ESukan Bukan Membuang Masa, Ia Sukan Masa Depan

Jika satu ketika dahulu, meluangkan masa yang melampau di kafe siber bermain permainan video dilihat sebagai satu aktiviti yang tidak bermanfaat tetapi kini tidak lagi kerana mereka sudah memiliki satu sasaran yang tinggi.

Ya, inilah yang dinamakan esukan a.k.a e-Sports.

Esukan (juga dikenali sebagai sukan elektronik, esukan, e-sukan, pertandingan permainan video, permainan video profesional atau permainan pro) adalah satu bentuk persaingan yang dibantu oleh sistem elektronik, terutamanya permainan video.

Hari ini, masih ramai lagi yang tidak mengetahui apa itu esukan. Dengan kemudahan talian internet yang semakin pantas, penerimaan orang ramai terhadap esukan dilihat semakin positif dan bakal mendapat sambutan luar biasa. Esukan atau permainan di atas talian ini bukan lagi satu hobi yang biasa-biasa tetapi berpotensi untuk menjadi satu kerjaya professional.

E-sukan Satu Industri

Kenapa aku katakan bahawa ia adalah sebuah industri?

Mari, aku tunjukkan betapa industri esukan sedang mencatatkan keuntungan berbillion ringgit di luar negara.

Pada tahun 2017, nilai industri esukan di seluruh dunia bernilai dalam $696 Juta Dollar USA, dan dijangka untuk tahun 2020 pula, akan mencatat angka setinggi $1.5 BILLION!!!

Untuk peringatan, nilai keuntungan itu adalah ketika permainan video ini masih belum masuk menjadi sebahagian daripada Sukan Asia dan Sukan Olimpik akan datang. Apakah nilai sebenarnya selepas esukan turut disenaraikan sebagai acara di duani sukan terbesar ini?

Selain itu, permainan seperti Dota, Mobile Legends, CS, FIFA, RoS dan banyak lagi mampu meningkatkan skil dan membuka peluang kepada pemain ke arah satu lagi bidang kerjaya.

Bidang esukan bukan saja pada pemain tetapi esukan juga boleh menghasilkan bakat dalam ekosistem permainan itu sendiri, contohnya pengaturcara komputer, pereka, pembangun dan banyak lagi.

Esukan Kekurangan Penaja?

Di Malaysia, komuniti esukan sangat besar namun pemain-pemain ini kurang diberi peluang untuk tonjolkan bakat kerana tidak banyak kejohanan berprestij dianjurkan. Lagi pun masih banyak penaja yang tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang esuka ini.

Baik, ini rekod daripada TWICH, sebuah laman sosial untuk para gamer di dunia biasanya melibatkan pemain-pemain terkenal menayangkan mereka bermain sebuah permainan video secara langsung.

Secara purata, mereka yang menonton permainan atas talian terutama ketika para pemain video sedang bertanding di pertandingan-pertandingan esukan terkemuka dunia mencecah sehingga 89 JUTA ORANG!

Mereka yang berjumlah 89 juta orang ini menghabiskan lebih kurang 3.7 Billion jam waktu mereka setahun untuk menonton pertandingan esukan ini.

Komuniti yang luas dan sokongan yang tidak berbelah bahagi peminat esukan inilah yang menarik ramai orang untuk mula memberi tajaan dan mula nampak untuk buat keuntungan.

Esukan Diiktiraf Sebagai Satu “Sukan”

Ada yang perasan tak esukan turut dipertandingkan di Sukan Asia Indonesia lepas? Ya, Majlis Olimpik Asia (OCA) sudah pun mengiktiraf sukan berkenaan apabila menyenaraikannya dalam Sukan Asia.

Buat julung kalinya, esukan, telah disenaraikan sebagai sukan demonstrasi dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia lepas sebelum dipertandingkan dalam temasya seterusnya di Sukan Asia 2022 di Hangzhou.

Pada tahun 2024, salah satu daripada negara yang sedang membida untuk mengadakan Ssukan Olimpik iaitu Perancis dengan kotanya Paris telah merancang untuk memasukkan E-Sukan menjadi salah satu acara rasmi esukan.

Bayangkan betapa besarnya nilai industri ini nanti pada tahun 2022 di Hangzhou dan 2024 di Paris apabila dipertandingkan di peringkat dua sukan tertinggi dan terbesar dunia ini?

Ia merupakan satu langkah ke hadapan buat arena esukan kerana mereka memiliki komuniti tersendiri dan semakin aktif dalam mengatur pertandingan bukan saja di peringkat kebangsaan, malah di peringkat antarabangsa.

Aku pasti sekiranya berita tentang esukan disebarkan secara meluas, permainan online ini bukan sekadar mendapat di hati generasi millenium, tetapi ibu bapa mahu pun datuk nenek akan turut menyokong.

Diharapkan agar lebih banyak kejohanan dianjurkan secara tempatan atau di peringkat negeri sekali gus dapat membuka mata ramai pihak dan memberikan lebih banyak peluang kepada anak muda khususnya menjadi lebih berdaya saing dari sudut kompetitif

Kehadiran e-sukan ini tidak akan mengetepikan sukan tradisional yang lebih kukuh di negara ini, malah ia akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia membuktikan kebolehan mereka menerusi permainan video secara kompetitif di peringkat antarabangsa.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

22 Comments

  1. e-sports ni dah menjadi suatu kegilaan masyarakat kita dan juga luar negara . diorg bukan saja2 main tp dia nak rebut hadiah lumayan . kdg hadiah diorg bukan biasa2 ada yang tawarkan duit lebih rm1 juta . fuh ! kalau i . i mmg sanggup nak join . haha

  2. Never know esukan is one the sport. It benefits those that like facing with laptop but not 24 hours as it not good for health. Interesting topic to read.

  3. Industri permainan hiburan ni memang menguntungkan sebab ada banyak penaja daripada hardware dan perkakas untuk kegunaan pemain.

    Kalau di lihat hadiah untuk pemenang tu memang lumayan. Tapi kalau di nilai dari peratusan yang menang tu tak ramai pun berbanding yang kalah. Masih lagha juga.

    Nak main game tak salah, terutama dengan pengawasan ibu bapa. Sebab ada banyak juga game yang membawa mesej songsang dan ganas pada pemainnya
    azmi writer recently posted…Wet World Water Park Shah Alam | Tempat Menarik Di Selangor!My Profile

  4. Sekarang E sukan di Malaydia dah diketengahkan bukan. Lagi menarik remaja sekarang. takde buat benda berfaedah main game tetapi main untuk competition pun apa salahnya bukan.

  5. Wahh!! Sekarang permainan online nie dah diiktiraf.. boleh jana pendapatan lagi.. AM harap walaupun sibuk dengan games online & beregu di alam cyber, silaturrahim di dunia nyata pun makin erat..

  6. Semakin hebat e-sukan sekrang. Dah menjadi sukan antarabnagsa. Walaupun hanya secara online ianya mampu membuka mata dunia esukan bukan hanya game biasa semata2. Hadiah pun mengalahkan sukan biasa.Hebat

  7. baru-baru ni dengar jugak pasal E-Sukan ni, tapi saya berharap muda-mudi ni pandai membahagikan masa untuk komputer game dan juga masa berehat jugak. Jangan sampai kesihatan sendiri terganggu.

  8. owhhh bermain permainan online pon dikira sebagai sukan ya ? first time dengar ingatkan ia sekadar hiburan. Tapi memang ada platformnya yg tersendiri untuk esukan nie kan. sampai ke antarabangsa kot

  9. Baru-baru ni ada jugak dengar pasal budak Malaysia menang besar dgn esukan ni. Nampak gaya kena tukar cabang lah lps ni..ehh dah tua2 ni boleh ke ekk..hehehe

  10. Mmg tak ramai yg tahun ttg esukan dan xramai peminatnya.. so bab cari sponsor mmg susah.. tunggu lagi 2,3 tahun esukan akan famous

  11. Haaaa rasanya bab esukan ni ramai yg minat lagi2 kaum lelaki dan remaja. Macam emi sendiri memang kurang minat, hehe. Tp klu dulu2 mmg org pandang benda ni mcm buang masa pun.

  12. Waah ini sih, temen seperjuangan haha, soalnya pernah live bareng walaupun cuma sebentar hehe.

  13. Bab penaja tu memang ibu tak nafikan.susah nak dapatkan penaja.tapi e-sukan ni sebenarnya kalau pandai memang boleh untung banyak.jangan silap percaturan sudah hehe

  14. Yes agree dgn bang jamar.Esukan ni memang banyak kebaikan juga dan boleh menjana banyak untung.Tetapi masih ada segelintir masyarakat yang memandang enteng hal sebegini.Tak pelah,nanti bila esukan ni dah mula diiktiraf ramai la yang masuk port😊😊
    Sembang Kopi recently posted…Resepi Biskut Untuk Baby Yang Sedap Dan MudahMy Profile

  15. Suami bagitau ada budak umur 16 tahun yang menang dalam permainan esukan ni hingga dapat duit puluhan ribu. Memang tak sangka sangat boleh buat duit dengan esukan ni..

  16. Sekarang baru kerajaan nak move on ke esukan kan sebab menteri belia dan sukan ni pun sokong esukan. Kene pelbagaikan jenis sukan sebab ada yang suka aktiviti jenis fizikal dan ada jugak yang jenis sukakan jenis menghadap komputer.
    Fadzi Razak recently posted…Senarai Hospital Bersalin Di Shah AlamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam