Rasa tak selesalah makan di Stalkers Cafe!

Ni cerita di hujung minggu, 2,3 minggu lepas. Sejenis aku ni tak boleh terperap duduk di rumah sehari suntuk di hujung minggu. Paling tidak pun nak kena keluar merayap cari tempat makan sedap-sedap. Nasib baiklah dapat isteri dan anak-anak yang memahami. Tapi rasanya diorang tensen gak. Aku ajak isteri keluar, dan aku paksa dia rekemenkan tempat makan sedap yang dia tahu. Jadi, aku rasa, setiap hari Jumaat sebelum tibanya hari minggu, mesti dia stress dok Google tempat makan sedap di sekitar KL atau Selangor untuk trip hari Sabtu atau Ahad. haha..kesian..

Jadi untuk Sabtu minggu ini, seperti biasa, aku bagi isteri rehat dari bersilat di dapur. Pada awalnya, aku drive menuju ke Big Brothers Kota Damansara, salah satu western cafe yang ada sentimental value bagi aku, isteri dan famili. Di sinilah tempat dating aku dengan isteri dari awal kahwin. Masa takde duit awal-awal, kami cari duit untuk spend masa di sini. Romantik. Cool je rasa. Bila ada duit lebih sikit, kami belanja umi dan arwah ayah makan di sini. Arwah ayah memang suka chicken chop kat sini. Tapi bukan rezeki kami kali ini untuk ‘flashback’ kembali memori di sini. Elok je sampai di depan Big Brothers, eh dah tutup lah! Tak pasti sama ada terus tutup atau tutup sementara. 🙁

Stalkers Cafe Dataran Sunway

Aku dan isteri dah blurr nak ke restoran mana seterusnya. 2,3 minit gak memikirkan nak ke mana. Perut dah berkeroncong minta diisi. Sebelum meletup, mujurlah isteri terlintas untuk ke Stalkers Cafe, milik pelakon kayu terkenal yang terletak tak jauh dari Big Brothers.

Panas ok masa ni. Dengan perut tengah minta diisi, mana ada mood nak bergambar. Danish pun taknak layan mommy. Abang lak membotol air masak tak habis-habis. Air masak jangan lupa minum ketika cuaca panas ni ok.

Stalkers Cafe Dataran Sunway

Stalkers Cafe terletak tak jauh dari BSN Dataran Sunway. Kami sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Ramai gak pelanggan masa ni. Aku terus menuju ke meja kosong sambil jeling-jeling menu pelanggan lain. Ini ada cara terbaik untuk tahu menu power di kafe ini Lagi pun, mana nak sempat Google menu sedap di Stalkers Cafe milik Fattah Amin ni kan. Aku pandang sekeliling 360 darjah kot-kot ada Fattah Amin tengah makan suap-suap dengan Fazura. Takda. Hampa.

Kami duduk 2,3 minit. Takde staff yang datang ambil order. Hampir-hampir aku terbalikkan meja. Rupa-rupanya self service..kena buat pesanan di kaunter Pilih menu dan bayar.

Tengokkan buku menu Stalkers Cafe Dataran Sunway, ada banyak menu yang menarik. Tetapi masa aku datang ni, hanya ada beberapa menu je yang AVAILABLE. Aik, ni kena tomyam ke apa?

Nasib baiklah ada menu yang aku boleh pasrah untuk dijadikan menu makan tengah hari aku- Nasi Ayam Goreng Kunyit dan Nasi Ayam Butter. Haa..ini versi Stalkers Cafe ok.

Danish pantang nampak kek terutamanya kek Chocolate Moist. Die die dia akan minta sampai dapat. Daddy pasrah. Lagi pun nampak sedap je kan. RM8, cukuplah untuk kami 4 beranak. Sambil menunggu pesanan kami sampai, alhamdulillah, setel sebekas chocolate moist ni. Licin!

Tak sampai 20 minit menunggu, menu Nasi Ayam Goreng Kunyit pesanan isteri tiba di meja kami. Fuhh..pantas juga servis di sini. Menu ni memang simple. Siap dituangnya kicap atas nasi panas tu..Tapi since ayam goreng yang digaul kunyit ni dihidangkan secara panas, cukup masin, sambal belacan tu pulak cukup pedas, memang menambahkan selera kami.

Sepinggan untuk aku, sepinggan lagi untuk Dayyan. At first, aku ingatkan sikit je portion kat sini. Sekali datang, hambek kot..banyak gila kot. Dalam hati aku, Konfem membazir ni..Aku kalau bab-bab makan ni sangat pantang sekiranya makanan yang dipesan terbuang begitu sahaja. Alhamdulillah, fikiran pertama aku salah. Dayyan berjaya habiskan separuh. Yang separuh lagi, mestilah aku! hahaha.. ayam masak butter tu antara yang sedap pernah aku makan. Dayyan pun cakap macam tu, ada rasa lemak-lemak dan manis. Mujurlah diorang tak letakkan cili padi dalam ayam butter tu. Yup, kalau letak mesti lagi sedap kan, tapi Dayyan konfem tak nak makan sebab pedas.

MENU DI STALKERS CAFE

Tengok gambar ni, sepingga untuk aku, sepinggan untuk Dayyan. Rasa sebak lak. Dah besar anak-anak aku. Biasa aku sepinggan, boleh kongsi dengan Dayyan. Sekarang dah tak efisyen sepinggan untuk aku dan Dayyan. Lagi sedih, biasanya aku kena bayar RM10, sekarang dah kena hulur not RM20…hahahhaha..

Kenapa Rasa Tak Selesa Makan di Stalkers Cafe Dataran Sunway?

Bukan sebab Nasi Ayam Masak Butter yang aku pesan tadi tak sedap, tetapi disebabkan posisi tempat aku makan tu yang kurang sesuai. Iyelah, setiap suapan nasi & ayam butter berlemak tu, seakan-akan sedang diperhatikan oleh si Fattah Amin.

Come bro, jangan asyik tenung gua jer!! Pandang tempat lainlah..please!

makan di Stalkers Cafe

Alamat Stalkers Cafe:

No 3-1 Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 PJ
47810 Petaling Jaya, Malaysia

InsyaAllah, kami akan repeat ke Stalkers Cafe Dataran Sunway lagi. Dengan harapan, menu yang banyak banyak tu available~lah masa kami pergi nanti. Kalau lepak semeja dengan Fattah Amin & Fazura sekali pun cam layan gak kan…heheh

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

33 Comments

  1. Oh it’s near my study area. The chocolate moist cake caught my attention though. It looks really delicious, have to go visit them real soon.

    1. Author

      haha kalau awek ok lagi bro, ini balak..

  2. Hahahaha…gogih wei baca sampai habis…apayang tak kena demgan cafe nih..sekali tak selesa sbb gambar fattah amin je..adoiiii la…

  3. nampak menarik jugak walaupun gambar 2jer makanan dia. rasa nak pergi terus simple sure sedap thehehehe

  4. hahahaha
    untunglah fattah amin stalk time makan
    hahaha
    nanti nak try lah

  5. Alamak sedapnya tak patut betul yaya buka entri ni time ganti puasa hahaha nice place boleh cuba nanti!

  6. Hahaha. Lawk la bro ni. Sekli path min pndng la pulk. Memang betol betol x seles la jdinya. Kit nk mkan. Tk gitu. Hehehe

  7. Hahahaha.. nak ekna JMR ni.. teman punyalah kusyuk baca tang mana lah tak selesanya makan kat cafe Fattah Amin ni.. hahahaha.. rupa-rupanya pasla gambar fattah amin tenung dia.. kah kah kah.. yang ni lawakk.. tapi dalam tak selesa tu habis gak makanan dimakan yea.. haha.. part dulu kongsi pinggan dnegan dayyan n sekarang sorang satu pinggan tu pun kelakar.,. hahaha.. yelah dulu rm10 kongsi 2 orang.. sekarang rm20 sebab dayyan dah beso .. sepinggan sorang la tak boleh share-share dah.. nanti tak cukup.. kih3

  8. Tak tahu pulak FA ada restoran sendiri. Free” kena lawat ni tapi kena elak seat macam tu aahahah rasa kena stalk pulak nanti

  9. hahahahah i pun tak selesa bila makan kena stalk btw makanan nampak sedap yummeh pula tau hahaha, kena jadi paparazzi kalau makan kat sini ! 🙂

  10. Amboi clickbait dia! Haha. Tau dah lama gak pasal kafe ni tapi belum berkesempatan nak rasai sendiri makanan dan servis diorang. Kalau macam ni boleh lah pergi sendiri nanti. 😃

  11. ehehehehe.. lepas makan boleh selfie dengan fattah amin pula.. memang lama la nak lepaak sini

  12. Fattah amin pelakon kayu ke? Haha..tp akak minat fazura je. Btw, makanan dlm menu yg takde tu sbb sold out ke tukang masak cuti? Hehe

  13. Kahkah lawak laaa..ingat kenapa la tak selesa. Dha namanya stalkers cafe, haruslah dia stalk je customer dia. Haha. Btw serious baru tahu yang Fattah Amin ni ada cafe sendiri. Nampak sangat emi tak follow perkembangan artis.

  14. Pandai pelakon kita semua back up dengan perniagaan sekarang ni kan…ramai bukak bisnes kedai makan…bagus sebenarnya sebab pelaburan akan datang…nak terjah la kat sini…

  15. Bukan selalu kena stalk dengan FA bro. Hanya di stalker cafe je tau. Haha. Memang kena g sini juga nampaknya. MIL dah lama bg hint ajak ke sini tp takut tak berbaloi. Tp bila bro dh review boleh lah bawa dia ke Sini nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam