Lazada The Big Baby Fair Sale. Lebih Jimat. Potongan Sehingga 80%

LAZADA The Big Baby Fair Sale

Semalam usia Dayyan dah genap 4 tahun 11 bulan. Bermakna lagi sebulan Dayyan akan genap 5 tahun. Teringat aku semasa menunggu saat Dayyan dilahirkan, hampir setiap bulan aku dan isteri ‘menjelajah’ ke setiap Baby Expo yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

Selain Baby Expo, pantang dengar ada SALE untuk barangan baby, pasti kami ke sana. Selain variasi barangan yang disediakan, paling penting harga di tempat-tempat begini lebih murah. Lebih murah bermakna lebih jimat! Maklumlah, nak sambut anak pertama, setiap perkara adalah benda baru. Sanggup bersesak ke Baby Expo dengan perut wife yang makin membulat..hehe..

Bersesak-sesak di Baby Expo..Kini tidak lagi!

Kini, aku rasa korang tak perlu pun bersusah payah macam kami, dengan hujung jari sahaja, ibu bapa akan berpeluang untuk membeli-belah barangan bayi dengan harga lebih jimat di The Big Baby Fair Sale LAZADA!

Eh jangan panik, kau orang tak terlepas peluang ini pun lagi.

Meh nak bagitahu ni, LAZADA The Big Baby Fair ini akan diadakan dari 28hb Mac hingga ke 1 April 2018.

Dalam tempoh ini pelbagai tawaran ekslusif dan potongan harga sehingga 80% untuk pelbagai produk bayi terkini

TIPS BELI BARANGAN BABY.

#1 Buat list barangan bayi yang perlu dibeli. Ini mampu elakkan ibu ibu berbelanja ikut ‘nafsu mata’. Tengok tu comel, beli, tengok yang tu pun cantik, beli, tengok ini cun pun beli. Mana ada barangan bayi yang tak comel di mata ibu ibu kan?

#2 Membeli di atas talian. Bukan di atas tiang, di atas T.A.L.I.A.N ..ONLINE Shopping. Jimat duit petrol, jimat duit tol, jimat duit parking, jimat penat lelah. Inilsh masa terbaik untuk membeli barangan bayi dengan harga jimat. Layari: https://www.lazada.com.my/pages/big-baby-fair/

#3 Bandingkan harga. Di The Big Baby Fair Sale ini, ibu ibu boleh secara langsung membandingkan harga terbaik di antara jenama-jenama yang ada. Tak perlu pun berpenat lelah ke setiap outlet untuk banding harga, just duduk atas kerusi di depan laptop. Semestinya kualiti yang terbaik dengan harga terendah yang dicari kan?

LAZADA The Big Baby Fair Sale
Diskaun sehinggi 80%. Lebih jimat!!!

Ada pelbagai barangan jagaan bayi daripada 19 jenama antarabangsa yang mengambil bahagian di Baby Fair Online Terbesar di Malaysia ini. Ada jenama Drypers, Petper, Anmum, Sweet Cherry, Dutch Lady, Philips Avent, Poney, Fisher Price dan pelbagai lagi.

Kenapa The Big Baby Fair Memberi Penjimatan Yang Hebat?

Selain harga di The Big Baby Fair yang lebih rendah, 3 benda di bawah ini akan memberi lebih penjimatan!:

  1. Free Shipping.
  2. Combo Deals.
  3. Vouchers.

Selain itu, ada juga ditawarkan Maternity Guide untuk bakal ibu dan juga Milk Formula Guarantee.

Tawaran ekslusif istimewa untuk Follower Social Media Lazada. Jangan lupa follow hashtags: #BigBabyCandyLand and #BigBabyFair.

KONTES ISTIMEWA UNTUK FOLLOWER DI INSTAGRAM LAZADA:

Cara-cara untuk menyertai kontes ini:

  1. Upload gambar bayi kau orang yang paling kreatif dengan tema “Candy Land” di Instagram masing-masing (public profile) bermula dari 20-27 Mac. Jangan lupa masukkan hashtag #BigBabyCandyLand and #BigBabyFair dalam caption post.
  2. Berdoa agar kau orang menang. Ada 5 x RM 1000 and 20 x RM 200 Baby Fair vouchers disediakan untuk dimenangi.
LAZADA The Big Baby Fair
Voucher RM1000 untuk dimenangi!

Jangan lupa sertai kontes ini. Untung sabut timbul, untung kau orang mana tahu menang vouchers RM1000 tu. Lagi syoklah untuk membeli barangan bayi nanti.

Tak sabar aku nak tunggu 28 Mac ini. Banyak barangan anak-anak yang boleh aku beli dengan harga lebih murah berbanding tempat lain. So far, pengalaman aku membeli-belah di atas talian (online shopping) di platform LAZADA sangat memuaskan.

Lagi teruja bila ada promosi seperti The Big Baby Fair ni, lagilah jimat.

Jadi untuk bakal ibu bapa atau pun ibu bapa anak satu dua atau lebih, aku sarankan guna peluang ini. Lebih jimat. Sekarang, pergi ambil pen kertas, senaraikan barangan bayi yang patut dibeli. 28 Mac ~1 April nanti, standby depan laptop. Check out, kemudian tunggu sahaja barangan yang dipesan sampai di depan pintu rumah!

Selamat membeli-belah di LAZADA The Big Baby Fair Sale !

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

44 Comments

  1. Beli atas talian
    Bukan atas tiang
    Kahkah
    Biasa la tuan2
    Biasanya puan2 merangkap ibu2 ni kdang2 semua dia nak beli

  2. Beli atas talian…
    Bukan atas tiang….
    Hahahhaha
    Bukan apa tuan2 sekalian…
    Puan2 kaum ibu ni kalau boleh semua dia nak beli…
    Kahkah

  3. Ah my sister and I were speaking on the fair today and I have to say, the rebates look good. Will definitely need to check it out- only a couple more days left!

  4. Bestnya baby fair datang lagi. Rasa macam 3 bulan sekali Lazada buat Baby Fair. Huhuhu.

  5. Sis lama dah tak beli barangan baby ni…anak sume dah besar-besar.
    Now tunggu cucu lah kalau ada rezeki baru leh beli barang2 kat sana

  6. lama tak shopping barangan baby online….dulu masa keje selalu terjebak..sekarang..fikir byk kali..tapi biasanya mmg harga barangan jauh lebih murah dari pasaran la..

  7. lama dah tak beli pampers dekat expo expo ni i rasa lagi mahai adalah, i still stick dengan tesco punya pampers much cheaper below rm28 for 64pieces.. hahahhaha tak pasti nak bagi anak pampers lain lagi sebab dah nak potty train dah anak dara ni…

  8. Adik SA macam-macam dibelinya kalau ada baby fair kat lazada ni..untung la ada anak kecik..SA mmg x merasa la nak shopping barang baby…haha…

  9. Ala, tak boleh dengar sale2 ni, mesti nak terjah. Nad pun sekarang beli online je barang baby..senang. Kene tengok ni lazada baby fair

  10. Zaman muda(dua puluhan) dulu, mommy sanggup redah onak duri. Eh redah jammed. Pergi baby fair. Tapi sekarang(32 tahun), di usia tiga puluhan dengan tiga orang anak, tak larat lagi dahnak jalan. Mommy suka beli online sahaja. Dan masih dapat harga yang murah

  11. Memang terlebih jimat kalau ada big baby fair nih.barangan baby lebih murah dari harga biasa. Bila dah murah mata jadi rambang nak pilih mana pun xtau

  12. wahh… bagus betul lah Lazada ni! Ada saja promosi dan sale yang mereka buat ya! Memang buat rasa nak membeli je. hihi

  13. dari sebelum bersalin sampai anak tiga memang tak suka pergi baby fair sebab rasa sesak sangat. Tak selesa nak pilih. Memang suka kalau lazada buat baby fair. last year banyak shopping masa Baby Fair. Harga pun berbaloi.

  14. lazada tgh buat sales utk baby fair ke.. aduhh… pengsan…. bolehlah suruh akk shopping sini… baby pon nak keluar tgk dunia da… hehehe…

  15. Dah lama tak shopping kat Lazada. Kena pandai bandingkan harga diantara apps juga bila ada jualan murah camni selain harga di kedai runcit, baby ekspo dan pasaraya besar AEON, Giant, AEON BiG. Setakat ni Lazada adalah tempat ruby borong huggies pampers dan susu Dugro Adam dan Alif. Hahaha. Sebab harga murah dan ada tulis expired date. Dari situ dah tau kenapa murah. Hehe. Enjoy shopping Jamar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam