Home JMR Jr Berkawan Dengan Binatang di Farm In The City.

Berkawan Dengan Binatang di Farm In The City.

by JMR
19 comments

Selamat Hari Jadi Ke-3 Danish! Hari jadi Danish tahun ini jatuh pada hari Khamis lepas. Memandangkan aku hanya bawa dia keluar dinner dan carikan LEGO sebagai hadiah hari jadi dia pada hari itu, jadi aku ambil kesempatan hujung minggu untuk ‘spend’ masa bersama di Farm In The City.

Farm In The City ni terletak di Seri Kembangan, lebih kurang 40 minit dari rumah. Tempat ni bukan sebuah kebun, tetapi satu kawasan berkonsepkan ‘Petting Zoo’.

Tiket Farm In The City

Harga Tiket Farm In The City

Kami tiba di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. Memang plan awal sebab tak nak Dayyan & Danish berpanas sangat. Berbeza di sini berbanding zoo lain di Malaysia, kawasan Farm In The City dikelilingi pokok-pokok, jadi budak-budak tidak terdedah dengan cahaya matahari secara langsung. Redup.

Harga tiket masuk Farm In The City sini seperti tertera di dalam gambar di atas. Untuk kanak-kanak bawah 90 cm, FREE. Danish kurang bernasib baik sebab tinggi dia dah melebihi 90cm. Genetik bapak kan!

Jadi, harga masuk untuk 2 orang dewasa (RM37x2=RM74) dan 2 orang kanak-kanak (2xRM30=RM60) adalah sebanyak RM134. Tetapi kami hanya membayar sebanyak RM125!

Macam mana dapat harga masuk yang lebih murah tu?

harga tiket farm in the city

Family Package Farm In The City

Famili kami ngam-ngam 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Jadi, lebih bijak dan jimat jika kami membeli Pakej Famili (RM125). Lagi pun pakej ini best sebab mengandungi banyak hadiah sampingan lain seperti tertera di banner kat atas ni. Jimat pun jimat kan..

Dah dapat tiket, bolehlah kita explore apa yang ada di Farm In The City. Ini dia potret famili pertama kami bersama ‘anak angkat’ mommy! Bapak besar Giant Tortoise ni.

Khabarnya, usia kura-kura gergasi ni adalah sama baya dengan aku, 35 tahun! Ini bukan dah anak angkat lagi dah ni..

Dayyan dan Danish memang pencinta binatang. Kalau tanya binatang apa yang dia suka, pasti jawab dia “T-Rex!!”..dah beberapa kali dia minta nak ke zoo nak tengok T-Rex..ddy pun tak tahu nak ke zoo mana yang ada T-Rex tu nak oii..

Bila dia tengok ada spesis kura-kura yang seakan-akan daripada berasal dari zaman dinosaur, bukan main teruja lagi dua orang ni..

Masa kecil-kecil dulu, arwah ayah ada sebiji kereta sebijik macam ni, kaler hitam. aku dan adik-adik panggil kereta kura. hehe..

Balik kampung tak pernah lak bagi ayam makan!

Dayyan & Danish memang seronok dan teruja gila kot datang ke Farm In The City ni. Berbeza dengan zoo lain, pengunjung hanya sekadar melihat binatang-binatang dalam kurungan. Tapi di sini, kau orang boleh bermain dan beramah-mesra dengan binatang-binatang yang terdapat di sini. Boleh bagi makan. Boleh belai-belai dan boleh menunggang.

Aku terfikir gak, tak stress ke arnab ni nak melayan budak-budak ni semua?

Selain bermain dengan binatang, aktiviti berbentuk informasi juga disediakan untuk pengunjung cilik. Kebetulan masa kami lalu tempat ini, aktiviti tentang ayam baru je nak bermula. Dayyan dan Danish turut join sekaki. Dayyan tu aku tahu dia dah boleh faham. Sampaikan akak yang conduct aktiviti ni tanya apa nama ayam dia, Dayyan selamber je jawab “Lion..” haha..

Danish pula aku tengok macam buat-buat faham dan cuba lari daripada aktiviti kelas ni..:-p

Selepas diberi informasi tentang ayam, budak-budak ni semua perlu melakukan aktiviti bersama. Tampal-tampal dan padan suai. Tengok Danish tu. Dia masih mencari peluang untuk ponteng aktiviti! Mana taknyer, dari jauh dia dah nampak anak-anak ayam dalam sangkar yang menarik perhatian. Tak sabar nak kejar anak ayamlah tu.

Dapat hadiah dan topeng ayam. Bukan main seronok lagi dua orang ni. Cuba teka, dalam maskot ayam tu, lelaki ke perempuan?

Dah kata geng-geng T-Rex, setakat pegang ular sawa Afrika, apa la sangat kan. Danish memang seorang budak yang berani. Dibelai-belainya ular sawa tu. Aku risau kat luar pun dia buat benda yang sama. Teringat aku kisah di rumah, dia jumpa lipas, dikejarnya lipas tu.

Skunk. Biasanya busuk, tapi skunk ni baru je lepas mandi. Wangi. Bolehlah Dayyan dok pegang pegang. Lembut je bulunya.

Takut tapi nak bagi makan si Raccoon ni makan gak. Pada awalnya, aku risau binatang ni melompat ke mommy jer. Tapi elok je diorang ni dok atas batang tu. Nak kata jinak, macam rakus gak makan makanan tu.

Boleh beli makanan raccoon ni di mesin (RM2/kotak). Pastu letak atas tapak tangan, nanti diorang akan ambil.

Tak yah ngengada nak suap-suap bagai..hahaha..lagi satu, bila aku bagi makan dengan meletak makanan tu di atas kotak, sekali dengan kotak kotak diorang bawa lari. Gelojoh! Nasib baik krew kat sini tak nampak..haha

Farm In The City

Horse Riding. RM7/round. Terkejut apak ko nak!

Dayyan nak sangat join horse riding ni. RM7/round..aku ingatkan per round tu adalah 2,3 round dalam area tu. Sekali betul-betul satu kali pusing tempat kuda tu sahaja..haha..lebih kurang 3 minit, selesai RM7..haha..takpelah, janji anak happy kan.

Ada satu kolam besar penuh dengan ikan-ikan koi dan swan. Pengunjung boleh lepak santai di jeti ini sampai hulurkan makanan ikan. Ada dijual di mesin dengan harga RM2 juga. Kali ini kami tak perlu beli. Dengan pakej famili, kami dapat 2 kotak makanan ikan percuma. Dayyan ok lagi, bagi ikan makan sedikit demi sedikit. Danish pula, dicurahnya sekaligus satu kotak tu. Kata dia, ikan tu lapar!

Ini pun best. Flashback aktiviti aku masa kecil dulu. Tangkap ikan sepila/ikan kecil di lombong dan longkang. Aktiviti ‘longkang fishing‘ ini memang khas untuk kanak-kanak tangkap ikan di longkang (buatan manusia dan air bersih jer). Penangguk hijau memang disediakan.

Untungnya kami datang awal, orang masih belum ramai, sekali dua penangguk Danish guna. Berusaha gila dia nak tangkap ikan. Habis basah-basah baju dan seluar.

Hampir 2 jam lebih kami pusing-pusing, akhirnya tiba di penghujung. Sebelum keluar, kita minum dulu! Walaupun tak panas sangat, tapi boleh tahan berpeluh dan dahaga ok.

Kebetulan ada voucher RM10 yang dapat dengan Pakej Famili tu. Bolehlah beli air dan snacks dengan harga lebih berbaloi.

Haha gaya dah macam makan tengah hari ni. Dengan pakej RM34 +dapat diskaun RM10, aku hanya bayar RM24 untuk snack ini dan 4 gelas air. Pada aku, masih berbaloi. Setidaknya, dapat berehat sebentar saambil borak-borak dengan Dayyan dan Danish. Bila tanya seronok tak?

“Seronookkkkkkkk” jawab mereka serentak.

Ikhlas. Aku sebagai bapa pun rasa bahagia sangat oii..rasa berbaloi berpeluh ketiak dan wang ringgit yang dibelanjakan.

Yeah..finally. Sebelum exit, Dayyan dan Danish dapat Certificate of Attendance. Ini pun dah termasuk dalam pakej famili yang aku beli. Lagi berganda keseronokan Dayyan & Danish kali ini..

InsyaAllah ada rezeki ada peluang kami akan datang sekali lagi ke Farm In The City. Next time datang ramai-ramai dengan sepupu DH pun mesti lagi best kan..

Series, aku cadangkan tempat-tempat menarik di Malaysia sebegini perlu diperbanyakkan lagi. Berhibur sambil belajar mengenali sifat-sifat binatang tu sendiri. Setuju tak?

Nota kaki: Ini bukan sponsored blogpost. Ikhlas 😉

19 comments

Wawa Ashihara July 20, 2018 - 9:35 pm

Wah bestnya tengok binatang2 kat sini… Lagi2 si raccoon tu comel gila.. Harga dia pon boleh tahan kan.. Boleh la rancang ke sini nnti dgn ank2 buah..

Reply
Lia Hasty July 20, 2018 - 9:22 pm

Petting zoo salah satu tempat menarik nak bawa kanak-kanak. Di situ je dah banyak binatang kanak-kanak boleh pelajari. Dapat pegang binatang, bagi makan & dapat tengok sendiri

Reply
kylie cre8tone July 20, 2018 - 2:05 pm

close encounter with the animals.. looks nice and great adventure.. happy outings!

Reply
Zharif Azis July 20, 2018 - 12:47 pm

Wahhh menariknya Farm In The City nie. Memang tmpt yg sesuai utk bawak anak2. Boleh interaksi dgn haiwan secara personal instead of just tengok di luar pagar. Beraninya kecik2 pegang ular. Ya Allah seriau tengok

Reply
nikkhazami July 20, 2018 - 12:35 pm

cantik juga la diorang bina tempat ni. banyak aktiviti dan yang paling penting berbaloi dgn harga
nikkhazami recently posted…Semak Kelayakan Free Speed Upgrade Unifi StreamyxMy Profile

Reply
Ayu Rafikah July 20, 2018 - 9:46 am

Bestkan tempat ni. Macam2 anak boleh explore. dapat tambah pengetahuan tentang dunia haiwan. Plg best anak2 blh dekati haiwan secara dekat 😊😘

Reply
Betty July 20, 2018 - 9:42 am

You two little boys enjoy the outing together. Make me fill want to visit the farm. But I don’t dare touch the snake.

Reply
Hanny Abdullah July 20, 2018 - 9:25 am

Happy Birthday Danish.
Sis tak pernah lagi ke sini..tak tau pun ado tempat ni. Ishh kena pergi gak satu hari nanti ni

Reply
Nadia Johari July 20, 2018 - 1:57 am

memang best datang sini..dulu pernah pergi..tapi tak pernah bawak anak-anak lagi ni..nak kena datang semula, bawak budak-budak ni..fariza mesti suka

Reply
Fuzy Hamid July 19, 2018 - 11:54 pm

Memang seronok sungguh anak2 dapat berhibur, tengok dan rasai pengalaman yg mengujakan kat sini. Yang pasti mereka pasti enjoy termasuklah mak dan ayah kan

Reply
Mahamahu July 19, 2018 - 10:02 pm

Amboi beraninya dia pegang ular hehehehe uncle pun takut geli wakakaka. Tapi bagus pergi sini banyak dapat tengok kenak haiwan-haiwan kita tak pernah sampai lagi lah teringin….

Reply
TENGKUBUTANG July 19, 2018 - 3:56 pm

wahhh.. TB pulak yang tertarik nak pi sini.. kalau bawak harraz (anak TB) ni mesti dia suka tempat-tempat macam ni.. erghh.. Danish pegang ular.. beraninya dia.. naik kuda taknak pulak danish? hehehehe

Reply
cindyrina July 19, 2018 - 3:29 pm

OMG! beraninye pegang ular dan binatang lain. Salute betul dengan keberanian dia. Kecik lagi pulak tu. Pernah dengar pasal tempat ni tapi belum pernah drop by lagi.

Reply
Ezna July 19, 2018 - 12:33 pm

Menarik juga tempat ni. Dulu tinggal berdekatan sini tak terfikir nak jalan2 kat sini. La ni bila tengok orang update macam best la pulak sebab anak2 boleh berinteraksi terus dengan animal.

Reply
Alia July 19, 2018 - 10:48 am

Alamak..meremang la aunty tengok ulaq tu dik oiii…aunty geli..anak2 perempuan aunty pun selamba boleb pegang ulaq ni..aunty yang lari jauh2

Reply
Suria Amanda July 19, 2018 - 9:50 am

Buka jer entry ni terperanjat auntie nak oiii…Danish x yah nak berani sangat bleh x…macam best je tempat ni..aunty pujn x pernah sampai lagi..hahaha…abang ayyan cool laaa….nanti nak ajak la family terjah sini…mesti best…

Reply
penaberkala July 19, 2018 - 8:30 am

Happy belated birthday Danish

Fuuh, meriah gila gi sini. Banyak juga attractions kat Farm In The City. Memang berbaloi masuk dengan family. Untung Dayyan dan Danish, ada daddy sebagai photographer. Lawa giler gambor 👍👍👍

Reply
Mama Hakim July 18, 2018 - 12:50 pm

Wah seronok bawa anak mama ke sini. Memang mereka suka dengan binatang.
Mama Hakim recently posted…Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?My Profile

Reply
Ibu Zaid July 18, 2018 - 9:53 am

Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu. Singgah blog walking blog tuan. Pernah rancang nak singgah, tapi tak jadi. Lain kali pergi serdang nak singgah juga tempat ni
Ibu Zaid recently posted…8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam