Hospital Pakar Avisena Shah Alam

Dulu DEMC, Kini Avisena. Hospital Pakar Pilihan Keluarga di Shah Alam.

Dulu DEMC, Kini Hospital Pakar Avisena. Hospital Pakar Pilihan Keluarga di Shah Alam.

Aku pasti warga Shah Alam atau Lembah Klang sudah sinonim dengan Hospital Pakar DEMC. DEMC adalah singkatan kepada ‘Darul Ehsan Medical Centre’. Aku pun dah terbiasa dengan nama DEMC sejak lokasinya di Seksyen 9 pada tahun 1997.

Kini, ‘no more DEMC’ setelah melalui proses penjenamaan semula kepada nama baru, Hospital Pakar Avisena.

Logo baru Hospital Pakar AVISENA

 

Pengalaman ke Hospital Pakar Avisena, Shah Alam

Alhamdulillah, hingga ke saat ini, pengalaman aku ke Hospital Pakar Avisena (dulu DEMC) hanyalah untuk melawat saudara yang menerima rawatan di sana dan juga semasa menyertai sambutan Hari Kanak-kanak.

Masih belum tiba masa untuk aku menerima rawatan di sini..

Alhamdulillah..hehe..tapi seandainya nasib aku kurang baik dan perlu menerima rawatan lanjut, pasti Hospital Pakar Avisena ini menjadi pilihan aku.

Kenapa aku memilih Hospital Pakar Avisena ?

Sebab #1 : Seperti Bukan Berada di Hospital.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital Pakar Avisena semasa aku melawat bapa saudara yang menjalani pembedahan lutut di sini. Terasa kagum dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di sini. Kalau ditengokkan senarai doctor pakar, ada lebih 65 orang pakar yang sentiasa bersedia memberi khidmat terbaik kepada semua pesakit. Tidak kira status dan latar belakang.

Hospital Pakar Avisena dilengkapi dengan 118 katil. Berdasarkan pengalaman pakcik aku, beliau tidak terasa seperti dirawat di hospital pun. Katil yang empuk, makanan yang disediakan juga sedap. Peralatan perubatan tak perlu cakap la, semua canggih-cangih dan terkini.

Semasa melawat dia, aku setuju. Kemudahan bilik dan katil yang disediakan juga memang tak terasa seperti berada di hospital. Aku suka ‘bau’ di AVISENA, tiada ‘bau’ hospital!

Hiasan dalam di dalam wad mahu pun ruangan menunggu juga sangat ekslusif. Sesuai dengan konsep terkini AVISENA iaitu Konsep Perkhidmatan Butik & Lounge Sutera.

Sebab #2: Layanan Doktor dan Staf Seperti Keluarga Sendiri.

Aku sempat bertanyakan tentang layanan yang diberikan oleh doktor pakar & staf di sini pada bapa saudara aku. Ringkas jawapannya, “Terbaik!” Staf di sini sedia membantu tak kira masa dan di mana. Katanya seperti menginap di hotel 5 bintang! Aih pakcik, semua puji-pujian yang hebat je ni, ada apa-apa ke?

Aku pasti, pujian daripada pakcik aku tu adalah satu pujian ikhlas.

Pastinya layanan oleh doktor pakar dan staf berpengalaman di sini berada pada kelasnya yang tersendiri, sesuai dengan jenama DEMC (kini AVISENA) yang sudah pun mencecah usia 20 tahun.

Sebab #3: Penjenamaan Semula Hanya Pada Nama, Harga Tetap Sama!

Aku sempat menghadiri Majlis Penjenamaan Semula DEMC kepada nama baru AVISENA baru-baru ini. Tujuan utama penjenamaan semula DEMC ke nama baru AVISENA dilakukan sejajar dengan perancangan pihak pengurusan untuk mengembangkan jenama ini ke negeri-negeri lain. Bukannya disebabkan impak negative seperti yang dialami oleh beberapa badan korporat lain.

Untik makluman Hospital Pakar Avisena diambil sempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.

Dalam ucapan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AVISENA Datuk Dr Omar Abd Hamid, “ Walaupun penjenamaan semula memberi pembaharuan dalam beberapa perkara seperti nama, logo, uniform, peralatan yang lebih canggih dan sebagainya, tetapi servis perkhidmatan tetap yang terbaik dengan harga yang amat berpatutan seperti sebelum ini.”

Aku pasti, kenyataan ini pasti melegakan hati pelanggan setia AVISENA.

Semoga tim AVISENA terus maju dalam memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik di Malaysia.

“With Us, It’s Always Personal”

Laman web AVISENA: http://avisena.com.my/

General Line: (603) 5515 1888

Email: careline@avisena.com.my

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

30 Comments

  1. Walau tukar nama. Tapi hospital ni memang tip top. Layanan, keselesaan dan pakar perubatan hebat – hebat belaka. Ruby dulu denggi dekat sini le. Hahaha. Nasib baik ada insurance. Hahaha

  2. Sejujurnya dulu onie suka ke DEMC dan kini dah pun berubah namanya. Sungguh onie pun suka datang ke hospital ni. Rasa macam masuk hotel 5 bintang. Bersih dan layanannya yang berbeza 😀

  3. Wahh nampak mewah sepital ni ya, harga sure mewah gak kan.
    Sis kalau dpt dok sini..nak dok lama2 kalau dh sihat pun… insurance cover so x le risau sgt nk bayo mahal2 n dok lama

  4. Nampak selesa sangat wad dia. Kalau mahal sikit pun tak apa kalau layanan dan servis bagus. Betul tak?

  5. Penjenamaan biasanya berkait dengan pengubah struktur pengurusan. Harga dan caj adalah sama adalah bonus bg mrk yg mmg gunakan perkhidmatan di demc

  6. This hospital looks nice. Feel like staying at home instead and I love their concept.

  7. Wow! Perkhidmatan Hospital Pakar Avisena 5 bintang dengan kelengkapan yang canggih. Baik.

  8. wah mewah dan cantik, bila cantik sangat wad nya konpemlah ramai yang nak jatuh sakit tapi rawatan kos of course lah mahal, lepas ni sape nak servis rawatan kat sini kenalah ada medical card ke takaful ke, baru boleh nikmati kemudahan ni unless memang kaya dari generasi turun menurun la huhuhu

  9. Eksklusif sungguh ye hospital nie. Nampak mewah sekali ! Takut pulak nak jejak. Tp yang pasti, servis dan facilities pada tahap yg terbaik. Baguslah sebab mengangkat nama ilmuwan islam Ibn Sina sebagai nama hospital nie

  10. Nampak selesa dan besar hospital nih.Tak nampak macam hospital tau. Macam rumah mewah. Kalau macam nih ari ari nak buat buat sakit. Tapi bagus lah DEMC nih beri jenama semula dengan nama baru Avisena. Nampak ekslusif.

  11. Antara favorite private hospital di shah Alam. Kemudahan dan staff semua tip top. Tengok bilik tu pun selesa sangat. Tahniah Hospital Avisena di atas penjenamaan baru ni.

  12. Oh baru lah tahu maksud Avisena tu. Rupa2 nya Ibnu Sina. Kawan saya yang tinggal Shah Alam ramai juga yang kalau nak bersalin je memang datang sini sebab dah ada Dr pakar sakit puan yang perempuan. Kata mereka memang selesalah.

  13. Wah…nama sempena Ibu Sina ni…org putih panggil Avisena…terbaik lahhh…bagusnya rebranding ke arah Islamik gitu

  14. Tak pernah dapatkan rawatan kat sini lagi. Tapi pernah datang melawat bos yang sakit dulu. Memang best environment hospital ni. Bilik pon cantik, luas dan selesa. Kalau dekat mau jer pergi sini.

  15. Wahh best tengok kemudahan hospital ni.. Kalau sakit msti cpat sihat.. Ala2 mcm tido kat hotel time sakit

  16. Kalau dah layanannya terbaik macam ini, yang tidak sakit pun rasanya buat² sakit semata-mata dapat bermalam di sini… hehehe.. seronoklah orang Shah Alam ada hospital macam ni.

  17. baru nak tanya.. nasib baik harga sama tapi kualiti mmg semakin baik nampaknya tu

  18. Wow. Kami gulu datang sini sebab panel kat sini..dah pindah ke meru, tukar panel dekat sikit.. bab tak bau ubat tu yes!

    1. Author

      mana panel yg dekat, ke situlah kita pergi kan hehe

    1. Author

      kan..maklumlah AVISENA ni dikategorikan sebagai boutique Hospital..memang gempaklah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam