March 19, 2024

Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka

Warong Laksa Telor Sarang.

Melaka, antara negeri yang sentiasa menjadi kunjungan kami sekeluarga. Bukan sekadar tempatnya menarik, tetapi terdapat banyak makanan yang menarik dan sentiasa menjadi viral di Melaka. Termasuklah Laksa Telor Sarang dan Mango Float Royal Melaka.

Inilah carian kami semasa kunjungan ke Melaka sebelum bulan Ramadan yang lepas. Sambil menyelam, sambil minum air kan!

Laksa Telur Sarang (RM5), Mango Float (RM5.50)

Senang sahaja nak ke Warong Laksa Telor Sarang ni. Guna WAZE~lah. Bila dah sampai kat sini, konfem kau orang akan notice, sebab jem, kereta parking kiri kanan jalan. Padahal ada je kawasan parking disediakan..hehe.. Warung terletak bersebelahan dengan Mango Float Royal Batu Berendam.

Ala, kata isteri aku, mango float ni pun viral juga sebelum ini. Bab viral tak viral, aku tak perlu Google, aku terus tanya isteri saja..hehe

Pada pemerhatian aku, ramai yang suka berhenti menjamu di sini disebabkan banyak menu sedap dan unik ditawarkan di kedai-kedai ini. Tepuk dada, tanya selera.

Variasi Menu Selain Laksa Telur Sarang.

Pilih sahaja nak makan apa. Ada laksa telur sarang, ada meatball, ada nasi ayam, ada keropok lekor cheese, lempeng, roti telur goyang dan sebagainya.

Aku sebenarnya bukalah penggemar tegar menu laksa, nak-nak sewaktu cuaca panas. Tapi kali ini, nak cuba punya pasal, semangkuk tu pun tak cukup hoi. ‘Curi’ sedikit daripada portion isteri. Padahal portion untuk semangkuk tu dah kira banyak. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Sedap. Cukup rasa.

Ada pula telur sarang yang unik tu. Pertama kali aku makan telur digoreng sebegitu. Dayyan dan Danish seperti biasa bila travel. Menu-menu simple seperti meatball dengan mashed potato memng kegemaran dua orang ni.

Kat mana Mango Float Royale ni? Batu Berendam dik. Asyik datang Melaka minum coconut float Klebang je, kali ini kita tukar selera pula. Asam Pedas Melaka dah biasa sangat, kita tukar Laksa Telur Sarang. Selepas ini dah boleh masukkan Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka ini sebagai tempat makan wajib singgah di Melaka.

Barulah pelbagai momen dalam kenangan kan.

Nak datang sini, WAZE je ok. InsyaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga, boleh cari di alamat ini:

Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat
Batu Berendam, 75350 Melaka
Waktu Operasi :
Isnin – Sabtu (12 tengahari – 6.30 petang, 8.30 malam – 11.30 malam)
Ahad (11.00 pagi – 6.00 petang)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

14 thoughts on “Warong Laksa Telor Sarang, Batu Berendam Melaka

  1. oooo serious tk pernah try. Tpi nmpk menarik sngt! jauhnya lah nk pergi untuk makan laksa telor sarang. HUHU. masalah melaka ni, bila dah pergi, selalu makan benda lain. haha

  2. Macam pernah pergi tapi x ingat bila.
    Not bad menu dia. laksa sedap juga layan
    apa pun nama warong memang boleh layan
    masakan diorang asalkan jgn ada pak aji banyak
    sudah. tebal lidah den.. hahahaha

  3. First time dengo nama laksa telor sarang .. huhu.. kat melaka ye? tapi TB ni dah lama tak makan laksa, sebab badan ebrangin.. huhu.. pelik kan.. makan laksa pun boleh buat badan ebrangin.. miahaha.. tapi Tb paling geram tengok Mango Float Royal tu.. teringin nak merasa tu..

  4. Fuyoooo.. mereciknya laksa sarang telor. Nasib masih dalam berpantang. Kalau tak kena cari jugak ni.

  5. Selalu dengar pasal laksa ni.. Perginya tidak lagi. Padahal selalu je balik Melaka. Kena tunggu teringin dulu lah.

  6. Ya ampun, lamanya tak makan laksa telur sarang ni, kat ipoh ada satu… memang menggoda kot laksa telur sarang ni dan mango float tak try lagi. nantilah ke melaka, nak cari 😀

  7. Aduhaiiiii…sabar SA sabar..mak kau x sihat sepenuhnya lagi so tak yah fikir sgt bab tempat JMR review ni…oiiiiiii apesal terbayang2 ni ha…kejam la entry ni..saje je bikin panas montot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *