Terima Kasih ‘Pagi Di Sinar’

Rutin setiap pagi Isnin-Jumaat, aku akan hantar Dayyan ke pre-school dia yang terletak lebih kurang 6 km dari ofis aku. Bunyi macam dekat je kan, tapi hampir 30 minit juga perjalanan aku ke sana dan patah balik ke pejabat.

Sepanjang perjalanan dari rumah ke pre-school Dayyan, tidak pernah satu hari pun kami miss layan Pagi Di Sinar. Sebelum ni dikenali Sepahtu Sinar. Selepas Shuib Sepahtu meninggalkan konti Sinar, diganti oleh Angah Raja Lawak, program radio setiap pagi ini ditukar nama baru. Tapi, tim Jep, Rahim dan Angah tetap lawak level yang sama.

Sewaktu memandu sambil melayan celoteh Pagi Di Sinar, sambil-sambil berborak dengan Dayyan yang leka dengan aktiviti dia di tempat duduk belakang, aku suka berfikir tentang banyak perkara.

Selalunya aku akan berfikir tentang gandingan tiga orang DJ ni.

Bahan-membahan menjadi ‘makanan’ bagi mereka. Sometime lawak biasa-biasa, kadang boleh buat aku ketawa terbahak-bahak. Aku sorang je la, sebab Dayyan kat belakang tu lambat sikit dia faham. haha.. Persoalan aku, tidakkah mereka yang menjadi mangsa tu akan terasa bila di’bahan’?

Aku pasti, sikit pun mereka tak terasa. Walaupun sesetengah lawak tu, aku sebagai pendengar pun macam ‘eh eh Rahim ni dah lebihh!‘ Contoh..

Uniknya, masing-masing ada turn untuk kena bahan. Mereka tetap cool.

Susah nak jumpa trio sebegini. Tapi aku tak tahulah selepas habis program mereka tu, mereka akan bertumbuk ke apa sebab dah jadi bahan kan. Rasanya, tak kot.

Kalau mereka ni sejenis yang cepat terasa, memang susah trio ini untuk kekal lama. Begitu juga situasi kita dengan kawan-kawan kita dalam satu tim. Kalau semua nak serius, tim itu menjadi bosan. Tim lagi meriah disulan dengan jenaka bahan-membahan yang berpada-pada. Tapi tetap, tak boleh terlalu sensitif. Ada masa kita membahan, ada masa kita dibahan. Adil. Gurau senda kan boleh merapatkan lagi silaturrahim..

Nampak tak, ada moral of story daripada program Pagi Di Sinar ni. Pada aku, jika dibandingkan dengan stesen radio lain, aku memang lagi sukakan tim Pagi Di Sinar. Walaupun asyik gelak ketawa, tapi sesi mereka bertiga ni bukan biasa-biasa. Ada ilmu kehidupan, terutama ketika sesi bersama Dato’ Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan ilmuwan jemputan lain.

Apa-apa pun, aku ingin ucapkan Terima Kasih kepada tim Pagi Di Sinar sebab selalu ceriakan hidup aku setiap pagi bila kena hadap traffic jamm!

Haa tepokk!

Nota: Bahan= Mangsa lawak jenaka.

 

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam