Home travelogJapan Pengalaman Terbang 7 Jam ke Osaka bersama Anak Kecil

Pengalaman Terbang 7 Jam ke Osaka bersama Anak Kecil

by JMR
45 comments

Alhamdulillah, kami selamat terbang ke Osaka untuk percutian kami 5 hari 4 malam di sana. In fact telah pun selamat pulang, dah seminggu pun masuk ofis.hehe..ini adalah pengalaman kali pertama terbang untuk tempoh masa paling lama dengan anak-anak kecil aku (Dayyan 4 tahun & Danish 2 tahun). Penerbangan dari KLIA2 pada jam 8 pagi ke Kansai International Airport mengambil masa lebih kurang 6 jam setengah. Ada yang bertanya tentang pengalaman terbang bersama anak kecil. Hmm..penat tetapi seronok! Lagi pun, dua hero aku ni takdelah kecil sangat. Cuma tang melasak tu yang lebih mencabar.

TRAVEL KE OSAKA

PENERBANGAN PAGI, ANAK LEBIH LASAK

Penerbangan kali ini bersama AirAsia Xadalah pada jam 8 pagi. Aku bertolak dari rumah ke KLIA2, pada jam 4 pagi. Sampai jam 5 pagi, terus baggage check-in , kemudian solat Subuh dan sarapan pagi di McDonalds. Ini plan kami pada awal. Dengan harapan, Dayyan & Danish tak cukup tidur, seterusnya akan sambung tidur selepas pesawat berlepas. Ternyata, perancangan aku tak tetap. Walaupun boarding tepat pada waktunya, tetapi pesawat berlepas agak lewat. Jadi, awal-awal mereka tdah tertidur. Elok sahaja beberapa minit selepas pesawat berlepas, mereka bangkit daripada mimpi..

Tak pe, selepas makan nasi ayam Uncle Chin yang aku dah pre-order, mesti mereka tertidur kekenyangan. Dan sekali lagi, jangkaan aku meleset..haha..

nasi ayam uncle chin AirAsia X

Masa ni lah datang rajin Dayyan..

Semasa hidangan pre-order kami disediakan, lampu kabin dinyalakan sepenuhnya. Masa ini, Dayyan&Danish makin aktif. Tambahan pula tempat duduk kami bukan setempat. Aku dan Dayyan di barisandepan, Danish dan mommy di barisan belakang. Danish lak memang tak boleh duduk setempat. Ulang alik ke tempat aku dan tempat mommynya.

TIPS TERBANG BERSAMA ANAK KECIL UNTUK TEMPOH MASA YANG LAMA.

#1 Yes, masa ini gajet seperti iPad itu penting..haha..tapi penggunaannya takdelah sepanjang penerbangan. Aku bagi sekejap sekejap, paling lama setel satu movie kartun kat dalam tu. Download siap-siap.

#2 Bawa buku dan peralatan menulis. Dayyan sejenis yang suka melukis dan menulis. Ada pen atau pensil dan buku coretan, setel. Sejam lebih gak dia hadap buku tu. Even bagi kertas sekeping pun, dia boleh meluahkan kreativiti dia sama ada melukis atau menconteng..then aku akan minta dia terangkan apa yang dia lukis. Maka bersemburlah air liur dok terangkan kat aku dengan pelatnya budak 4 tahunnya..pening..

#3 Beli siap-siap toys kapal terbang yang seketul seketul kecil tu. haha..kenapa kapal terbang? Perasan tak, dalam pesawat AirAsia ni, selepas krew menyediakan hidangan makan, lepas tu mesti diorang akan sorong troli yang penuh dengan mechandise AirAsia. Paling atas, set permainan yang ada pesawat AirAsia kaler merah. Benda tu memang menarik perhatian anak-anak aku setiap kali terbang dengan AirAsia. Sebagai penyelesaian alternatif, isteri aku akan beli siap-siap dari mana-mana mall yang kaler dan bentuknya lebih kurang sama yang mana ianya lebih murah.haha..So bila tiba waktunya, isteri aku just hulurkan permainan itu..

#4 Danish & Dayyan masih menyusu. Isteri aku akan pekkan susu tepung mengikut sukatan di dalam plastik kecil (Mr.DIY ada jual). Bawa thermos kecil. Jadi, bila mereka nak menyusu, aku just hulurkan thermos tu dengan krew untuk diisikan air panas. Biasanya selepas menyusu, diorang akan mamai dan terlena..

#5 Hampir 7 jam penerbangan adalah satu masa yang agak lama. Anak-anak aku jenis yang cepat bosan. iPad dan buku-buku tu tak cukup. Untuk tarik perhatian diorang sekiranya mereka masih belum terlena, sediakan board gambar seperti chess & dam ular. Konfem mereka ralit.

#6 Bawa snek. Paling tidak bawa biskut Tiger. Budak-budak ni jenis takleh dibiarkan berlapar. Nanti meragam. Kena pastikan perut mereka sentiasa happy..hehehe

Macam terer je dua orang ni main Chess!

Biskut OREO Vanila feveret Danish!

hehe..tapi aku rasa catur atau dam ular untuk anak-anak aku adalah agak tidak sesuai. Ye la, sekejap main sama, sekejap berebut buah catur tu. Last-last aku ambil balik then suruh diorang buat aktiviti lain.

Tips Penting Terbang bersama Anak Kecil Dalam Tempoh Masa Panjang

Stress ke bang?

Muka excited selepas 7 jam dalam pesawat..haha..pada aku, Dayyan lebih senang dikawal sebab dia sudah pun boleh berfikir lebih panjang. Dan dalam usia 2 tahun lebih seperti Danish, ianya lebih mencabar kesabaran aku untuk mengawalnya tingkah lakunya- “apa yang dia nak semua dia dapat” haha..

Alhamdulillah sampai Jepun dengan selamat.

Kesimpulannya terbang bersama anak kecil dalam jangka masa yang lama adalah sangat mencabar. Aku lupa nak cerita. Danish siap termuntah disebabkan minum terlebih susu. Almaklumlah, setel botol pertama, dia masih tak boleh tidur, kemudian minta lain sebotol susu. Akibatnya, overload..mujurlah ada kakak pramugari Farah yang bertindak pantas hulurkan tisur dsb..kesian kat uncle sebelah Danish. Nasib baik uncle tu jenis OK. Danish siap hulurkan uncle tu selimut busuk dia tanda minta maaf..hahah..

Yey dah sampai Kansai International Airport. Yes, muka aku muka tak cukup tidur..Dayyan lak muka tak sabar nak masuk Universal Studios Japan!

Enjoice!

45 comments

sis gee April 16, 2018 - 6:41 pm

lamanyaaa!!tak dapat bayangkan dengan Geng 4A ni! Haha..btw idea beli toys plane tu bernas sangat! Boleh copy idea tu! Hahaha

Reply
Sunshine Kelly March 31, 2018 - 1:05 am

Kalau travel w children memang kena bawa banyak barang and i think ubat or minyak angin juga kena on standby. Mana tau bebudak suddently sakit perut or demam.
Sunshine Kelly recently posted…5 Tips To Cope with The Hot Weather & Get Ready for Summer Getaway!My Profile

Reply
JMR April 3, 2018 - 2:24 pm

owh thank you Kelly for remind me about the minyak angin. In future, need to put it in the list!
JMR recently posted…Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn, Johor BahruMy Profile

Reply
Sofinah Lamudin March 29, 2018 - 10:42 pm

Fuuhhh lamanya tu… Kalau saya sendiri pun yang bukn budak ni terasa macam nak buat aktiviti, ni kan budak budak. ehehe… tapi mesti seronok pengalaman dengan anak2 melancong ni. Kenangan! nanti diorang dah besar, mesti teringat2.

Reply
nasa azman March 26, 2018 - 4:36 pm

Wajib buat persediaan. Kalau tidak mati kutu dibuatnya
nasa azman recently posted…Kontraktor Rumah VS Tukang, Bila masa kita perlukan tukang & Bila masa kita perlukan kontraktor?My Profile

Reply
Azmi Abdul Rahman March 26, 2018 - 1:36 pm

Kalau pergi jalan jauh jauh, risau sangat anak anak jatuh sakit
Azmi Abdul Rahman recently posted…12 Tempat Menarik Di Melaka Waktu Malam? Rugi tidur awal di hotel!My Profile

Reply
Mama Hakim March 25, 2018 - 12:25 pm

Terbang 7 jam ke osaka kalau anak anak tidur sepanjang perjalanan memang terbaik lah.

Mungkin sesuai ambil perjalanan waktu malam
Mama Hakim recently posted…LPPSA Pinjaman Perumahan Kerajaan. 5 Tips Mudah Supaya Lulus!My Profile

Reply
Yana March 24, 2018 - 12:15 am

tip no.3 paling win! Hahahha beli toys yang lebih kurang sama rupa to trick the kid..genius! I give you the parenting award of the year…you deserve it!

Reply
Ibu Zaid March 23, 2018 - 6:30 pm

Jepun ada banyak tempat menarik, saya teringin nak duduk makan makan bawah pokok sakura masa musim tu.

Cuma orang tempatan suka mabuk mabuk bawah tu
Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? 10 Kedai makanan sedap buat air liur meleleh!My Profile

Reply
PENGALAMAN KE UNIVERSAL STUDIOS JAPAN 2018 March 22, 2018 - 11:31 pm

[…] Japan! Teruja. Tak sabar. Hari hari Dayyan tanya bila nak pergi jumpa Minion. Paling mencabar, penerbangan ke Osaka selama 7 jam bersama Dayyan & Danish. Alhamdulillah, semua itu berjaya dilalui dengan […]

Reply
Racheal Loh March 22, 2018 - 10:16 pm

The aeroplane idea really a smart one!!! Never thought of this and indeed the children will all for the place when the stewardess push their trolley over

Reply
Mazni Azmi March 22, 2018 - 6:38 pm

Rupa rupanya tuan pergi ke osaka jepun. Patutlah lama senyap blog ni.

Memang terbaik kan pergi jepun. Teringin
Mazni Azmi recently posted…6 Skincare terbaik buatan sendiri di rumah! Jimat & Selamat digunakanMy Profile

Reply
Ikhwan March 22, 2018 - 11:48 am

Nak bercuti di musim sejuk dengan anak anak kecik memang mencabar.
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa PerubatanMy Profile

Reply
el March 22, 2018 - 11:38 am

tips yang bagus ni..
mmg kena sediakan toys, games, snack bagi diorg ralit..7 jam hoi lama tu..kita pun kejung dlm tu x tau wat pe haha

Reply
Ruby March 21, 2018 - 3:35 pm

Fuhhh mencabar juga kan. Ruby tengah tunggu Alif using 4 tahun baru nak terbang. Si Adam masa baby dah teroyak. Alif masa 2 tahun pun teroyak. Aduhhh stress skit la. Lepas tu nak tunggu mereka besar lg baru pi terbang.

Kalau bawa anak kecil ni kena kerjasama dengan kedua suami isteri. Kalau salah sorang emosi. Habis lah. Sebab anak pun bleh rasa aura negative dan dia akan lg tantrum.

Reply
uzu March 21, 2018 - 1:26 pm

7 jam perjalanan tu mmg agak lama juga. Tu sebab mana2 penerbangan yg jauh, uzu akan ambik flight tengah malam. salah satu sbb supaya dlm pjalanan tido. Bangun2 dah sampai. Kedua jimat hotel memandangkan kalau gerak malam. Esok pagi dah sampai. hee

Reply
Betty March 21, 2018 - 10:22 am

This October I will visit Osaka. Any places to recommend? I really love Japan so much. I have visit Tokyo.

Reply
JMR March 22, 2018 - 9:25 pm

there’s so many places to visit. & it’s better if you purchase the Osaka Amazing Pass to visit all the place..more savE!
JMR recently posted…Pengalaman Terbang 7 Jam ke Osaka bersama Anak KecilMy Profile

Reply
Lia Hasty March 21, 2018 - 6:42 am

Baguslah dah well prepare untuk anak-anak keperluan mereka atas flight ni. Yerlah mereka cepat boring dalam msa yang agak lama. Sebenarnya best travel dgn family ni kan. Tapi kena bersiap sedia.

Reply
JMR March 23, 2018 - 10:25 pm

yup, best. travel sorg diri & dengan famili ni masing2 ada cabaran tersendiri..yg penting kena laluinya dengan happy! hehe
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
Bella Jamal March 21, 2018 - 2:08 am

Klau travel memang akan lepak McD la jawabnya, sebab flight selalu pagi2 buta kan. Bags tips JMR. Orang dewasa pun tak larat nak fly lama2 dan jauh. apatah lagi budak. Jgn meragam dalam flight cukuplah kan. Hehe

Reply
JMR March 23, 2018 - 11:23 pm

hehe McD memang port best lepak sebelum naik flight pagi kan. Tp tak best bila ada yang tak reit bahasa selamber je tidur baring kat kerusi..agak2 la kan huhuh
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
Mahamahu March 21, 2018 - 12:33 am

Bestnya kecil-kecil dah dapat jalan jauh-jauh dan tempat yang menarik uncle ni masa tua ni lah baru nak merasa hehehe tapi tak pernah pergi Jepun lagi bila nak sampai sana ni sapa nak bawa kita pergi hehehehe..

Reply
JMR March 23, 2018 - 10:12 pm

satu ayat panjang tanpa noktah uncle maha. semput membca sampai habis dlm 1 nafas hehehe
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
Alia March 20, 2018 - 11:58 pm

Travel dengan anak kecik mmg mncabar…tpi tu la bila lama2 diorang da biasa nnt shud be ok lah kan…
Boleh la makpak susun lgi iti nk ke mana2 kan

Reply
JMR March 23, 2018 - 11:44 am

haah..memang kena biasakan diorg ni. alah bisa tegal biasa kan
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
nikkhazami March 20, 2018 - 10:08 pm

tips nombor 3 tu win. elok beli awal2 sebelum terkena dengan taktik licik air asia
nikkhazami recently posted…NiagaHoster – Penyedia Web Hosting/Domain Termurah AsiaMy Profile

Reply
Marsha March 20, 2018 - 9:19 pm

Marsha pernah bawa anak kecil berusi 5 tahun ke Turki dengan jarak perjalanan 12 jam. Memang mencabar…hihi

Reply
JMR March 23, 2018 - 11:51 am

fuhh 12 jam lagi mencabar tu..
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
amirnawawi March 20, 2018 - 8:15 pm

Allahu!
7 jam tu. Kita yang tua ni pun naik kematu, pishang fak kalau lelama macam tu.

Tapi bagus la Danish dan Dayyan. Bejave je dalam flight lama macam tu. Tapi betul jugak, kena prepare la kalau nak perjalanan lelama macam ni. Tambahan lagi kalau ada anak kecil.
amirnawawi recently posted…Nikmati Kesegaran Nira Nipah Dalam Taman di Wilayah MADAMy Profile

Reply
JMR March 23, 2018 - 11:13 am

Behave budak-budak sekejap je boh..pastu meragam. Nasib baik dah standby apa yg patut.

Reply
Jia Shin Lee March 20, 2018 - 8:06 pm

I have not tried travelling with my daughter before because she can’t sit still but thanks for the ideas, I’ll try them out!

Reply
JMR March 23, 2018 - 6:07 pm

good luck soon! hehe
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
adianiez AIDA March 20, 2018 - 6:26 pm

Sgt membantu. And sgt bagus kesemua tips tu.
Aida lom pernah terbang jauh dgn anak2 bertiga. In shaa Allah one day. Yg terdekat is naik bas ke utara 🙂

Reply
JMR March 23, 2018 - 11:46 pm

WAH..naik bas ke Utara bersama anak pun boleh tahan mencabar gak kan..rasanya lagi mencabar kot
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
Marsha March 20, 2018 - 5:44 pm

Marsha pernah bawa Kakak Anith masa tu 5 tahun ke Turki naik flight selama 11 jam. Memang boring. Kita yang dewasa pun boring. Tido bangun tido bangun pun xsampai lagi..hahaha. Nasib dia well behave main game & layan movie.

Reply
Del Asyraf March 20, 2018 - 4:58 pm

bagus juga tu tips macam ni. senang jugak nanti nak jaga budak kecil masa travel. tak da kelam kabut kita.

Reply
Jane March 20, 2018 - 4:34 pm

Thanks for the useful parenting tips. I will use it for my next trip to Korea with my children.

Reply
JMR March 23, 2018 - 8:40 pm

wah going to Korea soon..im sure the kid will be happy!
JMR recently posted…Universal Studios Japan 2018My Profile

Reply
cik tom March 20, 2018 - 3:52 pm

tips parenting yg bagus..kena make sure perut anak sentiasa kenyang and happy ye…kalau beli toys kat atas kapal..mahal..bagus jgk beli siap2 kat luar..budak2 mmg pantang tgok toys kan..mesti nak..hihi
cik tom recently posted…Packaging Baru Rahsia Cantik dengan Royal Expert Advance Brightening CreamMy Profile

Reply
JMR March 20, 2018 - 4:20 pm

Kan..kadang2 susah nak cakap ‘NO’ kat budak budak ni..tu pasal kena fikir penyelesaian alternatif utk permintaan diorang hehe

Reply
Suria Amanda March 20, 2018 - 1:21 pm

Huiyooooo…pi Jepun…best laaa….memang mencabar kan kalau terbang bawak anak kecik..tahniah JMR diatas kesabaran melayan karenah 2 bujang tu…dia nak explore tu..sebab tu otak2 cepat berhubung…selamat bercuti…

Reply
JMR March 20, 2018 - 4:19 pm

Sabar tak sabarlah, kadang-kadang hilang sabar gak SA haha..

Reply
Naziman Azlye March 19, 2018 - 6:15 pm

Comel ja Dayyan yaa.

Tapi saya tengok mereka tidak terlalu meragam. Sepupu saya, tak cukup game-game dan tablet tu. Lepas puas, bising-bising. Habis 1 kapal marah. hahaha
Naziman Azlye recently posted…Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hariMy Profile

Reply
Nunu Eera March 19, 2018 - 5:57 pm

abam siap ingt nma pramugari ni abam.. hurmmm..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam