March 28, 2024

Tunai Ibadah Umrah Dengan Tenang Bersama Pakej Umrah Raza Holidays

Menunaikan ibadah Umrah merupakan impian kebanyakan muslim selain daripada ibadah Haji. Hendak menunaikan Umrah tidaklah sesukar mendapatkan tempat seperti menunaikan Haji. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita mencari pakej dengan harga rendah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menguruskan perjalanan jemaah ke Tanah Suci. Kos perjalanan dan perbelanjaan di sana boleh tahan juga mengikut musim tertentu.

Namun di sebalik keterujaan bakal tetamu rumah Allah ini, ada yang menjadi mangsa kekeliruan atau penipuan pakej-pakej yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kenapa perkara sebegini terjadi? Bagaimanakah cara terbaik untuk mendapatkan pakej Umrah yang telus?

Ada beberapa cara memilih Pakej Umrah untuk rujukan bakal jemaah:

  • beli pakej umrah daripada syarikat berstatus ‘muassasah’. Dengan status ini, segalan urusan dokomentasi dan permohonan kerja Umrah anda akan lebih mudah dan terjamin.
  • sebelum mengesahkan pembelian pakej umrah, pastikan pakej yang anda beli bertepatan dengan harga yang dibayar tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan semasa berada di Tanah Suci. Semak sama ada ianya sudah termasuk tiket penerbangan pergi-balik, lokasi hotel, makanan dan juga keperluan lain.
  • pastikan pakej anda disediakan Mutawwif yang akan menemani perjalanan ibadah umrah anda. Ini lebih memudahkan urusan kerja Umrah anda.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej Umrah. Aku tertarik dengan satu syarikat milik anak tempatan yang berstatus Muassasah iaitu Raza Holidays Sdn Bhd. Daripada testimoni yang aku baca dan dengar, para Jemaah sangat berpuas hati dengan perkhidmatan  mesra daripada krew-krew Raza Holidays.

Aku ada 12 sebab utama kenapa aku akan menggunakan pakej Umrah Raza Holidays sekiranya aku ada peluang dan rezeki mengerjakan umrah di Tanah Suci nanti, insyaAllah..

Tentang Raza Holidays Sdn Bhd

Raza Holidays Sdn Bhd merupakan satu daripada 80 syarikat yang menguruskan jemaah Umrah bertaraf Muassasah. Raza Holidays Sdn BHd adalah sebuah syarikat 100% milikan Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Haji Arab Saudi. Syarikat juga merupakan ahli gabungan International Air Transport Association (IATA) dan Malaysian Association Of Tours and Travel Agents (MATTA).

Salah satu prosedur Raza Hoidays bagi memastikan jemaah tenang sebelum terbang ke Tanah Suci ialah, syarikat akan menyerahkan pass Visa & No.FNR 2 minggu sebelum bertolak untuk memastikn perjalanan jemaah ke Tanah Suci disahkan. Jadi, jemaah tidak perlu risau tentang visa dan tiket perjalanan mereka hingga ke saat-saat akhir.

Kelayakan Dan Pengiktirafan Raza Holidays

Sebab Jemaah Memilih Pakej Umrah Daripada Raza Holidays.

  • Raza Holidays merupakan syarikat pertama di Asia yang menyusun atur jadual penerbangan iaitu pada hari Rabu & Khamis dengan harga yang sudah ditetapkan. Ini memastikan Jemaah berpeluang menunaikan 2 kali Solat Jumaat iaitu yang pertama di Mekah (Masjidil Haram) dan yang kedua di Madinah (Masjid Nabawi)
  • Raza Holidays menggunakan penerbangan terus sama ada dengan Malaysia Airlines atau Saudi Airlines untuk memastikan keselesaan pada Jemaah.
  • Raza Holidays tidak menggunakan penerbangan tambang murah bagi menjamin keselesaan para Jemaah.
  • Mutawwif berpengalaman daripada Malaysia akan membimbing para Jemaah untuk melakukan umrah sebanyak 4 kali iaitu: Yang pertama Miqat di Qarnul Manazil, Yang kedua Miqat di Jaranah, Yang ketiga Miqat di Hudaibiyah dan Yang keempat ketika balik dari ziarah Taif.
  • Raza Holidays membawa Jemaah ziarah Taif secara percuma tanpa ada sebarang bayaran. Kebiasaanya, ada agensi pelancongan yang lain mengenakan bayaran SAR250 untuk membawa Jemaah ke Taif.
Jemaah Raza Holidays di Pasar Buah Tdi Taif
  • Raza Holidays sentiasa memastikan keselesaan para Jemaah dengan menyediakan 4 orang Jemaah untuk 1 bilik tidak seperti yang disediakan oleh agensi pelancongan yang lain iaitu seramai 10 orang untuk sebilik.
  • Raza Holidays menyediakan kelengkapan Umrah untuk kemudahan para Jemaah seperti:
    Kain Ihram untuk Jemaah lelaki dan telekung untuk Jemaah perempuan, Uncang kasut, Bagasi bersaiz 28’ dan 20″.
  • Raza Holidays menyediakan perkhidmatan bas semasa pergi dan balik ke/dari KLIA.
  • Sebelum pulang ke Malaysia, Jemaah Raza Holidays akan menikmati hidangan Nasi Arab Daging Unta di Madinah.
Menikmati Nasi Arab
  • Raza Holidays tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada para Jemaah. Harga yang ditawarkan Raza Holidays adalah sudah tetap. Contohnya ada sesetengah pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan lain terdapat perkataan ‘DARI’ pada harga yang ditawarkan.
  • Di Raza Holidays kami mewajibkan pakej kami menyediakan makan dan minum sebanyak 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
  • Raza Holidays menyediakan kursus umrah PERCUMA sebanyak 3 kali kepada semua Jemaah sebelum bertolak. Ini bagi memastikan Jemaah memahami dan bersedia untuk berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Promosi Umrah Musim Sejuk 6 Percuma 1.

Testimoni Pelanggan Raza Holidays

Sekiranya korang sedang mencari pakej Umrah untuk hujung tahun ini, aku sangat-sangat rekemen untuk korang memilih pakej Umrah musim sejuk daripada Raza Holidays ini. Tarikh yang dijadualkan seperti berikut:

  1. 28 Nov – 9 Dec 2018
  2. 29 Nov – 10 Dec 2018
  3. 5 Dec – 16 Dec 2018
  4. 6 Dec – 17 Dec 2018
  5. 12 Dec – 23 Dec 2018
  6. 13 Dec – 24 Dec 2018

Untuk tempahan, sila hubungi 019-4407777 .

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Tunai Ibadah Umrah Dengan Tenang Bersama Pakej Umrah Raza Holidays

  1. wah! saya nak pin artikel ni. mmg ada plan nk berumrah dengan keluarga nanti. siap ade 6 free 1 tu mmg berbaloi sangat tu. tq for sharing!

  2. Memang nak pergi mengerjakan umrah kene cari agen yang betul2 boleh dipercayai..bila nampak blogger tulis, mesti percaya agen ni boleh dipercayai..hehehe…insyallah suatu hari akan pergi buat umrah

  3. Nak pergi umrah wajib buat kajian . terutama sekali untuk syraikat yang belum ada nama ni. Maklumlah tak ramai orang kenal. Takut juga kalau kena tipu.

    Kalau dah buat kajian dan yakin, alhamdulillah teruskan

  4. Beruntung siapa ambik pakej umrah raza ni yer, banyak kelebihan Dan banyak tempat untuk dilawati. Sekarang nak pergi umrah kena pandai pilih. Takut tertipu Dan ambil kesempatan

  5. Sekarang mmg byk agensi umrah yg tak berdaftar, sebab tu kena study ttg agen atau syarikat yg kita pilih utk elakkan penipuan.
    Tengok Raza Holidays ni dah berstatus muasassah, so memang di yakini selamat jika pilih pakej mereka

  6. Menariknya pakej dia. Kte lom ada rezeki nak menunaikan umrah..Insyallah di masa hadapan leh la refer pakej umrah kat sini. Thanks for sharing

  7. Nak pi umrah kena survey mcm2 kompeni n go thru dia punya testi..sebab ada kdg2 tu kat sana mcm.lepas tangan..kesian org2 yg pi…
    Boleh masukkan dalam list raza holidays pakej umrah ni…

  8. wah mcm menarik jugak pergi umrah dgn Raza Holidays ni kan, siap dpt kursus umrah percuma lagi, bagusnya. InsyaAllah kalau ada rezeki mmg teringin jugak nk oergi umrah dgn family 😊

  9. Menarik pakej ni. Banyak keistimewaan dn kebaikan memilih raza holidays ni. Bagus perkongsian ini, boleh guide bakal jemaah membuat pilihan yang terbaik dan berpatutan dengan kos.

Leave a Reply to Ibu Zaid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *