DAYYAN@SCHOOL: Dua Bulan Pertama Persekolahan Dayyan di Little Caliph.

Dua Bulan Pertama Persekolahan Dayyan di Little Caliph.

Beberapa bulan sebelum Dayyan memulakan sesi persekolahan (betul ke word ni atau sesi pra-sekolahan) 2018 di Little Caliph Kelana Jaya, hati aku dok risaukan keadaan dia di sana nanti. Maklumlah, sejak awal kelahiran hingga ke usia 4tahun 8 ni, dia dijaga oleh arwah neneknya, kemudian dijaga oleh pengasuh yang memang manjakan dia semasa aku dan isteri keluar mencari rezeki. Mujurlah aku ada isteri yang sentiasa ‘tenang’ dan pandai pujuk hati aku. “Abang will be fine..”

Atau mungkin juga aku risau sebab aku dulu bukan main ‘susah’ nak ke Taski. Hari hari menangis. Sampaikan ada satu hari, aku lari balik rumah sorang diri..hahaha..itu kisah 29 tahun yang lepas.

Haa..depan anak aku takdelah tunjuk yang aku risaukan dia kan. Ayah kan memang macam tu. Betul tak?

Alhamdulillah, sejak hari pertama persekolahan, hingga ke hari ini, Dayyan tak pernah meragam tak nak ke ‘school’. Setiap pagi, dia akan mandi dan seronok bersiap-siap untuk ke school. Adiknya, Danish juga memberi kerjasama yang baik. Aku risau gak kot-kot dia mengamuk nak ikut.

Tapi, alhamdulillah, “Danish nanak gi school. nak gi umah nenek!” bila dengar ayat ni keluar dari mulut Danish setiap pagi, kami lega. Adik ada lagi lebih kurang 3 tahun  untuk berseronok di rumah nenek (panggilan untuk pengasuh anak-anak kami). Jangan bila tiba masa untuk ke sekolah, Danish masih guna ayat ni dah ler!!

Umur 5 tahun ke Little Caliph.

Ada kawan-kawan yang bertanya, kenapa lewat sangat hantar Dayyan ke pra-sekolah? Hmm..aku pun tak faham definis ‘lewat’ tu macam mana? Pada aku, Dayyan masih anak kecil. Anak kecil tetap anak kecil, fitrah mereka untuk enjoy bermain. Of koslah ada limit tertentu. 4 tahun pertama, aku biarkan dia enjoy dengan apa yang ada di sekeliling dia. Taman permainan, pantai, Kidzoona, LEGO, iPad , parti hari jadi, Playstation4 , aku biarkan dia merasa dan explore semua pengalaman ini. Sudah tentunya dengan pemerhatian aku. Tema aku senang je, buat sesuatu perkara, kena fokus. Niat aku untuk melatih dia fokus dalam setiap perkara.

Bila bermain, fokus dan main bersungguh-sungguh.

Bila membina sesuatu (LEGO), jadi kreatif, fokus dan fikir betul-betul.

Bila bersosial, berkawanlah dengan ikhlas.

Bila menggunakan teknologi (iPad & PS4), fokus pada method dan strategi untuk menang. Paling penting, gunalah teknologi permaianan ini dengan penuh berdisiplin.

Perubahan Sebelum dan Selepas ke Little Caliph.

Banyak.

Terutamanya bila bab membaca dan menulis. Berkali ganda lajunya. Aku tertanya gak kaedah apa yang diguna pakai. Selepas isteri aku ke Seminar ‘Fast Reading Technique’ anjuran Little Caliph, barulah kami didedahkan dengan cara mengajar anak membaca dengan betul. Nantilah aku kongsikan konten seminar itu, insyaAllah berguna untuk ibu bapa lain.

Cara pergaulan Dayyan memang aku tidak risau. Memang sebijik ikut arwah neneknya yang friendly dan senang berkawan dengan semua orang. Semoga Dayyan menjadi rakan yang disenangi oleh rakan-rakan lain.

Sesi persekolah Dayyan dari Isnin-Jumaat sepatutnya bermula jam 8.30 pagi – 6 petang. Tapi, hari hari dia masuk jam 9 pagi, ini pun paling awal~lah. Aku pasti, kalau ada rekod lambat, dia champion. hahah..Setiap hari, isteri aku akan ambil dia waktu balik jam 6 petang. Selalu gak ‘sejuk perut’ isteri aku mengandungkan Dayyan sebab teacher asyik puji Dayyan ‘good boy’ dan rajin membaca.

Walaupun sometime aku agak sangsi dengan pujian cikgu ni, sebab kat rumah perangai Dayyan adalah berbeza..haha..mungkin betul orang tua cakap, anak-anak ni bila depan kita bukan main lagi dia ‘buat hal’, nak bermanja kot, nak-nak selepas seharian kita keluar bekerja. Tapi bila dok dengan orang lain, bukan main behave lagi..

Tak kisahlah, janji ‘be a good boy forever..’

Esok genap umur Dayya 4 tahun 10 bulan…lagi 2 bulan nak masuk 5 tahun.

Persekolahan Dayyan di Little Caliph

JMR-Daddy anak 2

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

23 Comments

  1. I can’t wait to know what make the children could read so far. Interesting ya. And great to hear that you kid doing so well now after schooling for two months. More to go and definitely he will be the smartest one

  2. Liez hantar anak sekolah pun umur 5tahun. If awal nnt takut dia bosan.. sbb liez dulu pun mak hantar sekolah umur 4tahun, 5tahun stop setahun dan hantar tadika balik umur 6… jgn kita bebankan umur bermain anak2 dgn pendidikan yg boleh buatkan anak stress diusia muda

  3. Usia 5 tahun belum lewat nak hantar anak ke pra sekolah. Janji pelajaran turut diterapkan kepada anak-anak supaya dapat membaca dan memahami. Semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan ibu bapa.

  4. Memang mahal tapi tapi tapi bila tengok perkembangan anak-anak, kita rasa lega kan. Aktiviti harian mereka lebih bermanfaat dan mereka bila depan teacher akan ada satu perasaan serba boleh. Nak yakin kan guru bahawa mereka juga hebat seperti pelajar-pelajar lain. Harap seronok dan teruja belajar akan berterusan sehingga ke sekolah kebangsaan nanti.
    Ruby recently posted…PS4 Eksklusif Game Bulan MacMy Profile

  5. Baguslah kalau jenis yang tak meragam pergi sekolah. Anak saya dulu memang tak meragam. Tapi liat pulak nak bangun

  6. Umur 5 tahun dikira lewat hantar pergi prasekolah ?? OMG. Rasa mcm dh awal sgt dah tu. Dulu start sekolah tadika umur 6 tahun. Itupon xnk pergi sekolah. Baguslah Dayyan enjoy pergi sekolah. Semoga jd ank yg pintar !

  7. You did it the right way! Kids are meant to have fun and explore as they grow…education can come a little later…the last thing you would wanna do is to stress out a kid. Lets just leave the stress part for the adults and fun part for both kids and parents.teheee…

  8. SA setuju kalau anak dihantar ke tadika seawal umur 5 tahun, masa ni dia dah belajar explore dalam berkawan dan pembelajaran..bila umur macam ni belajar cepat masuk otak..confident level diorang pun tinggi kan…

  9. berminat nak tahu tentang fast reading technique tu. Huda pun hantar anak tadika masa umur 5 tahun. ok jer bijak belajar dpt best student tadika tahun lepas. cepat atau lambat tu bergantung pada kita ibu bapa nak decide mana yang terbaik untuk anak kita.

  10. My friend pun hantar anak dia pegi sini. Memang banyak perubahan anak dia lepas tu. Bagus juga bagi peluang dia bercampur dengan rakan lain.

  11. Takde erti kata lewat anta skola. Semuanya bergantung kpd kita sendiri, kan? Mcm Aida ni, x dpt elak. Memang dari lepas pantang izzat da dok nurseri. So proses izzat memang awal. Tapi di skola pon x blaja sgt. Byk main aje.

    Moga dayyan terus sihat & blaja pandai ye 🙂

  12. Anak saya since 4 yo tadika kat LC ni…
    Ada pro n cons jugak..dr segi mbaca mmg cepat..tpi mnulis mmg kureng…saya kena ajar sendiri dekat rumah…sebab kalau hrap kt sekolah saya rsa more towards play…
    Ni hasil pemerhatian saya la..sebab ada anak2 sedara hntar ke LC jugak..bab baca mmg bgus..bab mnulis tu kurengg…
    So u kena pantau sama tau anak u nnt…
    Saya next year In sha Allah nak msukkan kt pra sekolah yg dekat sek rendah tu

  13. Dah besar Dayyan.. Best kan dpt tgk perkembangan anak2 lagiw bila dah start mula bersekolah mengenal huruf dan lain2… Rasa seronok tgok mereka membesar… Moga jadi anak yg dgr kata dan berjaya ye Dayyan 🙂

  14. wah… bijaknya Dayyan! Dari gambar pun nampak bijaknya – dan periang juga manja! Tapi agak mahal juga ya. Tak apalah, pelaburan untuk masa depan anak yang moga-moga lebih lumayan, insyaAllah..

  15. To me umur nak masuk 5 tahun belum terlambat lagi untuk hantar ke sekolah. Depends pada keperluan anak tu perlu atau tidak masuk sekolah awal.

  16. Sebenarnya ibu bapa terlalu risau. Bila anak dibiarkan mesra dengan persekitaran mereka akan pasti boleh sesuaikan diri . Jangan takut untuk lepaskan anak berdikari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam