Home JMR Jr DAYYAN@SCHOOL: Pengalaman Kali Pertama Ikut Rombongan

DAYYAN@SCHOOL: Pengalaman Kali Pertama Ikut Rombongan

by JMR
27 comments

Pengalaman Kali Pertama Ikut Rombongan ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo.

Sebelum ini, bila terbaca status ‘kerisauan’ kawan-kawan yang mempunyai anak di pra-sekolah yang sedang mengikuti rombongan sekolah ke mana-mana destinasi, aku selalu tertanya-tanya “apalah yang diorang dok risaukan?” Kan ada cikgu yang mengawasi anak-anak mereka. Itu pertanyaan aku sebelum inilah. Dan pada Rabu minggu lepas, buat pertama kali Dayyan mengikuti lawatan sambil belajar Little Caliph Kelana Jaya ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo, barulah aku faham tentang ‘kerisauan’ itu.

Tapi kerisauan aku masih terkawal. Takdelah sampai follow bas dan memerhatikan anak aku sepanjang lawatan tu. Aku yakin dengan Dayyan. Walaupun masih berusia 4 tahun, tetapi pengalaman dia travel lebih banyak daripada aku semasa usia kami sama. Lagi pun, Dayyan ni bukan jenis ikut kaki melangkah. Dia akan buat ‘u-turn’ sekiranya aku hilang daripada pandangannya.

Gambar Kredit: FB Little Caliph Kelana Jaya

Pusat Sains Negara

Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku ke sini. Dan tak terfikir pula nak bawa Dayyan & Danish ke sini memandangkan diorang pun masih kecil. Tak sangka pula pengurusan Little Caliph bercadang bawa anak-anak ke sini. Pendidikan pada masa sekarang pasti sudah banyak berubah dan lebih pantas berbanding zaman-zaman sebelum ini kan. Harapnya anak-anak ini belajar sesuatu tentang ‘sains’ dan dapat menimba pengalaman sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Eh sekolah rendah sekarang memang dah ada subjek ‘Sains’ kan?

Bukan kambing tu kan?

KL Tower Mini Zoo

Dayyan memang seorang pencinta binatang. Terutamanya kucing. Setiap kali balik kampung, aktiviti kegemaran dia pastilah bermain dengan kucing, kejar ayam, terkam kambing dan tangkap ikan gapi Nekmi sehingga lemas di atas simen. Aku pasti, binatang ni semua fobia setiap kali Dayyan & Danish balik kampung hahaha.

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ini berjalan dengan lancar. Kata cikgu diorang, anak-anak ni semua tersangatlahhhh teruja. Balik je dari dua tempat ni, masing-masing terlena kepenatan dalam bas. Susu pun tak minum sepanjang lawatan..

Cuma bila tanya “Apa abang buat kat Pusat Sains Negara & KL Tower Mini Zoo?”..jawapnya, “Abang tengok animalz…” bila suruh citer lebih panjang, dia dah melalut ke lain. Mujurlah ada Facebook yang diupdate setiap masa oleh cikgu yang bertugas sepanjang lawatan tu. Takdelah mak pak tertanya-tanya keadaan anak-anak ini kan..

27 comments

nasa azman April 24, 2018 - 6:11 pm

Tahniah tuan, anak dah besar panjang. Kita pun dah makin tua. Kitaran hidup
nasa azman recently posted…Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?My Profile

Reply
Mama Hakim April 15, 2018 - 5:36 pm

Anak kita fikir seronok saja kan, tak tahu mak ayahnya risaukan keselamatan
Mama Hakim recently posted…Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal GulaMy Profile

Reply
Rawlins GLAM April 14, 2018 - 11:17 am

Rawlins pernah sampai KL Tower tapi tak pernah lagi sampai ke Pusat Sains Negara – kesian kan. Agak-agak boleh tak nak join rombongan Dayyan next time?

Reply
Mahamahu April 13, 2018 - 5:35 pm

Mini Zoo kat menara KL tu kita pernah lah pergi tapi pergi pusat sains negara tak pernah sampai walau hari-hari lalu pergi kerja hehehehe…

Reply
Mawardi April 13, 2018 - 10:02 am

Wah dah besar dah dia. Lama betol tak jumpa. Seronoklah dapat bersocial keluar rombongan ramai2

Reply
Ibu Zaid April 13, 2018 - 8:59 am

Masih ibu ingat hari pertama lepaskan anak sulung pergi rombongan dengan cikgu.

Hati tu rasa berat.

Sekarang ni anak dah makin berdikari. Alhamdulillah
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!My Profile

Reply
Bro Framestone April 13, 2018 - 6:01 am

Tahun lepas, Fisha pergi lawatan ke Zoo Negara, tahun ini tak tahu pula dia ke mana.

Tapi, hari sukan dah tak lama lagi.. Maybe nak dekat hujung tahun baru ada rombongan kot
Bro Framestone recently posted…NY Steak Shack Perkenalkan Menu ‘Just For Kids’ Pada Harga RM9.90My Profile

Reply
Hanny Abdullah April 13, 2018 - 3:16 am

Sis masa anak-anak kecik memang selalu benarkan diorg ikut rombongan macam ni. Paling jauh masa sekolah tadika..sis lepaskan ikut rombongan ke Melaka.
Bila dah sek rendah pula paling jauh ke Kedah. Biar anak2 pandai berdikari bila mal ayah tak ada di sekeliling mereka

Reply
amirnawawi April 12, 2018 - 9:31 pm

Wah bestnyer Dayyan boleh gi trip dengan kenkawan.

Teringat saya zaman belajar dulu lawatan ke perpustakaan. Hik hik. Memori betul la.

Lepas ni boleh la g tempat lain pula ya Dayyan.
amirnawawi recently posted…Nikmati Pelbagai Ganjaran Menarik Dengan 8coinMy Profile

Reply
adianiez AIDA April 12, 2018 - 8:24 pm

best nyer.
satu pendedahan utk dia, kan.
berdikari. dgr kata cikgu.
kalau tanya, memang dia x citer.
sama mcm anak aida 🙂 ha ha ha
cikgu update kat wasap ajer.

Reply
Zharif Azis April 12, 2018 - 8:22 pm

Wahhh di KL Fower Mini zoo ada seekor llama ? Menarik tu. Sy seumur hidup xprnh tgok lagi llama secara live. Nak jugak lah ke sana

Reply
Ruby April 12, 2018 - 6:03 pm

Eh ayah bleh ikot rombongan ke? Hehehe. Nanti ruby pula merasa bila anak nak ke rombongan. 1001 soalan tanya dekat teacher dia. Hahahaha.
Ruby recently posted…Inovasi Suis Baru AvatarOn Daripada Schneider ElectricMy Profile

Reply
ajuya April 12, 2018 - 4:22 pm

best nya dayan pergi rombongan ek. Kadang2 suka je izinkan anak2 ikut rombongan sebab iolls nak bw tempat mcm ni ssh. hehe

Reply
Abby Onety April 12, 2018 - 3:31 pm

Membawa anak-anak ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo adalah ide yang bagus agar anak dapat mengenal zoo lebih dekat tetapi ibu2 dan teacher harus tetap waspada awasi anak-anak ini.

Reply
Syafiera Yamin April 12, 2018 - 2:21 pm

oh dah pernah pergi yang mini zoo di KL Tower ni, patut bergambar dengan burung burung di situ sangat jinak… apa pun bagus sekolah buat aktiviti rombongan macam ni untuk bagi mereka kenal binatang..

Reply
Mimie April 12, 2018 - 2:20 pm

Anak anak memang seronok kalau dapat pergi rombongan ke tempat macam ni kalau beramai ramai dengan kawan kawan. Nak buat apa apa aktiviti dengan kawan pun jadi seronok kan.

Reply
Mimie April 12, 2018 - 2:18 pm

Wah seronok diorang join rombongan. Anak anak memang seronok kalau dapat pergi ke tempat tempat macam nih dengan kawan kawan. Buat apa aktiviti dengan kawan jadi seronok

Reply
kisahsidairy April 12, 2018 - 1:47 pm

kalau saya pun risau bila anak ikut rombongan.kalau boleh nak join jugak ikut rombongan tu..At least dia ada sesuatu untuk dipelajari bila ketiadaan kita semasa rombongan tu…dayyan dah besar..hehe

Reply
Hasif Hamsyari April 12, 2018 - 1:45 pm

Wahhh.. Memang bagus betul bawa Dayyan ke tempat macam ni kan. Apatah lagi dia pun sukakan binatang! Mesti dia excited lebih-lebih lagi datang dengan kawan-kawan dia pula kan. Tak sama kalau datang dengan famili. Hihi…

Reply
Suria Amanda April 12, 2018 - 1:40 pm

Good expose untuk anak- anak kita kan..seawal umur 4 tahun dah di bawa pergi ikut lawatan..SA dulu pun sama gak sampai kena paksa naik bas sekali dan bayaran termasuk IBU tau..hahaha…sekarang dah tak risau dah…Dania pandai dah berkat selalu ikut mama jenjalan

Reply
Diah April 12, 2018 - 1:17 pm

Dulu zaman sekolah kalau esoknya rombongan memang malam tu dah tak tidur, excited punya pasal.

Latih anak-anak bergaul dari kecik senang nanti dia nak berkawan. Latih bina keyakinan pun ye jugak

Reply
Zayani Zulkiffli April 12, 2018 - 11:13 am

Sebenarnya aktiviti berkumpulan macam ni bagus juga untuk anak-anak. Ajar berdikari kan. Teringat trip sekolah dulu-dulu.
Zayani Zulkiffli recently posted…Stesen MARDI Bagan Datuk: Syurga Produk KelapaMy Profile

Reply
kylie cre8tone April 12, 2018 - 10:53 am

Syok nya dapat ikut rombongan sekolah… bercuti dengan kawan-kawan..

Reply
Mazni Azmi April 10, 2018 - 5:22 pm

Bagus untuk anak anak pergi rombongan dan belajar ber dikari. Sampai masa kita kena lepaskan juga
Mazni Azmi recently posted…Pantang Bersalin Cepat Baik? Wah Bahaya! Elak 8 Makanan Ini Untuk Cepat SembuhMy Profile

Reply
JMR April 11, 2018 - 2:45 pm

yup..memang niat nak ajar Dayyan berdikari dan bersosial dengan kawan-kawan dan juga orang luar..
JMR recently posted…9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?My Profile

Reply
mrhanafi April 10, 2018 - 3:13 pm

budak-budak lah yang paling seronok kalau ikut rombongan..

suasana berbeza kalau ikut bersama keluarga
mrhanafi recently posted…Surat Terbuka Untuk Pengundi MalaysiaMy Profile

Reply
JMR April 11, 2018 - 2:15 pm

YUP..teringat masa zaman kanak-kanak dulu..tapi masa tu 12 tahun baru 1st time ikot rombongan..
JMR recently posted…9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam