IZUBIELA RASI

Susuk RM1 Juta – Izubiela Rasi

Dalam tempoh lima tahun dia mendakwa sudah berhabis kira-kira RM1 juta semata-mata mahu kelihatan seperti anak patung popular Barbie.

Bagi Izubiela Rasi atau Bella, 29, atau lebih dikenali dengan nama Instagram @izubielazaffmarekan setiap kali memuat naik fotonya di Instagram mahupun Facebook, pasti ada di antara pengikutnya menyamakan dirinya seperti doll atau anak patung.

Ada yang beranggapan foto dimuat naik Bella melalui proses suntingan yang keterlaluan untuk kelihatan seperti patung bernyawa.

Namun, peluang bertentang secara empat mata dengan wanita ini, memang begitulah rupa paras dan fizikalnya di luar.

IZUBIELA-SEBELUM DAN SELEPAS

“Maaf bukan mahu meninggi diri, tetapi jujur memang selalu ada yang menyapa saya kelihatan seperti doll dan Barbie.

“Ada juga yang minta untuk bergambar,” kata Bella membuka bicara.

Ujar Bella lagi, patung Barbie gambaran wanita yang sempurna.

Semetri wajah menawan, berambut lebat dan bertubuh langsing, membuatkan wanita obses untuk menjadi seperti boneka yang dimiliki hampir semua kanak-kanak perempuan seluruh dunia itu.

“Saya juga tidak terkecuali. Tetapi tidaklah sampai buat pembedahan plastik atau kosmetik. Malah, tidak menggayakan fesyen seperti Barbie sebaliknya suka mengenakan gaun yang glamor.

“Saya jaga makan untuk mengekalkan saiz tubuh sedia ada, mengambil makanan tambahan pencerahan kulit, selalu ke salon untuk mendandan rambut, melakukan senaman, urutan wajah, memakai korset setiap hari dan menjalani pelbagai rawatan kulit, salah satunya mengambil suntikan vitamin C.

“Saya juga suka membeli barangan mekap dan akan menghabiskan masa dua hingga ke tiga jam untuk bersolek bagi mendapat doll look yang sempurna.

“Terus-terang demi nak cantik, saya tak kisah berhabis wang,” katanya.

Akui wanita ini, sejak remaja lagi dia sangat menjaga bentuk tubuh dan suka pada kecantikan termasuk melihat benda-benda yang cantik.

Obsesi pada kecantikan juga mendorong wanita berasal dari Pulau Pinang ini, mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.

“Idea mengeluarkan produk sendiri tercetus selepas kemalangan ketika penggambaran sebuah drama. Akibat daripada kejadian itu hidung saya patah dan senget ke kanan.

“Rasa ‘down’ masa tu, perlahan-lahan saya merawat diri dan melakukan pelbagai usaha untuk mencantikkan diri.

“Bertitik tolak dari kemalangan itu juga saya mula minat membuat produk sebagai salah satu cara untuk berkongsi tip kecantikan dengan wanita di luar sana yang berasa rendah diri dengan kekurangan mereka.

“Saya mencari penyelesaian serta formula produk yang berkesan bahkan berupaya mencantikkan dan memutihkan kulit,” kata wanita berbakat dalam nyanyian dan memiliki vokal mirip Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Pesan Bella kepada mereka yang obses untuk kelihatan cantik seperti patung Barbie, tidak perlu sehingga merisikokan diri atau membahayakan nyawa dengan melakukan pembedahan plastik/kosmetik lebih-lebih lagi mereka yang berstatus Muslim.

“Cukup sekadar mengawal pemakanan, menjaga kulit dan aplikasi teknik solekan yang betul,” katanya.

Kredit: Harian Metro Online

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

22 Comments

  1. Adoiii… rasa macam tak sangguplah nak berhabis satu juta nak cantik macam barbie doll. Lagipun suntik-suntik ni sakit sebab officemate Mrs. A pun ada yang suntik-suntik ni lepas suntik tu muka bebengkak sehari dua tu kena tahan sakit adoiii tengok macam tu memang taklah kot.
    Mrs. A recently posted…Menang Voucher LAZADA – Beli apa tu?My Profile

  2. If tak salah Ika satu juta dikira disaat dia mulakan treatment untuk cantikkan diri. Memang cantik sekarang dan putih melepak. Suka tengok dia.

  3. Semua perempuan sukakan kecantikan. Yang penting kena selamat dan sedar keupayaan diri. Jangan sampai menyiksa diri. Nak lagi senang? Meh ambil Premium Beautiful Corset kat Rawlins hehehe

    Tumpang iklan ye

  4. many people nowadays misused the meaning of plastic surgery and it is meant for those accidents cases.

    just because for beauty, they rather taking risk … insane wei…

  5. Gila punya cantik macam ni. Memang macam patung. Taoi nak cantik memang beribu duit habis.. Tapi taklah nak putih macam ni. Dapat kulit bersih pun cukup

  6. pergh putih melepak, nampak betul perubahan dia..habis 1 juta untuk macam ni, kalau puas hati bgusla..macm barbie doll betul

  7. Kalau sis lah..memang sis tak nak ehh jadik cam ni, dah tak nampak semulajadi kita. Kalu setakat pakai bedak putih melepak tu ok lagi..tapi nak putih cucuk2 ni idok le..hehehe. Dia banyak duit leh le buat apa dia nak buat, ya dak?

  8. baru tahu dia ni saper..famous sebab muka ala Barbie kot…tapi suntik2 ni memang seram lah..merbahayakan iskhhh nak cantek macam2 cara heheh

  9. Perempuan yang tak berapa cantik ni bukannya tak cantik tapi tak kaya ahahaha , gilehhh 1 juta wooo , brbaloi lah dah macam patung rupanya

  10. Ujian dunia, sanggup berhabis demi kecantikan yang pasti akan lenyap ditelan masa. Takut tengok orang yang obses sangat nak cantik ni..

  11. hmmmmm… bagi aida bazir duit. pe pon sebab nyer, x brape logik need to spend that much.
    Tapi tu la. Hak memasing. Duit memasing. Dia rasa perlu dan mampu, up to her.

  12. Tak berani komen ni. Berbaloi ke tak bergantung kepada individu ni. Harap2 tiada kesan sampingan pada masa akan datang.

  13. Woww mmg cantik betul nampak kulit dia, tapi kenapa gmbr first tu sekerat jee nak tgk jugak depan2 full muka mcm mana hehee. tak pernah jumpa depan2 so xsure nk ckp cmne hehe..tp baguslah dia sbb tak buat pembedahan kosmetik unt nampak cantik, tp jaga pemakanan etc..mmg bagus!

  14. Heheh banyak duit boleh la habiskan duit berjuta untuk kecantikan heheh kalo saya ni rasanya dari berabis duit untuk cantik baik duit tu sy besarkan bisnes sy ni ha sampai pasaran luar negara hahaha..

  15. Uik..betul ke boleh berubah sampai macam ni sekali..SA memang x berani la hehehe..apapun terbaik la dia ni…displin dan konsisten..sampai 1 juta tu ha….pokok pangkal kena rajin la kan

  16. orang pompuan ni kalau nak cantik memang sanggup buat apa saja kan, walaupun berhabis wang ringgit.

  17. Idak la nak buat pembedahan plastik sebab saya jenis takut jarum. Hehehe….guna cara yang asli je. Nak suntik2 botox pun jauh sekali. Guna produk yang alami pasti takde side effect.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam