Home JMR Jr Birthday Dinner Dayyan di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen, Sunway Pyramid

Birthday Dinner Dayyan di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen, Sunway Pyramid

by JMR
26 comments

Birthday Dinner Dayyan di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen.

Cerita sebulan yang lepas. Agak sibuk sebelum dan selepas Pilihanraya ke-14 ni walaupun aku tidak terlibat secara langsung. Haha..Tahniah kepada tim Kerajaan Baru. Semoga berkhidmat dengan cemerlang. Paling penting, taraf hidup rakyat perlulah diperbaiki dan dipertingkatkan lagi. aku faham, bukan senang nak merealitikan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat. Tapi aku lagi susah nak memikirkan kat mana nak sambut hari jadi anak pertama aku, Dayyan yang genap 5 tahun pada 23/4/2018 yang lepas. Banyak tempat menarik, tapi banyak tak kena dengan pilihan kami. Last last aku dan isteri buat keputusan untuk makan malam bersama Kung Fu Panda! Di mana??? Di Dreamworks Kung Fu Panda Kitchen~lah!

Kung Fu Panda Kitchen

Kung Fu Panda Kitchen ni terletak di Sunway Pyramid. Exact location adalah, betul-betul kat sebelah lobi Hotel Sunway Clio. Baru beberapa bulan je dibuka. Dah lama aku tunggu kitchen ni dibuka. Sebanya, Dayyan dan Danish memang peminat Kung Fu Panda. Jadi aku dah boleh bayangkan keterujaan diorang macam mana bila menjamu selera di sini.

Kung Fu Panda Kitchen

Kepada peminat Steamboat, kena datang ke sini. Nak nak yang ada anak kecil dan minat dengan watak Kung Fu Panda ni. Walaupun stail di sini adalah Steamboat Buffet , tetapi pelanggan diminta membuat pesanan untuk setiap menu. Menu ini akan disediakan secara fresh dan dihantar ke meja. Ada makanan laut, ada bebola, ada nasi, ada daging, pencuci mulut dan pelbagai lagi.

Jadi, pandai-pandailah ‘tick’ menu mana yang kau nak. Tak perlu pesan sekaligus, ulang kali pesan pun ok.

Menu sayur-sayuran pula diletakkan di satu penjuru kitchen ini. Bolem ambil pinggan dan pilih sayuran kegemaran kau orang. Birthday ni bergaya je lebih depan sayur, nak minta dia telan sayur punyalah susah.

Syoknya di Kung Fu Panda Kitchen ni, selepas kau orang duduk, dan buat pesanan menu, akan ada staf dia orang yang datang dan buat gimik. Siap tolong masak Kung Fu Noodle ni. Sebenarnya mee ini diilhamkan daripada menu masakan Mr.Ping (bapa angkat Po) dalam filem Kung Fu Panda! hehe..series sedap mi ni hoi..berkhasiat pula tu sebab ada salmon! Tapi Kung Fu Noodle ni tak boleh bertambahlah. Satu meja, satu hidangan rasanya.

Dah namanya Steamboat kan, jadi setiap kali menu yang dipesan sampai, terus masukkan dalam bekas merebus tu. Ada dua sup yang berbeza. Rebus sekejap je, sebab kalau overcook dah tak sedap.

Cara makan Stemaboat Buffet ni ada caranya tersendiri. Kena slow-slow kunyah. Tak boleh gelojoh sangat, nanti cepat kenyang..haha..kalau boleh, kena rajinkan diri ke section-section yang ada di sini. Barulah berbaloi dengan harga yang dibayar..hehehe

Peminat seafood, mesti gila tengok udang dan sotong besar-besar kat sini. Banyak kali gak aku pesan menu seafood. Sampai naik muak! haha..selain seafood, menu daging juga menarik perhatian aku. Ada daging kambing Australia, ada tulang rusuk Australia, ada daging itik dan juga daging ayam.

Konon-konon kek hari jadi dia la tu. Pencuci mulut yang ada kat sini pun boleh tahan banyak gak. Ada kek, buah-buahan dan pelbagai lagi yang aku pun tak pasti apa namanya..hehe..

Birthday celebration kali ini lain sedikit daripada biasa. Takde kek hari jadi. Tapi pelanggan yang sambut hari jadi di sini boleh request special 3D show untuk birthday boy/girl. Takde kek, tapi ada mi dengan telur merah! hehehe

Alhamdulillah bertambah usia Dayyan. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, jadi anak soleh dan sentiasa diberkati.

26 comments

mrhanafi June 14, 2018 - 6:29 am

wah happening sungguh birthday Dayyan..

tempatnya pun pun ..

semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat..

aamiin
mrhanafi recently posted…Tulis Blog Seperti Posting FacebookMy Profile

Reply
mazni azmi June 5, 2018 - 3:10 pm

Assalamualaikum Wrmbth. Maznee singgah blog tuan untuk blog walking petang selasa ni.

Menarik restoran kun foo panda. MEsti lauk noodle banyak kan
mazni azmi recently posted…Set berpantang terbaik? Ini 11 Cara memilih produk terbaik untuk pantang bersalin!My Profile

Reply
nikkhazami May 29, 2018 - 10:49 pm

happy birthday dayyan. seronok dapat makan sedap. budak2 mmg suka kalau pergi restoran mcm ni. lebih2 lagi steamboat. haha
nikkhazami recently posted…Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Raya 2018My Profile

Reply
Mak Lin May 27, 2018 - 10:55 am

Fuiyo. Ini sangat seronok! Bukan setakat anak, mak dia pun boleh teruja sama. Pilihan makanan pun menarik.

Reply
Hanny Abdullah May 27, 2018 - 9:24 am

Happy Birthday Dayyan..moga jadi anak yg soleh yg mendengar kata kedua ibu bapa.
Sis ni kurang sikit steamboat ni, bukan apa..malas nak gi bangun ambik dan tunggu nak merebus tu..rasa lambat sangat nak mazuk mulut..hahaha

Reply
ahmadyani May 27, 2018 - 4:19 am

Pelbagai jenis makan dengan harga yang berpatutan juga. Sebenarnya banyak juga kedai makan yang harganya berpatutan. Jadi tak sepatutnya bising bising kalau ada kedai jual mahal kerana ada pilihan lain yang murah.
ahmadyani recently posted…Bazar Ramadan Kampung Bharu Ramai Pengunjung Luar Berbanding Penduduk TempatanMy Profile

Reply
Rane Chin May 26, 2018 - 10:27 pm

the restaurant has a cute name. sure the kids would love it haha. but the price is not cheap lo.

Reply
Zayani Zulkiffli May 26, 2018 - 2:29 pm

Aww, comel gila nama kedai dia. Kalau macam ni bukan budak-budak je nak datang, yang dah besar pun nak juga datang. Kot lah ada panda berkungfu.
Zayani Zulkiffli recently posted…Pilih Kismis California Sebagai Snek & Dalam MasakanMy Profile

Reply
Mimi May 26, 2018 - 11:31 am

Wah bestnya dapat makan steamboat kat sini. Budak budak memang seronok makan kan nak nak ada watak kartun favourite diorang. Nanti nak datang sini juga lah..dah lama tak makan steamboat

Reply
Lia Hasty May 26, 2018 - 10:33 am

Selamat hari jadi semog jadi anak Yang soleh. Unik cara birthday celebration kat sini. Nampak macam sedap steamboat kat sini. Pilihan menu pun menarik.

Reply
Betty May 26, 2018 - 9:30 am

So many variety of choices. Long time did not go for steamboat. Want to try the steamboat soup at Kungfu Panda. And the dessert look tempting

Reply
Zharif Azis May 26, 2018 - 9:14 am

Amboii suka benor si dayyan tu dengan chocolate fountain yer. Byk pilihan utk bersteamboat di sini ya. Tp harganya agak meruntun hati. Huhu

Reply
Liez May 26, 2018 - 1:39 am

Bagus betul guna nama kungfu panda ni.. tarik perhatian anak2 betul. Makanan pulak sejenis steamboat yg mmg comfort food sgt.. tp yg chocolate fountain tu mmg win..

Reply
Huda May 26, 2018 - 1:15 am

baru tahu kewujudan restoren best ni kat Malaysia. Anak-anak huda pun minat kungfu panda. Mengancam gak harga nak makan kat sini. tapi untuk special occasion untuk orang kesayangan memang best. Unik betul birthday dapat mee dan telur merah

Reply
Bonde Zaidalifah May 26, 2018 - 12:42 am

Wahh sedapnye dapat makan steamboat and grill, memang kesukaan Bonde, puas makan seafood macam tu, kala jalan-jalan dekat area tu nanti bolehlah cuba! nampak sangat menarik sekali!

Reply
ayu rafikah May 26, 2018 - 12:39 am

happy birthday dayyan. seronoknya dapat celebrate dengan family. tempat ni ni nampak cosy dan makanan dia punnampak sedap2 juga

Reply
kinah May 25, 2018 - 10:24 pm

Menarik juga tempat ni. Lama tak makan steamboat ni. Last makan masa kat perlis dulu. Bolehlah try ni nanti bila anak dara kecik ni dah besar sikit. Harganya pun berbaloi dengan servis yang diberi.

Reply
khai artzfar May 25, 2018 - 6:05 pm

wah bestnyaa! happy dayyan dapat makan besar hahaha. Anyway happy birthday Dayyan semoga menjadi anak yang soleh

Reply
Mama Hakim May 25, 2018 - 6:05 pm

Salam jumaat mama ucapkan kepada tuan JMR dan sekeluarga.

Semoga ramadhan ini di nikmati sebaiknya. Insyaallah
Mama Hakim recently posted…10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!My Profile

Reply
Rawlins GLAM May 25, 2018 - 4:21 pm

Tengok Dayyan dah tahu yang dia gembira gila. Haha. Bahagia sungguh muka dia tengok choc fountain tu.

Reply
Jane May 25, 2018 - 3:46 pm

The prawns look big and fresh. I yet to try here before but looks like your son love it so much. I’m sure my Little Angels will love this too.

Reply
Nurul hilma May 25, 2018 - 3:23 pm

Wahh best nya birthday dayyan,..happy birthday dayyan..tp location kedai tu yg menarik hahahaha terigat si Panda tu..mkn steamboat mmg klu nak diet mmg bagus smbut any occasion kat sini kan,..

Reply
Suria Amanda May 25, 2018 - 12:07 pm

alhamdulillah sesekali dayyan seronok kan sampai malu2 orang nyanyikan dia lagu birthday..well x pernah lagi singgah makan kat sini..boleh tahan gak ye harga buffet dia..kena lepak lama la kat sini makan banyak2..baru berbaloi ngan harga yang di bayar kan..

Reply
Ibu Zaid May 25, 2018 - 11:03 am

Baru tau ada restoran panda di sunway pyramid. Tempat ni selalu sesak, nak cari parking memang mencabar
Ibu Zaid recently posted…Umai Cafe Putrajaya? Aduh Sedapnya! Tempat makan best di tepi tasikMy Profile

Reply
ciklilyputih May 25, 2018 - 9:59 am

boleh tahan jugak harganya ek. tapi kalau menunya banyak dan variety oklah kan. maskot pun tak de ke? ishk sepatutnya ada maskot lagi boleh buat duit

Reply
Anuar May 24, 2018 - 4:25 pm

Bestnya makan Steamboat…
Bulan puasa kali ni belum sempat bawa anak-anak berbuka puasa di steamboat…
Anuar recently posted…WW : Prinsip Jualan RM1 Juta RinggitMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam