Murtabak Singapore Zam-zam. Menu Wajib Cuba Bila Ke Singapore.
“Datang Singapore, kalau tak pekena murtabak Singapore Zam-zam memang tak lengkap” Ini ayat dari mulut rakan Singapore aku yang menjadi tim semasa projek fotografi perkahwinan di sana tempoh hari. Murtabak Singapore merupakan menu kegemaran ramai di Singapore termasuklah pelancong-pelancong luar. Banyak restoran atau tempat makan sedap di Singapore yang menyediakan menu ini, tetapi yang original semestinya di Restoran Zam-zam yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan.
Sebelum bertolak pulang, aku ‘open table’ untuk tim lain sebagai tanda meraikan kejayaan projek kali ini. Lagi pun bajet makan untuk trip kali ini banyak dapat jimat since client asyik belanja kami makan jer..hehe..bersyukur dan rasa bertuah sangat dapat client yang baik hati macam ni..semoga mereka semua terus dimurahkan rezeki.
Aku nak terangkan lokasi sebenar Restoran Zam-zam ni pun kurang pasti. Tapi kalau korang guna Waze ke sini, insyaAllah sampai. Tak jauh dari Masjid Sultan, antara masjid tumpuan pelancong asing yang mempunyai pensijilan ISO 9001:2015 . Kompeni aku baru nak audit..masjid ni dah dapat pun..:p Kami sampai di sini lebih kurang waktu makan tengah hari. Pelanggan memang ramai walaupun bukan hari minggu. Kami ditempatkan oleh staff restoran di tingkat atas, selesa untuk kami berempat.
Menu Sedap di Restoran Zam-zam.
Semestinya, Murtabak Singapore menjadi menu wajib pesan jika datang ke sini. Ada beberapa pilihan isi murtabak seperti murtabak ayam, murtabak daging, murtabak sardin, murtabak kambing dan juga murtabak rusa. Saiz pula bergantung pada harga setiap murtabak, ada SGD6 (ni sorang makan), ada SGD8, SGD13 dan SGD18.
Selain itu, briyani kambing juga antara menu pilihan pengunjung di sini. Dengar kata, kari kepala ikan dan mi/nasi goreng merah juga sedap di sini. Nak pesan menu lain seperti Kuew Teow goreng, roti canai dan Chicken Chop pun ada disediakan di sini. Tepuk perut, tanya nafsu makan!

Jadi apa yang kami pesan untuk pengalaman pertama menjamu selera di Restoran Zam-zam Singapore ini?
Sudah pasti, Murtabak Singapore~lah! Murtabak Ayam dan Murtabak Kambing bersaiz SGD8 setiap satu menjadi santapan pembuka selera. Serius, sedap murtabak Singapore ni especili Murtabak Kambing tu! Kambing kan feveret aku. Dapatlah inti kambing yang memang seketul-ketul rasa, lagilah berselera aku dengan murtabak kambing ni!
Ingatkan setiap murtabak ini cukup untuk 2 orang makan. Sangkaan aku meleset, sebab setiap satu ini sebenarnya cukup untuk 4 orang makan! Se’eh der..
Kalau datang sini semata-mata untuk makan murtabak Singapore, aku yakin, 2 orang boleh habiskan sekeping murtabak bersazi SGD8 tu. Tapi..sayanglah kalau datang sini tak cuba menu-menu lain juga kan. Jadi kami tambah pesan 3 set briyani kambing dan juga nasi goreng merah.
Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Aku lupa dah harga setiap makanan tu. Yang aku ingat, harga dengan kualiti rasa memang berbaloi. Untuk 4 orang makan kali ini, jumlah semua hanya SGD55 termasuk makanan. InsyaAllah aku akan ulang datang ke sini lagi..
Burppp….~
Besarnya saiz murtabak tu, makan seorang mesti tak habis
Ibu Zaid recently posted…Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!
Mama memang suka makan murtabak, tapi tak pernah lagi dapat merasa murtabak singapura.
Boleh cuba nanti
Mama Hakim recently posted…Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? Apa Badan Kita Cuba Beritahu!
perghhhhhhhhhh
sedap nih
belanja please
hahaha
boleh je bro.. come come..haha
JMR recently posted…Rasa tak selesalah makan di Stalkers Cafe!
tengok murtabak menyebab saya agak berselera nak makan..
memang sedap kan..
menu wajib nak makan kalau sampai ke singapura nanti
mrhanafi recently posted…Bilik Sewa Murah Pilihan Yang Seadanya
adoiii, sayangnya saya tak singgah sini masa kat Singapore dulu huhu
siti hazreen recently posted…Borang Penilaian Program Sekolah
Peminat tegar murtabak boleh pakat pakat kirim tuan jmr jika nak ke singapura
Mazni Azmi recently posted…Pelembap Muka Shaklee YOUTH Perfecting Skin Toner!
Memang menghayati falsafah makan dan kerja kuat jalan beriringan. Kenyang tu tuan
Burp
Azmi Abdul Rahman recently posted…Pakej Umrah 2018 & Cara memilih syarikat pengendali terbaik!
Alamak.. terliur tengok mertabak tu.. TB pun penggemar mertabak jugak.. eh murtabak.. ejaan mana yang betul yea.. hehehe.. Kalau pi singapura boleh la try murtabak singapore zam2 ni.. insyaallah kalau ada peluang pi singapore la kan
Kira besar lah dah cukup makan 4 orang murtabak tu. Btw, rasanya memang lagi sedap dari yang ada kat Malaysia ke? Apa specialities rasa dia ek? Teringin pulak nak cuba. Nasi beriani tu sah-sah lah sedap. Yummy!
Memang besar..kenyang la kalau 2bj tu utk 4 orang makan..rasa dia nak cakap sangat berbeza dengan Malaysia pun tak gak..tapi sedaplah
sedap tu murtabak kambing. Bolehlah rasa bila pergi singapore tu nanti. Tapi rasa dia sama tak ngan Malaysia ni? Mana la tahu singapore punya murtabak ni lain sikit rasanya
Nak pergi Singapore kena tunggu suami dah x kerja dgn bdn beruniform.sekarang nak ajak dia pergi susah.dulu masa umur enam ahun pernah menetap di Singapore sebab ikut ayah yg berugas sebagai navy di sana. Teringin nak pergi Singapore nak jelajah banyak tempatemsrik dan rasa makanannya yg sedap.nak nak tgk murtabak singapore zam zam nih..lagilah mengugat nafsu makan
Alamak jauh pulak nak ke Singapore tapi kalau nak tau kat USJ 9 ada satu restoran jual murtabak macam ni jugak.. Dari segi rasa tak tau la sama ke tak dengan yang singapore tapi rupa dah sama. ^_^
Waa sedap nya murtabak…nak smpai singapore pun xtau la bila kan. Biasa makan murtabak bangi yang sedap ke tebal isi nya. Hahaha nak jugak ckp ada murtabak sedap.
Lisa kalau pergi sini mesti try murtabak singapore sebab sedap dan besar. puas hati. Bleh recommend kat kawan yang nak pergi singapore wajib try nih.
Ya ampun lama dah teringin naknmakan murtabak singapore. Ramai kata mantap dan tebal isinya. Nin kiranya order 1 makan berdua pun cukup kot
Fuhh lama betul dah tak pekena murtabak singapore zam zam ni. Mmg tak dinafikan sedap dan berbaloi.. ada tapau tak? boleh simpan kat fridge bila2 nak makan panaskan.. perghh mmg sedap hehee
Khir Khalid recently posted…empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup 400 Keluarga B40 Di Maran, Pahang
Alahai, menggoda betulla post pasal makanan ni. Dah la memang favourite makan kat sini. Memang puas hati dapat makan murtabak singapore yang tebal dengan isi ni. Rindu nak datang Singapore lagi
Yes memang wajib makan bila dah ke Singapore. Rugi. Ty rasa kalau ke Singapore lagi memang akan singgah lagi. Aduh dah teringat-ingat lak ni.
Terliur pulak tengok murtabak tu. Nak kena pergi singapore lah yer kalau nak merasa murtabak singapore zam zam ni. Se’er tu apa 😁
besar jugak portion nya. ingat size biasa
nikkhazami recently posted…Sinopsis Papa Nak Menantu Tv3
Abg Jamar, 3 kali pegibSingapore. 3 kali jugak tak berkesempatan nak merasai menu-menu yang ada di Restoran Zam-Zam ni. Rasa macam ralat pulakkan. InshaAllah next time onie akan cuba rasa sendiri. Teringin murtabak dia tu haaaa…
Tak sempat pergi sini masa gi singapore aritu.. huhu
Norfanil recently posted…Persembahan Live Terbaik Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman
Sedapnye murtabak. Serious lama tak makan. Syiok nye nasi briyani
thank you for sharing this, I akan ke Singapura bulan 4 ni, memang tengah cari info tempat makan mana yang murah tau di singapore.. heee
ni la tempat yg glamer tu kan.
in shaa Allah saya nak gi trip ke s’pura.
memang ada stop di sini.
biasa saya makan murtabak s’pura ni kat muar 🙂
sedap!!!
Tak perasan pula akak adanya kedai ini. Kena pergi Kota Singapore lagi ni.
ya Allah ya Allah sedap2 semuanya..terliur oii