pengalaman sepupu ke zoo negara

Pengalaman Pertama Dayyan, Danish Dan Airaa Ke Zoo Negara.

Kali terakhir aku ke Zoo Negara ialah masa lawatan sekolah rendah, lebih 20 tahun lepas. Selepas tu, dah tak jejak kaki ke sana lagi. Seingat aku la. Mungkin aku tak berapa minat sangat kot nak ke tempat kurungan haiwan ni. Kesian tengok singa kena kurung.

Aku lagi prefer tengok National Geographic kot..Hmm..tapi ke Zoo Melaka aku suka. Mana taknya, sampai 2 kali kot pergi sana..pertama kali sebelum kelahiran Dayyan dan Danish. Kali kedua, selepas Dayyan & Danish dah tahu beza mana satu lembu, mana satu kambing..haha..

Zoo Negara?

Bulan lepas adalah kali ke-2 aku ke sana. Kebetulan sepupu Dayyan Danish, Airaa ada datang bercuti di KL. Since budak-budak ni makin membesar, elok benarlah bagi diorang merasai sendiri pengalaman ke Zoo Negara. Sekurang-kurangnya, dah sekolah esok lusa, dah boleh bayangkankan keadaan Zoo Negara. Jadi senanglah bila diorang nak siapkan karangan Bahasa Melayu bertajuk “Pengalaman Menyeronokan Ke Zoo Negara”

Apa Yang Menarik di Zoo Negara?

Selepas membaca review pengunjung yang berkunjung ke Zoo Negara sebelum ini, serius, aku tak letak harapan yang tinggi untuk terlalu ‘enjoy’ ke sini. Asalkan Dayyan, Danish & Airaa happy pun dah memadai.

Trip kali ini, sebagai abang sulung, aku kenalah hulurkan duit untuk beli tiket kan? Aku lak tak kira total yang perlu aku bayar terlebih dahulu. Ingatkan 20 hengget je, sekali hambek, boleh tahan gak total untuk 4 dewasa, 3 budak (eh Airaa dikecualikan sebab bawah umur). Mujurlah aku ada bawa duit lebih sikit dalam wallet..

rate zoo negara
Bayaran Masuk Zoo Negara

Kami sampai lebih kurang jam 10.30pagi. Cuaca agak panas. Tak perlu risau sebab kat dalam zoo tu memang ada pokok-pokok yang merimbun. Jadi, takdelah kena direct sunlight kan. Proses pembelian tiket di kaunter bersebelah dengan pintu masuk utama Zoo Negara sangat efisien. Tak sampai 10 minit, kami dah siap pakai tag di lengan.

Kami terus menuju ke Show Amphitheatre untuk Animal Show yang dijadualkan pada jam 11 pagi. Kalau terlepas show pada masa tu, terpaksalah menunggu untuk show jam 3 petang. Pada aku, datang ke Zoo ni, perkara utama nak kena tengok ialah Animal Show inilah.

animal show

Jika dibandingkan dengan Crocodile Show di Taman Buaya Melaka, Animal Show di Zoo Negara ini jauh lebih menarik..hehe..walaupun aku tahu perbandingan ini tidal adil. Dayyan & Danish memang tak berganjak dari tempat duduk menonto aksi singa laut,, burung kakak tua dan ayam jantan.

Teruja betul diorang melihat aksi bijak binatang-binatang tu. Ah, bukan diorang je, aku pun teruja  gak. Kagum lak aku dengan trainer yang berjaya melatih mereka sampai sebijak itu.

Animal Show berlangsung lebih kurang sejam. Tamat je persembahan ini, kami terus menuju ke Akuarium sebelum bergerak ke kurungan-kurungan haiwan lain lagi.

Seperti yang pernah aku baca review tentang Zoo Negara, ternyata komen-komen mereka yang menyatakan Zoo Negara seperti tidak dijaga dan dimenten dengan baik, selain binatang yang kurus seperti tidak makan, adalah 90% benar..maaf cakap..tapi aku rasa pihak Zoo Negara boleh jadikan tempat ini lebih baik.

akuarium zoo negara

Antara tarikan utama di Zoo Negara adalah Pusat Konservasi Giant Panda. Aku tak pasti binatang lain jeles ke tak dengan si panda kat sini. Dah la datang menumpang di negara orang, then diorangnya kurungan jauh lagi best daripada binatang lain. Bersih, sunyi dan sejuk. Manusia yang melawat diorang pun dilarang membuat bising ok.

Pertama kali melihat Giant Panda, memang nampak keterujaan diorang ni. Penat gak aku nak instruct supaya diorang tak bising dalam pusat konservasi ni.

national zoo malaysia panda

Panda tengah tidur. Nampak macam kurang nyenyak tidur mereka ni. Nak buat macam mana, walaupun signboard “Jangan Bising” terpampang di mana-mana, tetapi memandangkan ramai anak kecil ketika ini, sikit sebanyak memang ada ‘bising’nya di situ. Mohon Panda bersabar dengan anak-anak kecil ye.

malaysia national zoo

Dayyan dan ayah Chik berselfie dengan rusa jinak. Pandai lak rusa fokus di skrin fon tu..ke sebab dah selalu pengunjung berselfie dengan mereka kot. Dah terbiasa.

kangaroo malaysia

Wow kangaroo pun ada gak di Zoo Negara ni. Tak perlu terbang jauh-jauh ke Australia dah pasni. Dah sini dah boleh tengok kangaroo dengan mata kepala sendiri. Tapi tak boleh pegang la. Kat sana, boleh pegang peluk cium bagai kan.

Selamat ke tidak kawasan Zoo Negara ni, terutama kepada kanak-kanak? Selamat sekiranya korang sentiasa mengambil langkah waspada. Sedia maklum, tempat terbuka seperti ini dan melibatkan bintang-binatang buas, memang ada hazadnya yang tersendiri. Yang penting, sentiasa ikut setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan zoo Negara.

Tip Keselamatan Di Zoo Negara;

  1. Jangan membuang sampah di merata tempat.
  2. Dilarang mengusik atau memberi makanan kepada haiwan.
  3. Sentiasa perihatin terhadap pergerakan anak-anak.
  4. Jangan menceroboh kawasan larangan.
  5. Pastikan anak sentiasa duduk ketika menaiki tram.

pengalaman sepupu ke zoo negara

Elok lak pakai baju warna tema sama. Oh ye, since cuaca agak panas, kena pastikan anak-anak minum air masak cukup-cukup. Berpeluh sakan gak nak habis pusing satu zoo Negara ni. 3 jam lebih gak kami habiskan masa di sana.

Famili aku & adik ke-3 aku. Seronok? Semestinya seronok sebab dapat luangkan masa berharga bersama keluarga!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

17 Comments

  1. Murni tak pernah sampai ke Zoo Negara ni..setiap kali pi KL mesti terlepas peluang sebab byk jer aktiviti nak melawat sedara mara..

  2. Lama betul tak pergi Zoo Negara, bila tengok gambar bintang terus rasa nak pergi sana. Rindu nak belajar pasal binatang. Show binatang pun menarik jugak.

  3. Budak2 memang suka la dorang kalau dapat ke zoo negara. Pengalaman yg cukup berharga bagi diorang. Kita yg dewasa ni pun kadang2 excited sama. Hehe

  4. Haritu pergi sini masa birthday fariza setahun ke dua tahun.. Lupa.. Tu la kebanyakan haiwan kurung lepas tu macam tak trjaga.. Kesian tengok binatang2 dekat situ.. Tempat besar, haritu memg ada yangbsedang di renovate

  5. Dah lama x bawa anak2 ke sini. Teringin nak bawa keluarga, tapi tiket dia agak mahalkan ,, kena menabung

  6. bestnya pergi zoo. dah lama tak ke sana, budak2 mesti seronok dapat pergi zoo sebab excited dorg tgok haiwan jarang nampak sangat luar biasa.

    anyway, perbelanjaan utk jaga panda tu mmg mahal. sy pernah terbaca dekat mana ntah. that is why ramai yg membantah masa nak bawak masuk panda2 tu ke sini

  7. Kali terakhir datang ke zoo negara ni dua tahun lepas. Yes memang kurang la berbanding dengan zoo lain. Ketika tu, banyak binatang di zoo ni tidak kelihatan. Macam tak berbaloi je dengan harga tiket yang dibayar mungkin mahal sebab caj tengok panda kot.

  8. Seronok pi Zoo Negara, Saya pon suka ke Zoo Negara dapat tengok haiwan-haiwan yg jarang dapat lihat dengan jarak dekat. Seronok tengok Dayyan ke Zoo nnt mesti dia ajak pergi lagi. Suka tengok akai Panda yang comel tu

  9. I’d yet to bring my kids to zoo negara.. looks fun and close encounter with the animals.. time to go..

  10. I’d yet to bring my kids to zoo negara.. looks fun and close encounter with the animals.. time to go..

  11. uuisshh dah lain! hahaah sama la dah lama tak pergi. tak ingat dah bila last pergi ke zoo ni ha..

  12. Boleh tahan jugak mahal masuk zoo negara ni ye..duku xde la mahal mana kan.Zoo negara dh masuk banyak kali dh…teringin nak pi zoo taiping ngan zoo spore haha

  13. Wahhh, The children must be very excited and end up sleeping dreaming those animals. Is a very good activity to let them hear too mother nature…

  14. la dah RM50 rupanya untuk sekali masuk ek dewasa. dulu last aku masuk baru RM25, hebat-hebat maybe sebab kos penjagaan binatang2 ni dah mahal kot. sebab tiket pun naik harga

  15. Zaza tak pernah lagi singgah zoo negara ni.. Kalau bcuti bawak family ramai2 ni memang best kan.. Kalau budak2 lah lagi suka diorang tgk mcm2 haiwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam