Home Ini kisahku Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam

Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam

by JMR
29 comments

Bufet Ramadhan 2018.

Lebih kurang sebulan lagi, bulan Ramadhan akan menjelma tiba. Bulan penuh keberkatan. Bulan penuh rahmat. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain daripada fokus pada berpuasa siang hari diikuti ibadah sunat pada malam hari, saat-saat berbuka puasa juga ditunggu-tunggu. Ada yang suka berbuka puasa bersama keluarga di rumah, ada yang suka ke bazar Ramadhan untuk membeli menu berbuka puasa, tidak kurang juga yang suka mencari Bufet Ramadhan. Perhatian kepada mereka yang menetap di sekitar Shah Alam atau Lembah Klang, Laman Kayangan Shah Alam menawarkan pakej Bufet Ramadhan 2018 dengan variasi menu yang sedap dan enak.

Bufet Ramadhan Laman Kayangan.

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

Kacang Pool Larkin

Pengalaman Berbuka Puasa di Laman Kayangan Shah Alam

Aku pernah berbuka puasa bufet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam ini pada bulan Ramadhan tahun-tahun sebelum ini. Setiap kali berbuka puasa di sini, memang aku dan isteri berpuas hati dengan kualiti menu-menu yang disediakan di sini.

Seingat aku, bufet Ramadhan di sini memang ada kelainan setiap tahun. Dan semestinya, menu kambing golek menjadi menu tetap dan menjadi tumpuan ramai.

Tak sabar rasanya untuk aku menikmati bufet Ramadhan di Laman Kayangan pada tahun ini. Aku pasti, pada tahun ini juga pelanggan akan berpuas hati dengan servis dan menu bufet Ramadhan.

Aku dah pun mencuba sendiri menu-menu yang bakal disajikan untuk bufet 2018 di  Majlis Prebiu Bufet Ramadhan Laman Kayangan pada 6 April lepas. Memang terbaik!

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul.

Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)

RM50 Dewasa

RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal

RM65 Dewasa

RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)

Beli 50 meja

PERCUMA

*500 cenderahati istimewa

*5 Hamper

*PA System & Projector

 

Beli 10 meja

PERCUMA

*1 meja

*100 cenderahati istimewa

 

Apa lagi, JOM BERBUKA PUASA di Laman Kayangan!

 

Untuk tempahan dan details, boleh hubungi:

 019 2503090 / 012 2533973 (Pn Hasmal) / 019 2331351 (En Azahari)

 

 

29 comments

Zumal April 26, 2018 - 11:41 pm

Tergoda tengok menu-menu yang ada

Reply
nasa azman April 24, 2018 - 6:15 pm

Boleh lah saya singgah sini bawa isteri tersayang berbuka puasa
nasa azman recently posted…Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?My Profile

Reply
Mazni Azmi April 24, 2018 - 4:14 pm

Bulan ramadhan seribu keberkatan dah menjelang tiba, elok kita berrusaha gandakan amal ibadat untuk pecut di bulan mulia ini
Mazni Azmi recently posted…Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai barang WAJIB bawa ke hospital!My Profile

Reply
Rane Chin April 20, 2018 - 4:54 pm

Yay to buffet. I like to try all them out hehe

Reply
Ririey April 20, 2018 - 11:33 am

lemah sikit tgk post pasal makanan ni.. insyaAllah ada rezeki boleh pergi buka puasa kt situ.. harga pun ok je

Reply
khai artzfar April 20, 2018 - 11:17 am

setiap tahun mesti ke sini tapi tahun ni sedihh takde rezeki. sini sedap! dan meriah

Reply
Betty April 20, 2018 - 9:32 am

The set up of the buffet look good. Like visit Ramadhan pasar. Nice food been served at the Ramadhan and look tempting.

Reply
Hanny Abdullah April 20, 2018 - 1:41 am

Alaaa rugi pulak tak gi hari tu…ada kacang pol le pulak. Tak apa lah..nanti kita gi lah masa ramadhan nanti

Reply
Ayu Rafikah April 19, 2018 - 11:09 pm

Laman kayangan ni dekat jer kat rumah. Tapi rasanya sekali jer pernah berbuka dekat sini. Memang best seleksi makanan kat sini

Reply
Lia Hasty April 19, 2018 - 10:12 pm

Wah murahnya harga dia. Memang berbaloi datang bawa family dan kawan2. Menu kambing memang pilihan time bulan posa ni.

Reply
Ema April 19, 2018 - 4:24 pm

Tak pernah pergi ke laman kayangan. Nampak meriah dengan makanan.jika datang berbuka di sini..mahu stay lama².

Reply
Rawlins GLAM April 19, 2018 - 2:18 pm

Harga dia menarik gak kan. Pastu senarai juadah pun dah kena kat tekak Rawlins dah nie. So, adakah Rawlins and friends akan berbuka kat Laman Kayangan kelak? Haha.

Reply
Airah April 19, 2018 - 12:56 pm

Murahnya harga dia boleh la berbuka dekat sini ramadhan nanti

Reply
zaza iman April 19, 2018 - 12:20 pm

meriahnya dengan menu2 hidangan istimewa..terliur tengok hihi..nasi kabuli tu macam mana masakannya..tak pernah lagi makan..

Reply
Ruby April 19, 2018 - 10:54 am

Wohoho sedapnya. Giler la makanan sebelum puasa dah camni. Masa bulan ramadan mesti lagi meriah. Nanti nak bg tau sedara mara di klang dan shah alam. Hehe

Reply
adianiez AIDA April 19, 2018 - 10:18 am

kap kun kap 🙂
Kacang pool is my feveret. Pantang jumpa, mesti beli.

Reply
Wawa Ashihara April 19, 2018 - 10:13 am

Menyelerakan sajian yg disediakan.. Harga pon berbaloi.. Apa slhnya dlm sbulan skli try buffet ramadhan kat sini kan.

Reply
Alia April 19, 2018 - 9:36 am

Wah untung org JB..makanan sedap2 ni…
Kena dapatkan early bird lagi murah kann…dapat jimat banyak jugak tu

Reply
Abby Onety April 19, 2018 - 9:01 am

Buffet ramadhan nanti banyak sekali makanan yangbtersaji dari chef profesuonal ya tentunya. Rasanya ramadhan nanti Abby nak melancong ke ke Kuala Lumpur nih. Inuti pasar malam juga

Reply
Zharif Azis April 19, 2018 - 8:49 am

Macam2 hidangan yg ditawarkan di laman kayangan nie. Dan paling best adalah kacang pool lrkin tu. Sedap sgt ! Dekorasi dewan mcm majlis kahwin, nampak eksklusif

Reply
Syafiera Yamin April 19, 2018 - 8:45 am

wahhhh banyak juga pilihan makanan di laman kayangan ni, tapi shah alam tu macma agak jauh dari tempat tinggal I, Prefer area hulu langat waktu berbuka puasa nanti.. apa pun kambing tu nampak enak sangat… baru je makan kambing tapi bila tengok balik rasa nak makan kambing huhuuu

Reply
Ikhwan April 19, 2018 - 12:32 am

Shah Alam bukan setakat lubuk ilmu, tapi lubuk makanan 🙂
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41My Profile

Reply
Mazni Azmi April 18, 2018 - 2:13 pm

Tinggal di lembah klang ni jangan risau tak ada tempat nak makan. Asalkan ada duit saja
Mazni Azmi recently posted…Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!My Profile

Reply
Mama Hakim April 17, 2018 - 6:12 pm

Laman kayangan ni tak jauh dari rumah mama. satu jalan saja dari tempat kerja.
Mama Hakim recently posted…Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang ManaMy Profile

Reply
Azmi Abdul Rahman April 17, 2018 - 3:58 pm

Balik kerja dah penat, malas nak masak. Habis nak pergi mana? Sesekali pergi buffet sedap juga
Azmi Abdul Rahman recently posted…Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018My Profile

Reply
Suria Amanda April 17, 2018 - 11:50 am

Tak nak la tgok video tu..kang ngences..hahaha..dah la x puas makan kambing panggang kat BGR..well semua makanan nampak sedap..sampai hati x ajak SA

Reply
Ibu Zaid April 17, 2018 - 10:02 am

Pejam celik masa pantas berlalu dan akhirnya ramadhan dah menghampiri.
Ibu Zaid recently posted…Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!My Profile

Reply
Fuzy Hamid April 17, 2018 - 7:25 am

Sajian yg cukup menyelerakan dan harganya pun berbaloi kan

Reply
mrhanafi April 16, 2018 - 5:12 pm

Buffet ramadan merupakan tempat yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga..

bukan selalu.

sekali dalam setahun sudah amat memadai..
mrhanafi recently posted…Disebalik Stori Mencari Cinta SejatiMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam