March 28, 2024

Nikon D750 : Exit Plan

Nikon D750 adalah DSLR aku yang ketiga, selepas Nikon D80 dan Nikon D7000. Aku beli pada bulan Ogos tahun 2015. Model ini juga merupakan kamera DSLR fullframe pertama aku. Aku memang meminati fotografi sejak berusia 7 tahun. Mula ‘bermain’ dengan DSLR sejak tahun 2008 akibat terpengaruh dengan kawan-kawan aku yang mula buat duit dengan gambar.

Kemudian, aku aktif mengambil job fotografi untuk majlis perkahwinan, pre/post-wed, akikah, majlis hari jadi, potret family, maternity dan juga newborn. Boleh tahan seronok. Seronoknya bukan sebab boleh buat duit sahaja, tetapi sebab aku bebas berkarya dengan gambar yang dihasilkan dan pelanggan berpuas hati. Oh ye, ini bukan kerja sepenuh masa, sekadar part-time disebabkan minat yang mendalam.

Kamera DSLR pertama aku berikan pada adik ketiga aku untuk perkhususan ijazah dia. Lagi pun, modal membeli Nikon D80 telah aku dapatkan kembali daripada job-job wedding. Kemudian aku beli Nikon D7000 untuk lebih serius dalam fotografi perkahwinan. Alhamdulillah, banyak job berjaya aku dapat dengan bantuan kawan-kawan yang mempromosi melalui blog dan media sosial. Modal dan keuntungan berganda pun dapat.

Kemudian aku decide untuk ‘letgo’ model tersebut kepada seorang pembeli dengan harga murah. Aku beli pula kamera DSLR fullframe pertama Nikon D750 bersama prime lens 1.4f bermodalkan RM8k.

Tugasan pertama Nikon D750 aku ialah merakam kenangan majlis akad nikah ‘food blogger’ Hazman Fadzil. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tetapi tujuan utama aku memiliki D750 bukanlah sebab untuk lebih aktif dalam fotografi perkahwinan. Niat aku untuk slowdown dalam bidang fotografi perkahwinan, tetapi untuk lebih aktif merakam potret-potret seperti maternity, parti hari jadi, newborn baby.

Tak sangka, masih tidak ramai photographer meneroka cabang ini yang bagi aku lebih menarik. Pada tahun pertama, modal membeli D750 sudah pun aku dapatkan kembali beserta dengan keuntungan. Keseronokan merakam potret sebegini berbeza dengan kesenokan merakam majlis perkahwinan.

Aku kurangkan projek fotografi perkahwinan, aku lebihkan job-job sebegitu.

BUSINESS PLAN

Hujung tahun 2017, terdetik rasa hati aku untuk berhenti dalam kerja-kerja fotografi ni. Sebelum bertindak menggantung kamera, aku mendapat satu projek untuk merakam majlis perkahwinan pasangan melayu di Singapura pada Februari 2018. Bayaran memang sedap terutama ianya menggunakan matawang SGD. Ini adalah projek fotografi perkahwinan terakhir aku, mungkin..

Aku setup 1 team, dan berjaya melaksanakan tugas di luar negara pertama aku ini dengan jayanya.

Dan tanggal 4 Ogos 2018, aku berjaya mendapatkan pembeli untuk kamera DSLR fullframe pertama aku. RM5700, untuk complete  set dengan lens Nikkor 50mm f1.4 & Speedlight SB900. hahaha..

Ramai sahabat aku bertanya kenapa hendak berhenti berbisnes dalam bidang fotografi? Sebenarnya aku tak berhenti pun. Minat masih ada. Cuma berhenti mengambil bayaran untuk servis fotografi aku sahaja.

Exit Plan

Ini adalah ‘exit plan‘ aku. Dalam setiap bisnes yang aku ceburi, aku akan kaji bila masa patut aku mula, bila masa patut aku berhenti, sama ada dalam keadaan untung (take profit) atau dalam keadaan rugi (cutloss). Sama seperti berjuabeli di pasaran saham. Ini merupakan strategi asas dalam perniagaan.

Untuk part-time/bisnes yang ini, aku rasa ini masa terbaik untuk aku ‘bersara’. Dalam keadaan aku ‘di atas’, dalam keadaan untung, dalam keadaan peralatan aku tengah baik, aku ‘jual’kan kesemuanya..fullstop. hehe..

Sebelum decide untuk berhenti, aku buat kira-kira terlebih dahulu. Hasilnya, dengan bermodalkan RM8k, aku berjaya mendapat pulangan sebanyak 200% dalam masa hampir 3 tahun. Ok la kan?

buyer Nikon D750
Semoga D750 terus menabur jasa kepada pemilik baru.

Hari ini, aku takde sebarang kamera kecuali iphone8 cam dan GoPro HERO5. Rasa janggal pula bila tiada DSLR di tangan. Sebenarnya aku sedang survey kamera mirrorless yang terbaik untuk new beginner. Tertarik pula dengan saiz kamera mirrorless yang kecil dan senang dibawa ke mana sahaja. Lagi pun, kualiti gambar daripada kamera mirrorless pun tetap terbaik.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

29 thoughts on “Nikon D750 : Exit Plan

  1. Rasanya kalau as profesion, mmg jadi photographer (especially wedding) ni penat. Dengan market sekarang, pakej yang ditawarkan pun rendah kadang2. Saya pun ada DSLR tapi jarang sangat pakai. Nak kehulu kehilir dgn DSLR berat. Lagi selesa guna mirrorless camera.

  2. Akhirnya tuan gantung kamera dan bersara dari dunia fotografi. Saya ada jumpa beberapa orang kenalan yang gantung kamera untuk job wedding atas sebab yang hampir sama

  3. Wahhhh dpt pulang modal 200% dlm masa 3 tahun. Itu sudah sangat okay !! Bestnya ya bila ada bakat dan skill dalam sesuatu perkara. Boleh buat duit. Sy cadangkan beli G7X Mark II sbb tgh hangat diperkatakan di pasaran

  4. Teringin juga nak beli dslr ni tapi nak kena belajar dulu cara nak guna dan fungsinya.tapi kalau ada memang puas hatilah gambar confirm cantik

  5. Bersara bila berada di atas.
    Idea yg amat memikat hati aida bila membacanya.
    Good for u. Pasti ada perkara mendtg yg lebih baik, kan. In shaa Allah. Fotografi, kini amat boleh buat duit. Ada event apapun, now sure org nakkan kenangan di simpan dlm bentuk gambar 🙂

  6. Rasa sayang pulak kalau jual kamera nak nak lagi beli dengan usaha duit kita sendiri. tapi daripada peram, baik kita jual kan. or upgrade ke teknologi yang lebih bagus

  7. aku paham satu jer…setiap bermula kita akan ada limitnya..dan kita akan berhenti..tapi mmg investment la beli kamera ni..sebab guna merta untuk job dan hobi…well done bro…at least sentiasa tahu bila perlu bermula dan bila perlu ditamatkan…sentimental juga kan bila ada abrg yang kita sayang lepas di let go kan huhu

    1. hehe..pandai (glap glap :-p).. tahu mana nak mula, tahu mana nak stop tu yg nak dikongsikan sebenarnya. Nak kata sentimental, sentimental la jugak..tp nikon D750 ni tak banyak sangat guna utk shoot gambar family..

  8. Saya pon pengguna nikon juga, tapi yang jenis compaq sahaja, tak pandai guna dlsr, sy minat fotografi sebenarnya… InsyaAllah satu hari nanti sy dapatkan juga DLSR sebijik. he he he

  9. Saya pun dah lama pencen DSLR ni, memang best ada benda alah ni ada je tempat nak pergi snap nak outing nak test. Perlu juga jaga maintenance kamera ni. Sekarang ni layan iPhone je lain-lain tak de dah lagi pun masa tak banyak sibuk kerja sahaja.

  10. Heiiiiiiiiii! Jangan stopppppppppp abg Jamar, since dulu lagi onie suka tengok gambar-gambar dari abg Jamar! Nooo jangan berhenti…. Angkatlah kamera sony A7R III abg jamar, serius santekkkkkk gila!

    1. stop buat kerja kawin je. Amik gambar takleh stop. Sebati dengan jiwa dah. Sony A7R III?? Pergh..kalau mekonie sponsor, kami ok jer..

  11. nk guna dslr ni kena tau functionnya …kalo tk reti guna mmg rugi la beli mhl2…dpt plak tmbh side income dgn dpt job utk shoot beberapa event tu mmg bonus la

  12. Suka tengok orang pegang dan snap guna dslr hihi tapi yaya sendiri tak reti guna dslr pun acah2 je reti la :p. Haritu dapat hadiah anniversary canon G7X Mark II bagi Yaya best juga camera ni compact je dan result pun not bad. Kena explore lagi sebab baru tahu basic je hihi

Leave a Reply to Sony A6300 VS Canon EOS M50. Kamera Mirrorless Mana Satu Aku Pilih? Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *