March 29, 2024

9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?

9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14

10 April, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 yang jatuh pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Tarikh penamaan calon pula pada 28 April 2018. Pengundian awal pula adalah pada 5 Mei 2018 manakala tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari.

Ini bermakna demam Pilihan Raya Malaysia sudah bermula!

Pilihan Raya Umum Ke-14
Pilihan Raya Ke-14

Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?

Sebaik sahaja Pilihan Raya kali Ke-14 diumumkan, kecoh seketika Media Sosial dengan status-status yang mempertikaikan sebab musabab hari Rabu dipilih sebagai hari mengundi. Majoriti tidak berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan.

Ada juga seakan sudah berputus asa untuk keluar mengundi disebabkan 9 Mei 2018 jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja. Di sebalik dugaan ini, ada yang terus memberi kata-kata semangat untuk rakan-rakan lain keluar mengundi, ada yang sanggup keluarkan duit poket sendiri untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk #PulangMengundi. Ada yang jadikan alternatif #CarpoolGE14 sebagai usaha untuk memilih pemimpin yang lebih baik untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Ada 2 Sebab Utama Kenapa Rakyat Perlu Keluar Mengundi?

#1 – Tanggungjawab sebagai Rakyat Memilih Pemimpin.

#2- Hak Rakyat untuk Memilih Pemimpin.

Jadi, siapa yang aku dan kau orang akan pilih? Undi kita adalah rahsia. Janji, kehidupan rakyat akan lebih baik untuk 5 tahun akan datang..berdoalah!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?

  1. Kalau Mrs. A term pulang mengundi tu tak sesuai sebab Mrs. A sekarang tinggal di Seremban so kena pergi mengundi ke K.L AU3 untuk kerusi “Parlimen Setiawangsa”.

    Those were the days kerja kat K.L so daftar tu kat K.L. Rasa macam dah tukar tempat mengundi tapi bila check masih tempat yang sama.

    Jangan salah pangkah ha nanti dapat taik! bak kata DUKE. Hahahaa…

  2. Yang mengundi jauh tu…kalau susah sebab cuti hanya sehari, mintalah cuti 2-3 hari. 5 tahun sekali gunakan cuti tahun untuk balik mengundi.

    Saya mengundi sebelah rumah je. Lainlah kalau SPR gila, tiba-tiba gila tukar tempat peti mengundi jauh.

  3. Salam jumaat penghulu segala hari dari Ibu kepada Tuan.

    Semoga apa saja yang berlaku adalah baik untuk kita semua yang beriman kepada Allah swt.

    Amin

Leave a Reply to nasa azman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *