March 28, 2024

Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam

Bufet Ramadhan 2018.

Lebih kurang sebulan lagi, bulan Ramadhan akan menjelma tiba. Bulan penuh keberkatan. Bulan penuh rahmat. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain daripada fokus pada berpuasa siang hari diikuti ibadah sunat pada malam hari, saat-saat berbuka puasa juga ditunggu-tunggu. Ada yang suka berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ada yang suka ke bazar Ramadhan untuk membeli menu berbuka puasa, tidak kurang juga yang suka mencari Bufet Ramadhan. Perhatian kepada mereka yang menetap di sekitar Shah Alam atau Lembah Klang, Laman Kayangan Shah Alam menawarkan pakej Bufet Ramadhan 2018 dengan variasi menu yang sedap dan enak.

Bufet Ramadhan Laman Kayangan.

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

Kacang Pool Larkin

Pengalaman Berbuka Puasa di Laman Kayangan Shah Alam

Aku pernah berbuka puasa bufet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam ini pada bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Setiap kali berbuka puasa di sini, memang aku dan isteri berpuas hati dengan kualiti menu-menu yang disediakan di sini.

Seingat aku, bufet Ramadhan di sini memang ada kelainan setiap tahun. Dan semestinya, menu kambing golek menjadi menu tetap dan menjadi tumpuan ramai.

Tak sabar rasanya untuk aku menikmati bufet Ramadhan di Laman Kayangan pada tahun ini. Aku pasti, pada tahun ini juga pelanggan akan berpuas hati dengan servis dan menu bufet Ramadhan.

Aku dah pun mencuba sendiri menu-menu yang bakal disajikan untuk bufet 2018 di  Majlis Prebiu Bufet Ramadhan Laman Kayangan pada 6 April lepas. Memang terbaik!

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul.

Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)

RM50 Dewasa

RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal

RM65 Dewasa

RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)

Beli 50 meja

PERCUMA

*500 cenderahati istimewa

*5 Hamper

*PA System & Projector

 

Beli 10 meja

PERCUMA

*1 meja

*100 cenderahati istimewa

 

Apa lagi, JOM BERBUKA PUASA di Laman Kayangan!

 

Untuk tempahan dan details, boleh hubungi:

 019 2503090 / 012 2533973 (Pn Hasmal) / 019 2331351 (En Azahari)

 

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

29 thoughts on “Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam

  1. The set up of the buffet look good. Like visit Ramadhan pasar. Nice food been served at the Ramadhan and look tempting.

  2. Harga dia menarik gak kan. Pastu senarai juadah pun dah kena kat tekak Rawlins dah nie. So, adakah Rawlins and friends akan berbuka kat Laman Kayangan kelak? Haha.

  3. Wohoho sedapnya. Giler la makanan sebelum puasa dah camni. Masa bulan ramadan mesti lagi meriah. Nanti nak bg tau sedara mara di klang dan shah alam. Hehe

  4. Buffet ramadhan nanti banyak sekali makanan yangbtersaji dari chef profesuonal ya tentunya. Rasanya ramadhan nanti Abby nak melancong ke ke Kuala Lumpur nih. Inuti pasar malam juga

  5. Macam2 hidangan yg ditawarkan di laman kayangan nie. Dan paling best adalah kacang pool lrkin tu. Sedap sgt ! Dekorasi dewan mcm majlis kahwin, nampak eksklusif

  6. wahhhh banyak juga pilihan makanan di laman kayangan ni, tapi shah alam tu macma agak jauh dari tempat tinggal I, Prefer area hulu langat waktu berbuka puasa nanti.. apa pun kambing tu nampak enak sangat… baru je makan kambing tapi bila tengok balik rasa nak makan kambing huhuuu

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *