah.

Pelanggan mengurangkan perbelanjaan dalam sektor runcit namun akan berbelanja lebih untuk makanan, hiburan dan percutian.

Dengan cara ini, mereka akan lebih membeli ‘pengalaman’ berbanding produk. Justeru, PLUS mengambil peluang ini untuk memberi fokus terhadap jenama-jenama terkenal yang mempunyai pengikut yang besar.

Tidak mustahil jika aku katakan, selepas ini, lebuh raya bukan sekadar laluan untuk satu perjalanan balik kampung, tetapi akan menjadi trend untuk menjadikan kawasan R&R sebagai tempat lepak atau ‘gathering’ keluarga.

Ye la, kalau kat R&R Sg.Buloh pun ada Starbucks, dan rumah ‘client’ aku pun berdekatan dengan Tol PLUS Sg.Buluh, lebih baik bertemu dan berdiskusi di situ sahaja kan?

Penambahbaikan Dan Menaiktaraf Kawasan R&R Terpilih.

Beberapa R&R terlibat untuk projek penambahbaikan seperti pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. R&R Rawang (Arah Utara) menjadi perintis dan R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh turut ditambahbaikan.

Sementara itu, R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) akan terlibat dalam projek menaiktaraf yang melibatkan pembinaan infrastruktur dengan konsep,rekaan dan tema yang baharu pada tahun 2019.

Pembayaran Tanpa Tunai di R&R.

PLUS turut memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) serta pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PAyWave di R&R Dengkil (Arah Utara).

Penguna lebuh raya PLUS pasti akan menikmati kemudahan yang terbaik, hasil daripada ‘projek cakna’ pengguna ini. Diharap agar semua kemudahan ini dapat diselenggara dengan baik supaya lebih ramai pengguna dapat menikmatinya untuk tempoh masa yang panjang.

Aih..tak sabar pula nak memandu di PLUS Highway dan singgah rehat di kawasan Rehat&Rawat PLUS.

21 comments

Abby Onety October 10, 2018 - 1:04 pm

Nah… di Kawasan Rehat Machap nih Abby pernah singgah rwhat saat take away to SG. Tpi itu beberapa tahun yg lalu. Pastinya sekarang lebih rame setelah ada kerjasama dengan 10 brand terkenal ini

Reply
Nadia Johari October 10, 2018 - 12:06 pm

Dia punya jenama makanan semua memnag best..memng wajib berhenti RNR ni sebab nak buang segala hajat, nak rehat kejap, nak isi perut..ade restoran ni semua memnag wajib mkan..hehe

Reply
Syamimi October 9, 2018 - 10:05 am

Setiap kalinak balik umah mak kat ipoh, mesti nampak R&R ada pembaharuan. Kadang tu ada yang dalam renovate lagi. Bagus naiktaraf macam ni. Pengguna pun selesa kan.

Reply
sayaiday October 9, 2018 - 9:13 am

wahhh ini sudah bagusss banyak pilhan makanan, tapi macam mana dengan peniaga yang lama? diorang okay ke dengan pembaharuan ni. takut terjejas bisnes diorang nanti. hehehe

oh tapi okay jugak. harap-harap peniaga lama boleh tingkatkan mutu servis dan kualiti makanan sebab banyak kali terkena pengalaman yang tak elok.
sayaiday recently posted…Resepi Viral Steamboat Ala-Ala Oden FamilyMartMy Profile

Reply
Alia October 9, 2018 - 9:11 am

Best la ni kt RNR macam2 ada..pilih ja nak yg mana..kat umah saya kt Penang ni..btul2 area saya Juru…ada tambahan hentian rehat baru kt situ…kami pun selalu lepak2 n mkn situ

Reply
Emi October 9, 2018 - 8:53 am

Emi suka betul rnr yg ada kedai2 mcm ni. Bukan apa, kadang kita klu berjalan jauh tekak ni tak selera dah nak makan masakan yg biasa duk jual kat rnr (nasi berlauk, soto, etc). Rasa nak benda2 mcm ni. Moga2 rnr bukan sahaja diperelok dari segi makanan. Tp juga dari segi kemudahan & kebersihan.

Reply
Nadratul Syazwana October 9, 2018 - 7:39 am

Line Clear mamak tu ke Jamar? Pehhh hebat lah boleh berdiri setanding dengan jenama-jenama luar yang lain. Mohd Chan pun. Kadang kita lalu highway ni taknak dah makan fast food. Nak makan nasi heheh.
Nadratul Syazwana recently posted…SKIM THOHIR : Bayar Zakat Secara Potongan Gaji dan Menang Hadiah Bernilai RM28,000!My Profile

Reply
Zharif Azis October 9, 2018 - 3:29 am

Wahhhhhh restoran muhd chan pon ada. Feveret kot restoran tu. Suka dgn tom yam dia. Rasa dia lain dari yg lain. Nie yg makin semangat nak singgah RnR lepas nie

Reply
Syaza Redzuu October 9, 2018 - 12:09 am

Hmm makin sesak la R&R lepas ni. Lagi-lagi bila brand besar dah join sekali. Sebelum ni pun dah sesak teruk. Sis cannot brain! hahaha.
Syaza Redzuu recently posted…Edisi BLAS: Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Jana Pendapatan Dengan Lebih Pantas (Versi Adhance)My Profile

Reply
Hanny Abdullah October 8, 2018 - 11:30 pm

Nampak gaya kalau setiap kali ke mana-mana n nampak RnR kena singgah ni, singgah utk makan..hehehe. Terbaik le..mcm2 pilihan makanan ada

Reply
Faries October 8, 2018 - 8:53 pm

Lepas ni makin jammed ke camne setiap RNR? hehehe. Tapi best la dah ada macam2. Dh ad starbucks tu pun dah rasa nk tido je kt RNR.

Reply
nikkhazami October 8, 2018 - 8:12 pm

ni kira impian jadi kenyataan. dah lama teringin nak tengok rnr ada food chain yang besar macam ni. takde la stuck dengan food court.

eh makcik2 food court tak marah ke ni
nikkhazami recently posted…KFC Zinger Waffle Burger ReviewMy Profile

Reply
Hasif Hamsyari October 8, 2018 - 2:39 pm

Bagusnya! Sebab melalui program macam ni kita boleh nampak apa usaha yang dilakukan supaya sentiasa ada penambahbaikan yang up-to-date dan sesuai dengan kehendak pengguna. Semoga inisiatif macam ni terus dilestarikan! 😀

Reply
Eiza GreenAppleKu October 8, 2018 - 2:27 pm

A&W rasanya dah lama ada di sestengah R&R. Yang lain-lain memang bakal bikin R&R tempat rileks dan santai la lepas ni.

Reply
Syiera Firdaus October 8, 2018 - 12:40 pm

Wah banyak improvement la lepas ni. Selalu stop R&R untuk makan mesti tak tau nak makan apa. Menu yang ada asal boleh jual je. Ni dah ada penambahan jenama makanan senang la sikit.

Reply
Min October 8, 2018 - 11:15 am

Pergh makin menarik n class plus sekarang ek. Tapi betul la memang R&R plus la paling selesa pun dimana2..hehe tp makin byk jenama yg terknal masuk

Reply
lin liena October 8, 2018 - 11:10 am

wah…ini berita baik…mmg wajib singah r n r ..
suka makan2 kat situ sbb banyak pilihan..terbaiklah plus..

Reply
ciklilyputih October 8, 2018 - 11:09 am

wah harold bread pun hado? ini sudah bagus ni sebab roti-roti di harold bread sedap-sedap belaka especially seaweed roll tuh. nasib baik kedai kopi favourite ahkak ko ni tetap ada gak kan

Reply
tukangmasak October 7, 2018 - 3:50 pm

1-2 je jenama tempatan. Tu..diaaa Pak Tam tak masuk senerai ke. Di RnR Tapah ada Pak Tam. Atau ini jenama baru yang akan masuk?
tukangmasak recently posted…Petua Kafe Ikhwan Putrajaya Terlajak LarisMy Profile

Reply
ahmadyani October 7, 2018 - 1:12 pm

RnR kena naik taraflah. Mungkihkah akan semakin sesak RnR? Atau Jenama besar ni hanya dimasukkan di RnR yang besar-besar sahaja?
ahmadyani recently posted…4 Langkah Mudah Mulakan Bisnes Di Ebay Yang MenguntungkanMy Profile

Reply
JMR October 9, 2018 - 12:01 pm

Ya, PLUS sedang rancang utk upgrade RnR, mengikut fasa..rasanya jenama ini masuk di RnR tertenu sahaja Tuan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam