March 29, 2024

Ajar Sikap Toleransi Kepada Anak.

Ajar Sikap Toleransi Kepada Anak.

Kita perlu berunding dengan anak-anak apabila wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan mereka. Kita nak anak berkongsi cookies dengan adiknya, tetapi dia nak bolot semua cookies dia. Kita nak ajak dia balik rumah dari playground sebab hari dah senja, dia masih nak main tanpa peduli jam berapa. Biasalah kan, situasi-situasi macam ni.

Dalam situasi wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan anak-anak, perkara PALING UTAMA untuk DIELAKKAN adalah MEMBERI ARAHAN.

Contoh,

“Kakak, kongsi biskut dengan adik. Kakak 5, Adik 5.” Atau, “Kakak, turun gelongsor sekarang. Kita nak balik dah.”

Selalunya, respond anak-anak. Dia akan BALAS semula arahan kita yang seakan-akan menunjukkan mereka ini sedang MEMBANGKANG kita. Maka, saat ini mulalah situasi perang mulut pula dengan anak-anak, kan?

“Kakak nak makan semua. Taknak kongsi dengan adik.” Atau, “Kakak nak main lagi. Taknak balik!”

Biasa, kan?

Di sinilah kita perlu belajar SKILL BERUNDING dengan anak-anak. Iaitu skill untuk buat anak-anak MENURUT arahan kita TANPA anak sedar bahawa dia sedang bertindak selari dengan keinginan/arahan kita.

Perkara paling asas kita kena ingat tentang RUNDINGAN ini ialah;
ELAKKAN MEMBERI ARAHAN.

Kenapa? Memulakan dialog dengan arahan menjurus PERBUALAN KE ARAH KOMUNIKASI 1 HALA semata. Kerana itu, arahan ni cenderung untuk mencetuskan PERBALAHAN atau PERTIKAIAN!

Jadi, jangan mulakan komunikasi kita dengan arahan, sebaliknya mulakan dengan BERTANYA SOALAN.

Mesti jelas dan faham, bahawa berunding adalah untuk MAKE AGREEMENT, bukan MAKE ARGUMENT.
PASTIKAN kita susun komunikasi kita dalam FRASA RUNDINGAN, dan bukan FRASA ARAHAN yang menyumbang kepada PERTIKAIAN (argument).

Contoh,

“Kakak, kita bagi adik 5 cookies, dan Kakak ambil 5 cookies. Kita kongsi, boleh?”

“Alaa.. Kakak taknak kongsi. Kakak nak seorang. Ibu beli lah yang lain untuk adik. Ni semua kakak nak seorang.”

“Oh, kakak nak makan seorang? Setahu Ibu yang dah lama kenal Kakak ni, kakak kan kakak yang penyayang dengan Adik. Kakak suuuuuuukaaaa berkongsi makanan dengan adik. Ibu macam tak percaya Kakak nak makan semua tu, it doesn’t sounds like you. Are you sure you want to have it all alone? A good girl like Kakak, tak pernah lupa untuk berkongsi, kan?

Dalam membina rundingan, kita masukkan elemen pujian, elemen approval kepada anak-anak. Dan elemen inilah yang akan membuatkan anak BERSETUJU dengan keinginan/arahan/rundingan kita dengan mudah.

Ada sesetengah kanak-kanak, di tahap ini dia sudah ‘lembut’ dan rundingan damai kita berjaya. Ada setengah kanak-kanak, tak cukup semudah ini. Perlukan SKILL yang lebih besar dan tricky. Dia tetap dengan ‘keputusan’ dia.

“Kakak taknak kongsi jugak! Nak makan seorang. Biarlah adik tak dapat cookies.”

Di saat elemen emosi dan approval tak jalan, kita tukar elemen lain.

“Ok, Ibu setuju. Kakak boleh taknak share cookies dengan adik kali ni. Tapi, Kakak juga kena bersetuju kalau next time Ibu belikan adik cookies sedap-sedap, Adik tak kongsi dengan Kakak? Kakak setuju macam ni?”

Elemen apa yang boleh kita guna di sini? Elemen LOGIK.

Logik mudah. What you give, you get back. Atau apa jua logik mudah lainnya. Selalunya, anak-anak ini karakter dominan mereka antara 2 inilah.

Samada mudah digerakkan dengan PUJIAN, atau mudah digerakkan dengan LOGIK FIKIRAN.

Kisarkan dialog dan rundingan kita, di sekitar 2 elemen ini. InshaALLAH, lama kelamaan, kita dapati langsung tidak susah lagi untuk kita berunding dengan anak dan buat mereka bersetuju dengan kita, inshaALLAH.

Kalau logik kali ni juga tidak berkesan, dan anak-anak berkeras tak mahu capai kata ‘persetujuan’. Maka, cuba teknik pujukan pula. Kalau teknik pujukan tidak berjaya, cuba teknik meminta keputusan pula.

Kalau semua teknik tidak berjaya, IT IS OKAY TO FAIL IN YOUR NEGOTIATION. Tidak dalam semua keadaan, rundingan kita berjaya.

Walaupun ianya rundingan yang tidak berjaya, YAKINLAH, KITA TELAH MENGAJAR SUATU PERKARA yang amat berharga kepada anak kita. Dialog-dialog matang kita secara tidak langsung sedang mendidik fikiran dan perasaannya.

InshaALLAH, jika lebih KERAP kita tinggalkan teknik ARAHAN dan gunakan teknik RUNDINGAN, lama-kelamaan anak kita akan membentuk sikap TOLERANSI dan DIPLOMASI yang tinggi dengan orang lain.

All we have to do is, to keep on showing them the right attitude when dealing with people.
Adakah setiap masa perlu berunding dan tidak gunakan teknik arahan?

Tidak.

Ada kalanya, bertegas dengan arahan itu perlu. Kalau anak-anak dibesarkan sebagai anak yang tak boleh menerima arahan, INI MUSIBAH. Dia juga tidak akan dapat menjadi manusia yang boleh handle rejection atau handle perbezaan. Kerana itu, bukan setiap masa perlu berunding sentiasa dengan anak. Ada ketikanya, perlu juga memberi arahan.

Cuma, prinsipnya adalah berbeza. Seni berunding, lain caranya. Prinsip mengarah, juga lain caranya. InshaALLAH, ada rezeki, saya kupaskan tentang PRINSIP MEMBERI ARAHAN kepada anak-anak pula, inshaALLAH.

Kredit Ilmu: FB Sharifah Zahidah

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

31 thoughts on “Ajar Sikap Toleransi Kepada Anak.

  1. Bagus betul teknik rundingan ni. Satu ilmu yang bagus nak amalkan dekat kana-kanak ni. Kadang2 sakit kepala nak layan kerenah. Tapi kena tahu mcm mana nak handle bukan

  2. Ya anak -anak perlu dididik cara berunding dan cara-cara berkomunikasi dengan kumpulan yang sebaya dan yang tidak sama umut dengannya. Ianya 1 skill yang perlu diasah dan membolehkan anak2 mengawal dirinya.

  3. Sangat berguna ntk sy..sbb anak ena ni xsuka berkongsi. Hak dia xboleh di usik.. mesti die said “NO”. Punyalah sayang.. bawak pergi taman ajak balik lagilah susah.biasa ena pergi awal jadi die puas main baru ajak balik.. xterpikir pulak ayat what u give u get back.hehe..dah boleh praktikkan.

  4. Yang ni AS masih failed nak bentukkan dua anak teruna tu..huhu.
    Susah nak bawak negotiate. Yang adik boleh la jugak..yg abam nye..alahai. Susah nak bawak bincang.

  5. Lepas ni ibu boleh main runding runding dengan anak anak

    Siapa menang rundingan boleh jadi wakit rakyat

    Hehe

    Anak yang kita selalu borak dengan mereka cepat matang

  6. Sal suka “dialog² matang” .. selalu berbicara something yg akan membuatkan anak dok berfikir dan adakalanya anak akan bidas dengan hujah dia..

  7. alhamdulillah memang menitik beratkan disiplin dan cara tolenransi yg baik dikalangan sekeliling dia. supaya org xkata kita tak pndai didik anak. skg susah ramai #makcikbawang hahahah

  8. Saya ada try jugak teknik berunding mostly masa nak suruh anak mandi. Ya Allah payahnye lah. Saya tanya nak mandi sekarang ke nak mandi 5 minit lagi. Dia kata tak nak shower. Tak menjawab soalan betul haih

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *