March 19, 2024

Duit KWSP Suami Bukan Hak Mutlak Isteri.

Semasa melayari isu-isu sensasi di internet petang ini, aku tertarik membaca perkongsian tentang isu sumbangan  2% daripada gaji suami kepada isteri. Aku c&p 100% cerita di bawah ini (dengan izin kredit) untuk manfaat kita semua.

ISTERI KENA TAHU,ISTERI TIDAK ADA HAK KE ATAS KWSP SUAMI JIKA SUAMI MENINGGAL

Macam-macam pandangan netizen tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.

Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.

Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.

Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak. Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.

Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami meninggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa… kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.

Maksud Penama Dalam KWSP

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri.

Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu?

(Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.

Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak.

Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.

Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah.

Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.

Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak.

Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.

Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

Ambil Tahu Apa Itu Penama

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama?

Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam).

Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.

Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas.

Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan gila harta…

Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.

Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada).

Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya.

Boleh hibah ke Unit Amanah atau Hibah Takaful.

Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.

Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang…darah daging sendiri pun tak heran dah.

Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah akhirat sama…

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.

Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si mati dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

Sumber: Mingguanwanita.my

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

19 thoughts on “Duit KWSP Suami Bukan Hak Mutlak Isteri.

  1. Kalau rujuk portal KWSP mengenai ‘Penamaan’, KWSP akan bagi 100% kpd penama, ‘untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.’ Kerap berlaku di mn pencarum lupa utk tukar nama penama, masih atas nama bekas tunang, ibubapa, dll. Maka kalau penama tidak bertanggungjawab, keluarga tak dpt satu sen pun. Kes begitu byk berlaku sebenarnya. Pihak KWSP cuma dpt mengingatkan penama ttg tggjwb mereka melalui “Perakuan Penama/Penerima Simpanan Ahli Beragama Islam” tetapi tidak blh memaksa penama membahagikan wang itu ikut faraid, dll.

  2. Kita pun baru tahu yang penama tu buka pemilik mutlak hehehehe sebab kita letak penama tu ramai. Bagus lah info ni jadi kena hibah juga harga kepada takaful atau juga kepada insuran lah kerana pewaris akan dapat duit tu sepenuhnya.

  3. Sebenanrnya orang kita masih ramai yang belum jelas apa itu penama dalam kwsp. Diorang fikir penama akan dapat semua sedangkan ia akan dibahagikan ikut faraid. Ye beul, kalau hibah baru dapat pada isteri dan tak boleh dibahagikan dengan yang lain. Memang kena banyak tuntut ilmu pasal perkara ni

  4. Kalau adik beradik si suami tuntut jenuh jugak kan. Kalau jenis yg ok xpela. Bagus info ni. Kalau tak syira pun tak tau

  5. Ish baru tau juga ni..adakh untuk kwsp sahaja, yang lain macam mana pulak..huhu..tapi dia bahagi-bahagikan tu, dia nak bahagi ke siapa..eh kene baca lebih lanjut ni..masih was2..hahaa

  6. Pernah terfikir jugak pasal benda ni. Lagipun saya memang housewife. Tapi bila nak cakap benda ni dengan husband, tak terkeluar pulak sebab duk fikir family die jenis orang-orang baik. In case terjadi apa-apa pada husband, rasanya tak terabai kot kiteorang anak beranak ni.

  7. Memang bagus you tulis pasal ni. I think banyak yang tak tahu pasal ni. I pun baru je tau tu pun my auntie yang cakap sebab kawan dia punya experience. Susah kot !

  8. Owh… Maknanya even nama kita sebagai penama, kita tak dapat 100% duit tu yer. Kalau ada adik beradik suami yang tuntut, lagi haru kan. Baru tahu ni. Kena save info ni. Thanks for sharing.

  9. Kena menyimpan juga buat surirumah. Minta suami ambil hibah, simpan kat bank sikit, beli jongkong emas sikit sebab kita tak tahu future macamana kan….perkongsian ni perkongsian yg bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *