Manhattan Business Hotel TTDI Sediakan Kemudahan Selesa, Bersih Dengan Harga Berpatutan.

Jika kawan-kawan dari jauh bertanyakan pengalaman aku menginap di hotel sekitar Petaling Jaya/Damansara, memang aku tak dapat nak ceritakan apa-apa pun. Salah satu sebabnya adalah, rumah aku area-area sini je.

Kenapa aku perlu tidur di hotel?

Lagi pun rumah ke pejabat aku tak jauh pun. Melainkan aku perlu menghadiri meeting di awal pagi, dan malam sebelum itu pula, aku terpaksa stayback hingga lewat malam. Biasalahkan kerja dengan ‘client’ yang agak ‘committed’ dengan kerja. Nak tak nak, aku terpaksa bermalam di hotel berdekatan, takkan nak tidur di pejabat pula kan?

Pengalaman Menginap di Manhattan Business Hotel TTDI (Taman Tun Dr Ismail)

Dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar hari ini, pengurusan syarikat membenarkan aku menginap di hotel berhampiran pejabat (alasan: urgent work) dengan kadar berpatutan (bawah RM200). Kau rasa ada tak hotel yang selesa, bersih, berdekatan dengan tempat makan & kemudahan LRT/MRT dengan harga serendah itu di sekitar Petaling Jaya/Damansara ni?

Ada. Teruskan membaca pengalaman aku di bawah ini.

Semalam (30/7) merupakan pengalaman pertama aku menginap di Manhattan Business Hotel yang terletak di TTDI. Hotel yang selesa, bersih dan dilengkapi dengan fasiliti yang mencukupi untuk aku. Aku menempah bilik di sini secara terus di website Manhattan Business Hotel. Dengar cara ini, aku mendapat lebih penjimatan 20%-25% berbanding menempah di Online Travel Agent (OTA) yang lain.

Tak percaya, cubalah!

Nah..aku berjaya mendapat bilik Deluxe Single dengan harga istimewa. Jika dibandingkan dengan harga daripada OTA lain, harga yang aku dapat ini jauh lebih murah.

Deluxe Single je? Cukuplah, sekadar untuk tidur sahaja kan. Awal-awal pagi keesokannya dah nak kena sambung meeting di Menara LGB, tidak jauh dari hotel ini.

Tanggapan Pertama Tentang Manhattan Business Hotel?

Aku tiba di hotel pada lewat petang. Parking memang tak perlu dirisaukan memandangkan hotel ini terletak di kawasan Glomac Damansara. Yang tak memandu, jangan risau. Stesen MRT berdekatan juga ada di sini. Dari parking, terus menuju ke lobi untuk check-in. Dengan bantuan staf yang peramah, proses check-in setel dalam masa yang singkat.

Manhattan Business Hotel TTDI

Dari lobi, aku menuju ke tingkat 6.

Serius cakap, tanggapan pertama aku, hotel ini sama je seperti hotel bajet lain sebab kadarnya sangat murah- RM130/malam. Tetapi…

Tanggapan aku 20% mulai berubah bila aku memasuki lobi hotel..

Kemudian, tanggapan aku makin berubah 40% apabila sampai ke tingkat 6..

Baru aku perasan, interior deco setiap tingkat hotel ini berkonsepkan Manhattan-style. Tengok gambar di pintu masuk tingkat 6, dekorasinya berasaskan stesen keretapi yang terkenal di bandar Manhattan.

Ini baru di bahagian luar, belum tengok dekorasi di dalam bilik lagi.

Pertama kali menjejaki kaki di bilik Wall Street 605, tanggapan aku berubah menjadi 100% suka dengan hotel ini! Lebih-lebih lagi apabila aku dapati amenities yang disediakan sangat lengkap. Sangaaaatt berbaloi dengan harga rendah yang dibayar.

Manhattan Business Hotel TTDI

Tengok background dinding di kepala katil tu? Itu adalah pemandangan indah kota metropolitan, Manhattan.

Kau orang dah pernah sampai di sana? Aku? Belum..

Aku dah boleh bayangkan betapa nyenyaknya tidur aku pada waktu malam.

Deluxe Single Room

Kemudahan di Manhattan Business Hotel.

Kau orang bagitahu aku, mana nak dapat hotel di sekitar TTDI (RM130/malam!) yang lengkap dengan kemudahan seperti di hotel 4 bintang! Di Manhattan Business Hotel TTDI sahaja ok!

Ada aircon, LCD TV, Coffea Maker, Hi-speed wifi, Mini cooler, e-door lock, hair dryer, safe box, iron dan rain shower. Mujur takde bath tub jer! Bersih dan tilam yang selesa tu toksah cerita~lah.

Usai sahaja tiba di bilik, aku bersiap untuk mandi. Melekit sangat badan ni. Tandas yang selesa. Buka je rain shower, perghh..segar rasa badan aku disirami air shower yang laju. Aku intai je di celah-celah tandas hotel ini. Bersih!. Aku ni jenis tak selesa bila bilik air berlumut, berdaki..alhamdulillah, kat sini aku rasa sangat selesa.

Badan dah segar, bolehlah pekena kopi atau teh panas sebelum tidur. Air mineral juga disediakan kot-kot dahaga pada waktu malam. Semua ini disediakan percuma untuk pelanggan hotel ini.

Sarapan Pagi Turut Disediakan!

Tidur dah cukup. Bangun bangun pagi, perut pula dah berkeroncong. Bestnya bila menginap di sini, aku tak perlu mencari warung untuk sarapan pagi. Jangan ingat hotel dengan rate murah macam ni tidak sediakan menu sarapan.

Ada~lah!

Complimentary breakfast ada disediakan di kafe, khas untuk pelanggan hotel ini.

complimentary breakfast manhattan hotel

Set American Breakfast dengan jus oren dah cukup memadai bagi aku. Tapi kalau tak cukup gak, takde hal. Boleh order tambah satu set American Breakfast dengan cas tambahan. Kalau tak, roti bakar dengan jem stoberi, teh panas dan jus turut disediakan secara free flow untuk pelanggan hotel ini. Bersarapanlah puas-puas.

Semalaman menginap di sini, aku sangat berpuas hati dengan segala bagai yang disediakan di hotel ini. Rupanya tak mustahil untuk menginap di hotel yang selesa dengan harga yang murah.

Owh patutlah, Manhattan Business Hotel ini pernah memenangi  Anugerah “Best Business Hotel” di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight.

Banyak lagi benda best-best tentang hotel ini aku nak kongsikan, tetapi masa tak mengizinkan. Rasanya cukup dah details aku review Manhattan Business Hotel ni kan. Aku ada buat video untuk visualisasikan ke’best’an menginap di Manhattan Business Hotel TTDI. Mana tahu kalau ada orang tanya nak stay kat hotel mana di TTDI/Damansara, terutama kepada Business Traveller, pasti aku akan rekemen business hotel terbaik ini!

Laman Web
www.manhattanbusinesshotel.com.my

Facebook
www.facebook.com/manhattanbusinessttdi

Instagram
www.instagram.com/manhattan_business_hotel_ttdi

Telefon/Fax
+603-7732 2226 / +603-7733 2232

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

25 Comments

  1. dekorasi bilik yang cantik sangat dan nampak menenangkan.nampak moden kan.patutlah hotel ni menang award ye.layan video lagilah teruja.

  2. sesekali rewards diri menginap tmpt mcm nie mmg best..boleh buat suprise utk org tersayng..😊🤗

  3. Wow I really like the style of this hotel. it does show off the best parts of Manhattan! A beautiful place with reasonable price

  4. Wow! Memang rasa macam kat Manhattan plak. Rawlins mesti fefeeling macam kat Wall Street kan. Hehe

  5. waah hotel terletak di tempat yang strategik. TTDi tempat yang agak sesak.dapat harga hotel yang murah sangat la rasa berbaloi. Lagipun bila malam dptmelihat permandangan bandar yg cantik

  6. Best la hotel ni.. dapat feeling2 macam pergi Manhattan gitu.. Cantik betul interior design hotel ni.Tak nampak langsung macam hotel yang budget. Boleh try ni next time g KL

  7. Nampak menarik, tenang dan selesa sekali teringgin nak menginap disitu, Harga pon masih mampu milik 🙂

  8. wahh cantik dan unik hotel ni, ada ciri2 keselamatan pulak tu, fuhhh kelas betul hotel ni. Bila lah sis dapat merasa duduk kat hotel ni..ummm

  9. Interior hotel sangat menarik dan cozy jer..maybe sebab hotel baru..but apa yang SA perasan..area hotel ni sangat- sangat convenient..kalau malas nak drive belh je guna pengangkutan awam kan..sebab dekat ngan MRT

  10. Seriously cantik hotel nie. Berbaloi baloi laa dengan harga dibayar. Bilik pun bersih je

  11. murah,selesa dan memang patut pun ramai yang memilih untuk stay kat sini..dengan suasana yang nampak cantik.wajib stay kat hotel Manhattan ni

  12. Nampak mewah ke dari lobi sampai masuk ke bilik. Paling cantik toilet die. Boleh tahan besar dia kan.

  13. Smart sangat dah hotel ni…
    Not bad la dengan harga dia…
    Worth la rm130 klau mcm ni..bilik selesa..pastu siap bfast lagi…dah la berlatar belakang kan manhattan kan

  14. Memang bampak selesalah. Kalau tak business, untuk leisure or short getaway pun best ni. Terima kasih atas perkongsian, nanti bila ke sana boleh check in disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam