Danish Alahan, Bebas HFMD

Sejak Khamis lepas, aku tengok di tepi bibir Danish timbul ruam kemerahan. Pada awalnya aku ingatkan mulut dia comot selepas makan. Tetapi makin merah keesokana harinya. Hati aku dah terdetik Danish terkena penyakit berjangkit HFMD yang tengah merebak sekarang. Cuma berdoa dijauhkan.

Hari Sabtu makin merah. Kebetulan aku ada jumpa adik aku yang bertugas di hospital, dia sahkan bukan HFMD. Danish bebas HFMD, cuma ruam atau alahan biasa. dia berikan sejenis krim seperti Vaseline untuk disapu pada ruam tersebut.

elergi

Hari Isnin, pagi pagi lagi pengasuh Danish Whatsappkan gambar kat atas ni. Katanya makin teruk berbanding Jumaat lepas. Walhal, sebelum aku hantar ke rumah pengasuh, aku tengok dah makin elok. Pengasuh Danish risaukan kot-kot Danish terkena HFMD walapun aku dah beritahu yang doktor dah sahkan Danish bebas daripada jangkitan itu. Pengasuh Danish memang jaga Danish seperti cucu dia sendiri. Sejak usia Danish 3 bulan dia dah jagakan.

Alhamdulillah rezeki kami dapat pengasuh ‘caring’ seperti ini. Kadang-kadang kami pun dibebelnya jika ada merah-merah kat badan Danish masa nak hantar ke rumah dia. Tengah-tengah malam pun dia Whatsapp untuk “beritahu jangan lupa basuh selimut masyam Danish!”

Pagi Selasa, NekNa hantar mesej sekali la sebab pada pandangan dia, keadaan ruam Danish makin teruk dan dia sendiri nak bawa ke klinik. Adoyai..ini sayang sangat ni.

Kebetulan aku ada tender projek untuk di’submit’ pada pagi tu. Aku minta tolong isteri untuk bawakan Danish ke klinik. Pada aku, lebih baik aku atau isteri yang bawa sendiri Danish ke klinik. Doktor di klinik ini memang dah ada rekod kesihatan untuk famili kecil aku.

Sekali lagi doktor sahkan Danish bebas HFMD dan hanya ruam biasa. Sebelum Aidilfitiri lepas pun Danish dah terkena alahan disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat disahkan secara tepat. Kali ini pun sama. Kata doktor, kulit Danish jenis kering, lebih senang untuk terkena alahan kulit disebabkan faktor pemakanan, debu sekitar dan lain-lain.

Doktor bekalkan ubat tahan gatal dan juga krim sapu yang mengandungi antibiotik.

Kali ini, barulah pengasuh Danish boleh menarik nafas lega dalam-dalam..hehe..

Alhamdulillah, setiap hari dia update alahan Danish yang makin baik. Selepas 3 hari, barulah ruam-ruam merah hilang sepenuhnya. Bukan main seronok lagi pengasuh Danish hantar gambar Danish yang dah ‘handsome’ kembali!

Danish dah hensem!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam