solat aidilfitri

Cerita Syawal 1439H

Cerita Syawal 1439H

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!!

Rasanya masih tidak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin..

Ala, baru Raya ke-10 hari ni kan. Raya kan sebulan! :-p

Jadi, macam mana sambutan raya kau orang pada tahun ini? Aku pasti hari raya kali ini memberi 1001 makna bahagia kepada kau orang semua.

Aku,seperti biasa, wajib balik kampung. Dan seperti tahun lepas, dua adik aku masih belum berpeluang menyambut hari raya bersama keluarga di kampung. Adik lelaki kedua aku tak dapat cuti sebab bertugas di Jepun, dan adik bongsu aku terpaksa bertugas di malam raya di hospital. Jadi, raya kali ini bersama Umi dan keluarga adik ke-3 aku. Sambutan yang sederhana tetapi meriah.

Koleksi Gambar Raya Syawal 2018/1439h.

Rasanya raya tahun inilah paling kurang aku snap gambar mahupun bergambar. Dah meningkat usia ni, lebih prefer melayan tetamu dan berkongsi cerita-cerita terkini saudara-mara. Maklumlah, setahun sekali di hari raya je berpeluang bertemu muka bertukar cerita.

FAMILY POTRET HARI RAYA

Raya pertama kami. Sederhana dan bahagia. Tahun ni murah rezeki aku sebab baju melayu hijau aku ditaja oleh Jakel. Baru faham rasa seronok pakai baju free di hari raya..hehe..

Bila tengok potret di pagi raya keluarga tahun ini dengan tahun lepas, tak banyak berubah. Syukur, aku dan adik ke-3 aku diberi peluang beraya bersama umi. Aku selalu doakan dua lagi adik aku berpeluang berhari raya bersama pada tahun-tahun seterusnya.

Background dinding usang rumah nenek aku sentiasa mencuri perhatian.

POTRET RAYA

Raya ke-2 kami dengan konsep ‘black&simple’.

Syawal ke-3. Bawah pokok mata kucing pun boleh.

POTRET RAYA

Syawal ke-10 :-p

Pelbagai cerita pahit manis yang aku lalui sepanjang Ramadan & Syawal tahun 2018 ini. Alhamdulillah, hari ini aku anggap pelbagai rencah cerita tu semua sebagai kenangan manis aku pada tahun ini. Doakan perjalanan kami seterusnya dilindungi dan diberkati.

Aku doa kau orang juga!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

17 Comments

  1. Comelnya keluarga ni..semoga berbahagia ke akhir hayat..aamiin

  2. What a lovely family photo you had there. Wishing you and your family Selamat Hari Raya. Shower them with loads of live and be blissful forever

  3. Raya sebenarnya org kata hari kemenangan. Tapi bagi sy sendiri tafsiran kemenangan sbnrnya luas. Kita tempuhi satu ujian yg berat dan berjaya atasi pun kemenangan. Plg penting ianya hari yg diraikan

  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat keluarga Jamar. Raya tahun ni pun ruby simple je. Dr persediaan raya sampai la hari raya. Kami tak balik kampung seperti 2 3 tahun sebelum ni. Kami ziarah aje sedara mara. Car pool dengan adik beradik. Kalau bleh nak berjimat selagi boleh. Hehe

  5. Selamat Hari Raya to you and your family, the family pictures are really nice, looks so sweet!

  6. Selamat hari raya maaf zahir batin. Seronok dapat balik beraya kan. Kyan tahun ni beraya turn kg suami. Tapi tak rasa sangat sedih tak dapat balik kg sdiri sbb mak ayah datang beraya disini hehee. Tp frust takdan amik gambar raya beramai2 dgn mak ayah. Aduiii semua xingat hahaha

  7. Baju lebaran keluarganya keren, cakep deh. Si anak juga terlihat sangat riang di momen Raya. Oh ya… baju rayanya tuh dapat dari Jakel Mall ya… waaahh keren euy

  8. Comelnya dua orang tu berhari raya. Masih sempat lagi nak wish selamat Hari Raya pada Jamar dan family moga terus bahagia…

  9. Ada pokok mata kucing. Bestnyer.
    Dan yang bestnya – rumah lama nie memang banyak lokasi ‘insta-worthy’ kan.

  10. Raya memang seronok dan wajib balik kampung. Tak kira la kampung tu dekat mana pun kan, rasa dia mmg excited. Especially dapat beraya dengan keluarga macam ni, walaupun tak lengkap, portrait raya bersama2 keluarga mmg aktiviti wajib hari raya pertama. Tapii ada potrait sampai hari raya ke10, memang sakan eh!

  11. Memang seronok dpt berkumpul dengan keluarga n sanak saudara bila lama tak jumpa. Raya nilah baru dapat berkumpul ramai2..hr lain faham sb masing2 ada urusan sendiri.
    Bab bergambar pulak..raya tak raya mmg sentiasa bergambr..dah hobi gitu..hahaha

  12. dah besar dah dayyan. makin besar makin hensem haa! seronoknya tengok dorang membesar. selamat hari raya!

  13. Sambutan Raya ni meriahnya pada anak- anak jer so far suka tengok diorang happy kan..pada kita yang dah tua ni seronoknya bila berkumpul..Selamat hari raya JMR dan family..dua beradik tu cute betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam