bermain di pantai

Danish, 5 Hari Dilarang Pegang Gajet Di Rumah.

Sampai hari aku sukar mempercayai yang anak kedua aku, Danish sudah berjaya untuk tidak ‘memegang’ sebarang gajet daripada Isnin lepas hingga ke hari ini. Sudah 5 hari Danish didenda tidak dibenarkan bermain sebarang smartphone, iPad, PS4 atau pun gajet lain di rumah.

Biasanya dia antara yang aktif memegang ‘gajet’. Walaupun dia tak reti sangat bermain game, atau melayari youtube, tetapi bila dia start membelek galeri atau koleksi video, boleh tahan berjam-jam gak dia pegang. Sampai satu tahap, video trailer di apps TGV pun dia layan dekat sejam..nak nak trailer filem Munafik..haha..

Kenapa Danish didenda?

Aku tahu, Danish spend masa yang banyak dengan gajet apabila di rumah berbanding abangnya. Fasa hidup Dayyan sekarang ni sudah berbeza, dia lebih suka melakukan aktiviti colouring atau membaca buku. Danish pula cepat bosan. Jadi, gajet seperti fon & iPad menjadi aktiviti dia.

Jadi, sebelum dah mencapai tahap ‘ketagih’ atau terlalu obses, aku mencari jalan untuk kurangkan masa dia bersama gajet. Terutama selepas aku membaca ‘observation’ daripada Farah Lee yang notice sebab anak-anak sekarang ini makin ‘kurang adab’ adalah kerana GAJET.

Untuk tanpa sebab melarang Danish bermain fon, itu tidak adil.

Kebetulan, Ahad lepas semasa kami menjami selera di Restoran Serai, mungkin keterujaan Danish selepas makan pavlova sedap di situ, Danish tanpa sengaja menerbangkan selipar di kakinya ke arah akak pelayan. Terkejut woo..bukan kedai mamak, tapi di restoran. Aku cuba kawal diri untuk tidak menampakkan kemarahan aku. Tetapi aku sekadar menegur biasa dan meminta maaf pada pelayan itu.

Aku juga minta Danish sendiri yang memohon maaf daripada akak pelayan tu. Dengan muka menahan menangis dan bersalah, Danish menghulur salam.

Pelayan-pelayan di situ pula sangat mesra dan treat Danish seperti tidak bersalah. Akibat perbuatan salahnya itu, aku membatalkan janji aku untuk ke Toy’rUs dan terus balik. Dan aku jadikan kesalahan itu sebagai sebab untuk tidak membenarkan penggunaan gajet oleh Danish dan Dayyan selama seminggu. Tak pasal-pasal Dayyan pun jadi mangsa.

Setiap kali Danish minta nak pegang fon, aku ingatkan kembali denda dia dan sebab kenapa dia tidak boleh menggunakan fon. Dan apabila Dayyan minta, aku just bagi alasan yang dia tidak menjaga perangai adiknya di Restoran Serai tempoh hari. Aku nampak dia kebingungan, tetapi aku yakin dia faham tentang denda ini..hahaha.

bawa anak-anak ke Zoo negara

Esok hari denda yang terakhir.

Aku harap Danish & Dayyan pelajari sesuatu daripada DENDA ini.

Pada aku, kawalan penggunaan gajet pada anak-anak bergantung sepenuhnya kepada emosi ibu bapa. Ye la, walaupun aku seorang bapa yang tegas dan garang, tetapi setiap kali Danish memujuk ‘ Danish nak jappp jer’ dengan muka comel dia, hampir-hampir aku cair untuk memberi iPhone 8 ni..tetapi cepat-cepat aku ingatkan tentang hal DENDA itu..

Alhamdulillah. Nampak aku dan Danish berjaya dalam isu ini. Tahniah untuk aku dan anak-anak..hahaha..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

22 Comments

  1. Boleh nak ajar anak guna gadjet tapi kene sentiasa monitor mereka. Hanya waktu tertentu sahaja boleh guna. Atleast dorang bermain juga di dunia nyata

  2. Disiplinkan anak2 mmg bagus supaya dia tidak ulang lg kesalahan dia, kena ajar dari kecik lg dia akan biasa dgn cara kits.

  3. Skrg saya pun tengah kritikal monitor yg kecik ttg penggunaan phone. Kena tahu batas dan lama penggunaan yang dibenarkan.

  4. Samalah mcm sis..kalau anak buat silap mmg sis tak bagi dia guna phone. Dah lah dapat phone sabtu ahad je..kalau kena dendA..langsung sabtu ahad tu dia tak leh pKai. So jaranglah dia buat silap..takut kena denda tak leh guna phone

  5. Samalah dengan saya…ada hari2 memang saya tak bagi lgsg gajet..
    U have to earn to get it gitu..
    Kadang2 memang sengaja surug dia buat menda2 lain macam tolong saya gardening ka..kemas rumah ka..
    Time2 kecik ni la kita nk bentuk diorg kan…

  6. Kdg2 kita ken guna sedikit kekerasan utk ajar ank2.. especially bab gadget.. anak2 liez alhamdulillah mmg dkt rumah liez.xbg gadget dan diorg xmintak pun.. melainkan klau ayah liez dtg, anak lelaki liez mesti mintak hp utk tgk utube.. yg anak perempuan bila balik ipoh br mintak hp dkt opahnya.. tu pun liez bg 1hour sahaja..

  7. Anak anak boleh patut pada arahan takpe.
    Tahu bila kena mara, blh tahu apa yang boleh. Apa yang tidak. Suka macam tu. Respon dia macam tu. Bermakna dia paham dan dia akan ingat.

  8. Bagus tu bang. Budak2 skang jgn mnajakan sgt dgn gajet2 ni. Tak baik untuk future dieorang. Mata pon boleh rosak. Kita masa kecik2 x main gajet elok je kan. Hihihi. Budak skang mmg kene bawak jln2 baru okey x pgg gajet. hehehe

  9. Bagus denda tu. At least they can learn . Good parenting skill. I prefer you stricter when small so they know nothing comes easy.

  10. Rawlins pun selalu ingatkan adik-adik agar buat jadual untuk anak-anak mereka menggunakan gajet. Setakat ini adik bungsu berjaya mengawal anak2 beliau tetapi adik no 3 tak berjaya – nampak beza perangai anak-anak mereka. Now, adik no 3 dah try belajar untuk menjaga jadual gajet anak-anak dia plak sebab memang beri kesan pada prestasi di sekolah gak.

  11. Sepatutnya macam tu la..memang kaedah mendenda untuk memberi pengajaran adalah yang terbaik..at least anak- anak faham dan tak akan ulangi lagi..dalam hal ni mak ayah kena tegas..kena kental..takleh cair dengan helah anak..SA pun buat benda yang sama pada kakak Dania..especially bila keputusan exam x memberansangkan

  12. penggunaan gadget di kalangan ank2 mmg kena kawal..kalo tk, mmg akan ketagih..tp kalo denda apa yg die buat tu atleast die phm and amik pengajaran…ankdara kt umh pn time sekolah mmg tk bg hp..ari weekend je bg tp kdg2 die minta juga..sekejap je..tp maknya mmg tkla bg..die pi kt nenek die..nenek layankn cucu bg juga la kejap adoi

  13. Mmg betul pun.. Budak2 ni kita yg kena pantau.. Kalau blh dalam seminggu sekali dua pun okay kalau nk main gadget.. Selebihnya dedahkan mereka dgn aktiviti kat luar yg lebih menyeronokkan..

  14. yeah kids with gadget can get addiction to it and don’t want to let go. Glad he knows about mistake to do and don’t repeat it again.

  15. Aduhh cian nya Danish. Tapi tak apa sayang.. its for your own good.
    Alhamdulillah. Ayah dan Danish berjaya menangani isu ini. Tahniah for you and anak-anak

  16. Ada gak baca perkongsian Farah Lee ritu. Setuju.
    Gadget memang lagi banyak keburukkan dari kebaikkan. Anak Nina boleh pegang weekend jer tu pun ada limit time. Cukup time alarm bunyi kena turn adek lain lak… Maklumlah kita anak ramai. Hehe
    Nina Mirza recently posted…Anak-anak seronok terokai FARM IN THE CITYMy Profile

  17. better jangan bagi anak main gajet langsung, kecuali time betul2 darurat.
    macam sy just bagi time yg diorg kena behave 1 tempat contoh mcm dlm flight. sebab sy perasan, once dia tahu gajet. kat rumah sy mmg bukan tv kartoon tapi still tukar2 dengan channel lain. but anak2 feel free nak conteng2 buku ke color ke @ beli mainan yg diorg suka macam lego ke apa ke.
    anak 1st sy girl, 2nd boy. boy selalu tak nak kalah. pernah beberapa kali bergaduh rebut gajet nak cita lain2. so lepas tu mmg sy dh xbagi anak2 tgk gajet dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam