Home travelogSingapore Training 5D4N di Singapore.

Training 5D4N di Singapore.

by JMR
21 comments

Cerita Product Training yang aku ikuti ini dah hampir 4 bulan berlalu. Hampir terlupa nak kongsikan di sini. Setiap 2 tahun sekali, semua jurutera di syarikat aku diwajibkan untuk mengikuti latihan teknikal dengan pakar di ofis Asia Pasifiki di Singapore. Objektik utama semestinya nak memperbaharui sijil-sijil kompeten kami.

Sijil-sijil perlu sentiasa ‘ON’ sebab anytime diperlukan untuk perjalanan sesebuah projek. Walaupun aku dah jarang turun site, tapi aku tetap kena ‘renew’ juga sijil-sijil ini. Jadi, aku anggap ‘training’ ni sebagai masa untuk aku ‘rest’ bersama kawan-kawan di kota Singa..hehehe

Pengurusan aku agak strict dengan bajet. Training start 10 pagi Isnin. Takde maknanya dapat bertolak hari Ahad, awal-awal pagi diorang beli tiket flight. Sampai-sampai ofis sana, training dah bermula. Biasalah, hari pertama ni lebih kepada refresh balik teori-teori dan prinsip asas. Jangan harap kami boleh fokus dengan keadaan mengantuk..haha..sangat mencabar untuk menunggu jam 5 petang.

Berkongsi idea dan ilmu dengan jurutera daripada ‘region’ lain merupakan pengalaman yang tidak ternilai. Lain tempat, lain cara dan budayanya. Masing-masing ada cabaran tersendiri. Setidak-tidaknya, melalui sesi ini, kami ada sedikit idea sekiranya ‘dipaksa’ ke luar kawasan yang tidak pernah kami jejaki lagi.

Lagi satu, berkawan atau ada kawan dengan mereka dari negara lain ini sangat penting. At least ada kontek kita semasa ‘travel’ ke negara mereka. Berkawan biarlah 1000++ kan?

MERLION SINGAPORE

5 hari berada di sana, rasanya hampir setiap hari kami naik MRT, menuju ke tempat-tempat menarik di Singapore. Sesiapa outstation/travel dengan aku akan faham ‘peel’ aku bila berada di tempat orang. Takde maknanya habis training, balik hotel dan tidur. Balik bilik, mandi, dan kita sambung ‘cuci mata’ dan kenal tempat orang.

Orang tua kata, ‘jauh perjalanan, luas pengalaman’ kan.ย Lagi pun, makan, minum dan pengangkutan kami ditaja sepenuhnya. Apa mahu risau. Lagi pun, pengalaman ini akan menjadi ‘added value’ dalam diri. Ye la, daripada tidur atau dok dalam bilik layan main game..haha..ini yang selalu aku pesan pada jurutera muda- “added value”. Ilmu ini luas, kena cari. Bukan perlu mahir dalam satu bidang sahaja..

eh macam aku dah start bagi kuliah je ni..

Dinner Buffet di Carousel Restaurant Royal Plaza On Scotts

Setiap kali ada training, sesi makan malam adalah sesi yang sentiasa ditunggu. hehe. Biasanya, trainer akan ‘belanja’ buffet halal yang terdapat di Singapore. Kali ini rezeki kami untuk mencuba buffet halal di Restoran Carousel di Royal Plaza On Scotss.

Tengokkan rate buffet kat Carousel ini, lebih kurang SGD55/person pada hari biasa. Kalau buffet Ramadan, hampir SGD100/person tu..fuhh..boleh tahan harga dia kan. Tapi aku tengok, ramai gak orang Malaysia menjamu selera di sini.

Pelbagai menu disediakan di halal buffet Restoran Carousel. Masa inilah nak melantak seafood puas-puas kan. Kalau check kolestrol selepas makan buffet, konfem tinggi bacaan kolestrol…kawan-kawan aku yang konon-kononnya diet pun, aku tengok lain macam je diorang melantak..haha

Carousel Restaurant halal buffet

Udang besorrr giler!

Alamat Carousel:

Carousel Restauran Royal Plaza on Scotts

25 Scotts Rd, Royal Plaza, Singapura 228220

Tel:ย +65 6589 7799

Pita Tree Grilled Kebab

Ini satu lagi tempat makan kegemaran aku setiap kali ke Singapore. Pita Tree Grilled Kebab di Orchard Road. Harga lebih kurang SGD12++ untuk set.

HALAL KEBAB SINGAPORE

Satu set kebab bolehlah tahan kenyang untuk makan malam. Aku lebih suka dine-in kat sini sambil tengok orang ramai lalu lalang di sepanjang Orchard Road. Kalau nasib baik, akan ada busker yang buat persembahan lagu-lagu best.

21 comments

Abby Onety August 10, 2018 - 9:01 am

Semakin banyak mengikuti training semakin banyak memperoleh ilmubyang bermanfaat ya. Teruslah berbagi informasi yangbberifat lositif kepada banyak orang. Terima kasih sgt bermanfaat

Reply
Ikhwan August 10, 2018 - 12:16 am

Boleh jalan Universal Studio sekali ๐Ÿ™‚
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29My Profile

Reply
JMR August 10, 2018 - 10:35 am

tu jalan-jalan dengan anak bini bestla bang..ngan balak semua mana best haha
JMR recently posted…Pengalaman Dayyan Ke “Operation Theater” Angkara LEGOMy Profile

Reply
Alia August 9, 2018 - 4:26 pm

Rindunya engineering world…
Dah berkarat dah otak ni
Rindu nak pi trainin n tmbah segala mak nenek sijil2 tu
Tapi itu lahhh…lani da bahagia jadi domestic engineer๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Reply
JMR August 10, 2018 - 10:36 am

domestic engineer lebih mencabar.kerja 24hrs…nasib baik tak perlu buat report kan..hehe
JMR recently posted…Pengalaman Dayyan Ke “Operation Theater” Angkara LEGOMy Profile

Reply
nikkhazami August 9, 2018 - 12:36 pm

betul, biasanya kalau outstation memang makan sedap. bos belanja baik punya. lagi2 kalau dapat kursus kat negara lain
nikkhazami recently posted…Sinopsis Cinta Bukan Kristal Tv3My Profile

Reply
Ibu Zaid August 9, 2018 - 10:51 am

Zaman sekarang ni jadi jurutera pun banyak cabaran kan tuan. Sebab tu penting untuk ada nilai tambah, majikan pun fikir banyak kali nak singkirkan
Ibu Zaid recently posted…Harga susu Anmum Malaysia 2018.My Profile

Reply
Mama Hakim August 9, 2018 - 9:55 am

Ini baru definisi makan makan dan jalan jalan. Sambil menyelam minum air. Tak pernah sampai lagi negara singapura ni.

Siapa tahu akan datang dapat sampai
Mama Hakim recently posted…Toner Aiken Tea Trea Oil! Selamat ke untuk kulit kering?My Profile

Reply
Mazni Azmi August 9, 2018 - 9:17 am

Selalu juga tuan pergi kota singa ya. Hari tu tak silap ada wedding photo shoot kan. Kali ni ada training pula
Mazni Azmi recently posted…Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus kawal jerawat?My Profile

Reply
JMR August 10, 2018 - 10:39 am

hehe..baguslah Mazni ni..ingat lagi..tu hobi+passion+kerja..yg ni kerja makan gaji hehe
JMR recently posted…Manhattan Business Hotel TTDI Sediakan Kemudahan Selesa, Bersih Dengan Harga Berpatutan.My Profile

Reply
Mimi August 9, 2018 - 7:54 am

Bestnya sambil kerja boleh pergi jalan jalan di Singapore.Dulu masa tinggal di Singapore tak banyak tempat saya pergi. Nak simpan duit nanti pergi Singapore..Singapore memang best

Reply
Nadia Johari August 8, 2018 - 10:33 pm

pergh ni bukan macam training, tapi macam jalan-jalan makan angin..hehee..menarik ler..semua ditaja..

Reply
Bonde Zaidalifah August 8, 2018 - 9:31 pm

Tahniah kerana terpilih, Seronoknya training jurutera jauh di dekat Singapore, sambil kursus dapat nikmat makan sedap-sedap pula tu memang rezeki dan balik bawa ilmu untuk company.

Reply
Precious cla August 8, 2018 - 9:29 pm

Yes, benar apa sekali..jauh perjalanan banyak pengalaman.

Reply
Nannie isa August 8, 2018 - 6:06 pm

Selalu ke Singapore tempat wajib singgah Orchard Road.
tapi tak pernah lagi singgah Pita Tree Grill Kebab. Nie boleh kongsi dengan uncle and aunty yg kaki makan stay kat spore

Reply
cindyrina August 8, 2018 - 5:08 pm

The grilled kebab look tempting. Lama jugak training you kat SG. Attend training macam ni boleh la buat networking sekali. Tu yang best.

Reply
Fadzi Razak August 8, 2018 - 3:13 pm

Sijil tu memang penting nak nak lagi kalau kite nak up lagi dalam bidang kerja. Husband pun ada juga pergi training dan join kelas untuk ambil sijil dalam bidang IT ni. Lagi advance skill set yang kite ada, lagi mahal orang nak bayar kite kan

Reply
Suria Amanda August 8, 2018 - 3:11 pm

Seronok la training jauh- jauh..hahaha..lama dah travel ni..tahun depan kena start semula ni…training ni sbenarnya makan jer best..hahaha..

Reply
kisahsidairy August 8, 2018 - 2:40 pm

walau dekat je dengan singapura,tapi tak pernah lagi ke sana.Kalau tengok makanan tu,macam rugi pulak tak makan kan.Dah depan mata,semuanya nak dicuba.kalau tak cuba rasa rugi pulak..

Reply
Ayu Rafikah August 8, 2018 - 2:28 pm

Seronok trainning sambil keluar jalan2 luar negara pulak tu. Kiranya menyelam sambil minum air. Rindula zaman kerja dulu huhuhu

Reply
adianiez AIDA August 8, 2018 - 2:03 pm

wow. sambil keje sambil holiday ๐Ÿ™‚
best pasti nya. takkan nak balik hotel tido kan.
Aida lom pernah jejak kaki d banda singa.
Teringin nak g sendiri but lom ada keberanian.
Makanan nyer… yum yum ๐Ÿ˜‹

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam