March 28, 2024

Anak Hyperaktif Juga Salah Satu Tanda Jangkitan Cacing Pada Anak Kecil.

Anak kedua aku, Danish Hayyan kini berusia 3 tahun. Aku kira ini fasa aktif dia. Setiap masa bergerak dan lincah. Penuh bertenaga. Lompat sana lompat sini kat ruang bermain dia di rumah. Kadang-kadang aku risau nak bawa dia keluar terutama ke Open House Aidilfitri kawan-kawan yang menjemput. Aku sentiasa membaca untuk mencari sebab dan jalan penyelesaian untuk ‘keunikan’ ini.

Tetapi aku agak terkejut apabila pencarian aku membawa kepada penemuan baru, anak hyperaktif juga disebabkan jangkitan cacing.

PUNCA JANGKITAN CACING PADA KANAK-KANAK DAN BAYI

Secara asasnya, jangkitan cacing pada kanak-kanak terjadi disebabkan makanan dan minuman yang mereka ambil dicemari dengan telur-telur cacing gelang. Selain itu, mereka juga terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif.

Selain itu, jangkitan cacing juga boleh berpunca daripada haiwan peliharaan mahupun haiwan liar. Contohnya, kucing atau anjing.

KENALI TANDA JANGKITAN CACING PADA BAYI & ANAK

Jangkitan cacing pada kanak-kanak dan bayi tidak dapat dikenalpasti secara langsung. Tetapi ianya boleh dikenalpasti daripada simptom-simptom yang dialami oleh mereka.

Jom aku kongsikan 7 Tanda Jangkitan Cacing Pada Kanak-kanak dan Bayi.

1# KERAP GATAL PADA DUBUR

Ada dua sebab anak-anak menggaru pada bahagian dubur. Samada disebabkan ruam gatak atau tanda awal jangkitan cacing.

Pada awalnya mereka berasa gatal dan tidak selesa di bahagian dubur. Tetapi kegatalan ini akan menjadi-jadi pada waktu malam.

Cuba periksa bahagian dubur mereka. Jika ada ruam merah yang kritikal akibat telur cacing, bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk tindakan susulan.

2# CIRIT BIRIT / NAJIS YANG TIDAK NORMAL

Cacing juga boleh dilihat melalui najis anak. Jika anda mengesyaki apa-apa, teruslah membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Kehadiran sesetengah telur cacing seperti cacing jarum hanya dapat dilihat di bawah mikroskop.

Sekiranya anak mengeluarkan bau busuk yang sangat menusuk, ia boleh menjadi petanda jangkitan di dalam perutnya.

3# KELETIHAN YANG LUAR BIASA

Sesetengah bayi dan anak kecil akan menunjukkan simptom keletihan yang luar biasa.

Mereka mungkin menjadi kurang aktif untuk bermain, tidak bersemangat, atau ada juga yang menampakkan kedutan dan lingkaran pada kelopak mata.

4# KERAP SAKIT

Apabila dijangkiti cacing, anak lebih mudah sakit. Ini kerana, cacing yang berada di dalam tubuh telah menjejaskan sistem kekebalan tubuh.

Anak juga cenderung mengalami masalah kekurangan darah atau anemia, demam,alahankaki gatal dan bengkak, serta batuk berpanjangan. Larva cacing kadangkala berhijrah ke paru-paru sehingga menyebabkan batuk atau lelah. Ia juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain seperti kulit, hempedu dan pankreas lalu menyebabkan komplikasi.

5# KURANG BERAT BADAN WALAUPUN SELERA TIDAK TERJEJAS

Tahukah anda, sesetengah anak kecil tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan cacing. Mereka masih berselera, malah mungkin akan makan dalam jumlah yang lebih banyak.

Hal ini perlu diperhatikan sekiranya anak anda tidak mengalami pertambahan berat badan walaupun telah makan dalam kuantiti yang banyak.

6# ANAK SAKIT PERUT

Sungguhpun pada awalnya cacing ini menjangkiti usus, ia boleh menular hingga mengganggu organ lain sehingga menyebabkan anak sakit perut dan mengalami muntah-muntah. Komplikasi seperti usus tersumbat boleh berlaku pada jangkitan yang teruk.

Selain itu, ia juga boleh diiringi dengan petanda seperti cirit-birit dan kembung.

7# MENGETAP GIGI KETIKA TIDUR MALAM

Ada kanak-kanak yang tidak tahu mengadu apabila mereka sakit perut atau tidak selesa ie: gatal, ruam, demam.

Biasanya mereka hanya akan mengetap gigi dan susah lena pada waktu malam.

TANDA-TANDA LAIN

Di samping itu, doktor menerangkan bahawa terdapat juga tanda lain seperti:

  •  Hiperaktif ( Ini yang aku tertanya-tanya..akhirnya aku dapat jawapan. Semakin aktif anak-anak, semakin mereka terdedah dengan risiko jangkitan..)
  •  Sakit kepala
  •  Sensitif terhadap cahaya
  •  Gusi dan hidung berdarah
  • Wajah pucat
  • Sembelit

Jadi, selepas ini bolehlah ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anak-anak kau orang semua mempunyai tanda-tanda sebegini ya.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Anak Hyperaktif Juga Salah Satu Tanda Jangkitan Cacing Pada Anak Kecil.

  1. Terima kasih atas tips. Mak memang tak miss bagi zentel (albendazole) dekat anak-anak mak. sebenarnya Kementerian kita (KKM) ada je provide ubat cacing free till 6 years old. Boleh datang Klinik Kesihatan berhampiran.

  2. Ohh…. Abby baru tahu klo anak yang aktif pun merupakan salah satu ciri anak cacingan. Kirain anak aktif anak sehat hehehee… makasih perkongsiannya, Abby jadi tambahnilmunya nih

  3. Info yang berguna ni..tak pernah tahu yang anak2 aktif sgt kdg2 disebabkan cacing.
    Apa2 pun..anak2 sis masa kecil dulu mmg ambil ubat ccing 6 bulan sekali…dgn sis2 sekali ambik

  4. Penyakit cacing memang selalu kanak2 kena. Ada org kata kebersihan tapi sebenarnya mmg dah ada maybe melalui pemakanan juga kan.. bagus juga klu tahu simpton2 ni

  5. ya ampun bahaya kecacingan ni, kita sendiri pun geli tengok cacing inikan dalam organ anak anak kita kan…
    i selalu bagi makan kelapa… minyak kelapa dara tak pun air kelapa…. setakat ni Alhamdulillah anak okay le… ada kan yang champs untuk cacing tu… haritu nak beli tapi ada kakak tu pergi ambil semua.. dia tak tahu ke makan ubat cacing kena ikut dos.. ngekkk

  6. terima kasih berkongsi info penting ni. Huda pun ada anak2 yang agak hyper jugak. Semoga huda mampu elakkan anak-anak terkena jangkitan ini

  7. eh…serius laaa..ingatkan selalu kalau kena cacing jadi lemah longlai je bebudak, tak sangka boleh jd sebab jugak bila hyper! thanks for sharing…kena bgtau kakak jugak ni

  8. Jamar, ruby belum pernah ambil ubat cacing utk Adam dan Alif. Tanda yang ruby nampak adalah kerap sakit dan tido gesek-gesek gigi tu. Tertanya-tanya tak ngilu ke. Tp budak mana rasa ngilu lagi. Gigi kuat. Haha

  9. Wow, kali pertama I dengar/baca jangkitan cacing boleh buat kanak-kanak lebih aktif. Thaks for compiling this list. I’m sure it’ll come in useful to parents with young children.

  10. Thank you for sharing such informative information. Is a good reference for the parents as worm in stomach is not a small thing. At least parent can try to prevent this from happen.

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *