kedai-makan-sedap-di-Chukai

3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman

3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam, Kemaman

Setiap kali kawan-kawan yang berkunjung ke Terengganu bertanyakan kedai makan sedap di sana, pasti aku akan mencadangkan Kopitiam Hai Peng. Kopitiam ini terletak di bandar Chukai, Kemaman, kira-kira satu jam setengah pemanduan dari Kuala Terengganu menggunakan jalan persekutuan K.T-Dungun-Kemaman.

Hai Peng Kopitiam terkenal dengan kopi premium menggunakan biji kopi yang dibakar secara istimewa dan juga kepelbagaian roti bakar. Selain itu, terdapat pelbagai menu istimewa Terengganu yang sometime, aku pun tak tahu apa nama makanan itu. haha..

Bagi aku, ada 3 menu wajib pesan di Hai Peng Kopitiam ini:

#1 Kopi

Kalau datang Hai Peng ni, tapi sekadar minum air suam sebab nak jaga badan, rugilah weh! hehehe..apa salanya sekali-sekala pekena kopi panas istimewa ni kan. Rasa kopi dia memang special. Macam aku, biasanya akan pesan kopi susu dan untuk isteri aku, cham panas. Ada banyak lagi pilihan kopi di sini. Eh teh tarik, milo dan air suam pun ada, tapi ini kan ‘kopitiam’, bukannya ‘milotiam’..:-p

#2 Roti Bakar

Bagi mereka yang nak makan berat-berat di pagi hari, bolehlah pesan menu roti bakar Hai Peng Kopitiam. Kunjungan kali ini, aku pesan menu Bun Bakar. Roti bun yang dibakar di atas api dan disapu dengan kaya+mentega. Dicicah pula dalam kopi panas. Ada manis, ada pahit, ada lemak-lemak sikit. PErghh…

#3 Nasi Dagang

Ini wajib cuba. Bagi first timer datang Terengganu, pesanlah nasi dagang ini. RM2.80 sebungkus. Kuantiti tak banyak mana pun, memang portion untuk sarapan pagi. Kalau sedap dan nak tambah lagi, bolehlah ambil sebungkun lagi. Dibungkus dengan daun pisang. Sedap aroma bau nasi dagang ini. Kuah nasi dagang ini boleh sesuka hati diambil sebanyak mana. Nak buat nasi dagang banjir pun boleh, asalkan tidak membazir ye. Aku memang suka makan bersama cili padi tu, baru lebih syok!

Makan tiga menu sedap ni pun dah kenyang untuk sarapan pagi. Ikut hati, banyak lagi menu sedap di Hai Peng ni yang aku nak telan tetapi memandangkan ada lagi 4 jam perjalanan sebelum sampai di Besut, terpaksalah hadkan. Kang tak pasal-pasal mengantuk masa memandu.

Oh ye, aku memang selalu singgah di Hai Peng Kopitiam setiap kali balik kampung menggunakan LPT2. Aku ambil Exit Chukai menuju ke bandar Chukai. Terus ke parking besar bersebelahan Maybank Chukai. Hai Peng Kopitiam ni terletak betul-betul di seberang jalan dari parking.

Kalau tak tahu nak singgah makan di mana, bolehlah ke sini. Jangan lupa pesan cadangan 3 Menu Wajib Pesan di Hai Peng Kopitiam ini ye:-)

Burppp alhamdulillah.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

28 Comments

  1. Astaga. Time nie la terlihat nasi dagang dan roti bakar tu. Terus perut memohon diisi. Dasar perut tanpa penghujung la perut #RawlinsGLAM nie. Hahaha.

  2. Hai peng ..mmg popular..klu cuti mmg pnuhhhhh…
    Tp xpnh lg sggh wpun hari2 lalu g kerja?

  3. ehhh finally a place that i have been before too! haha
    i think i blog about it too! roti bakar yum yum!

  4. Perghh…nasi dagang mengancam sungguh, sis kalau ke Terengganu tak pekena nasi dagang memang tak sah…rasanya tak sama cam kat KL. Kalau x jumpa mmg pusing sekampung mencari..hehehe

  5. Kawan saya pun selalu post di IG tentang Hai Peng Kopitiam ni. Nasi dagang tu nampak sedap. Saya agak cerewet kalau makan nasi dagang. Kena betul2 kena pada citarasi baru saya akan tambah makan. Roti bakar tu pun nampak kelainannya. Memang popular ya? Bilalah saya akan sampai ke Terengganu.

  6. Jika kopitiam ni, kopo dan roti bakar agak sinonim. Yang menarik di Hai Peng Kopitiam ni ada Nasi dagang. Tak sangka betul.

  7. Hari tu baru pergi Hai Peng. Roti bun tu kan, kena makan panas panas baru sedap. Bila dah sejuk rasa meh sikit

  8. I really miss the food there. Sudah lama tak pergi sana and hope to be there soon.

  9. Sedapnya.. Dan-dan teringin air kopi susu tu. Nak buat la kejap

  10. Sedapnya!! Dan-dan mengidam air kopi susu. Nak buat la kejap

  11. Roti bakar dan kopi tak dapat dipisahkan di Kopitiam. Rare kalau ada nasi dagang sekali…

  12. Pagi-pagi dah tayang makanan. Terliur tau tengok nasi dagang tu. Nampak sedap. Air kopi tu pon sama jugak.

  13. Kopi dan Roti Bakar tu tak dapat dipisahkan di Kopitiam. Uniknya ada nasi dagang pulak. Rare kalau ada kat Kopitiam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam