March 28, 2024

2 Perkara Penting Dalam Pelaburan.

2 Perkara Penting Dalam Pelaburan.

Minggu lepas, aku ada terbaca posting mengenai “Instruen pelaburan manakah yang memberi pulangan lumayan?” Aku hanya sekadar membaca komen-komen daripada mereka yang sedang terlibat dalam pelaburan. Ada yang kata hartanah, ada yang cakap melabur dalam saham amanah, ada yang kata labur sahaja dalam ASB, ada yang bagitau dia untung 20% dalam masa tak sampai setahun dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. Pada aku, semua komen itu ada asasnya.

Cuma, ada 2 perkara penting dalam pelaburan yang menjadi amalan aku:

#1 Disiplin

Aku perhatikan, ramai yang gagal dalam pelaburan sebab tiada disiplin. Disiplin untuk setiap instrumen pelaburan pula berbeza. Tidak sama. Disiplin dalam pelaburan hartanah pasti tidak sama dengan pelaburan dalam amanah saham mahu pun ASB.

Aku ambil contoh pelaburan di amanah saham VS pasaran saham.

Sebelum memulakan pelaburan di amanah saham, aku pasti setiap ejen sudah menerangkan risiko dan tempoh masa yang diperlukan unuk mencapai matlamat(untung) dalam pelaburan. Katakan dana yang dipilih mempunyai risiko tahap sederhana dan memerlukan masa lebih kurang 3-5 tahun untuk membuahkan hasil. Jadi dalam tempoh itu, mungkin performance dana tu ada turun & naiknya. Dan dalam tempoh itu juga, janganlah terlalu gelabah. Harga pasaran baru turun 3% dah kelam kabut telefon ejen untuk jual semua unit pegangan walaupun dalam keadaan rugi.

Kena rileks. Jaga emosi. Jaga disiplin tempoh masa. Ambil tahu perkembangan ekonomi semasa. Tahu sebab kenapa pasaran merudum. Berapa lama pasaran berpotensi untuk kembali ‘pick up’. Kalau terpaksa, ada tak cara untuk kurangkan risiko rugi.

Eh banyak benda lak nak kena tahu kan. Ya, dalam melabur, kena ada ilmu. Untungnya melabur dalam saham amanah, kau ada ‘ejen’ a.k.a Unit Trust Consultant. Jangan segan-silu berbincang atau dapatkan info terkini daripada beliau. Kalau yang masih belum ada, boleh hubungi aku!

Berbeza pula ‘DISIPLIN’ dengan pelaburan di pasaran saham di Bursa Malaysia. Lebih laju. Mungkin dalam 10 minit kau dah boleh untung, atau perlukan 10 tahun untuk buat untung! Dan mungkin juga dlaam 10 minit, kau hilang semua modal! Ya, risiko lebih tinggi, sebab itu melabur di pasaran saham berpotensi memberi pulangan yang lebih tinggi.

Disiplin melabur di pasaran saham memang sangat-sangat dituntut. Rasa berharap (HOPE), rasa takut(FEAR) dan rasa tamak(GREED) berupaya memusnahkan tahap disiplin.

Contoh 1, saham pegangan kau sedang menjunam jatuh dan ‘hit’ paras Cut Loss, tapi kau masih berharap untuk saham itu kembali naik (HOPE). Contoh 2, saham pegangan kau sedang membuat untuk dan ‘hit’ 20% paras keuntungan kau, tapi kau masih berharap supaya ianya terus naik (GREED). Dua contoh ini antara kegagalan menjaga disiplin dalam pelaburan saham yang berisiko memberi kerugian kepada portfolio pelabur.

Tips aku dalam pelaburan saham, sebelum membuat sebarang pembelian, nilai dahulu Risk & Reward. Kalau aku target, satu kaunter mampu memberi pulangan 15%~20% dalam masa sebulan, once dah hit target aku, aku akan jual. Jangan tamak.

18% dalam masa 2minggu. Ikut Trading Plan…

Begitu juga apabila dalam keadaan rugi. Once dah hit ‘Cut Loss’ , tak perlu untuk terus menunggu dan berharap. Rugi RM10 lebih baik daripada rugi RM100 kan?

Aku pasti disiplin dalam pelaburan hartanah dan lain-lain juga berbeza. Yang penting, jangan mengelat dan jaga disiplin walaupun ianya sangat sukar. Sabar & jaga emosi.

warren buffet quote

#2 Jangan Lupa Perkara #1.

Ikut Perkara #1. Itu sahaja.

 

hehehe..

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

35 thoughts on “2 Perkara Penting Dalam Pelaburan.

  1. Bab duit ni memang kena ada disiplin kukuh. Kalau setakat nak main pelaburan just ‘main-main’ baik toksah

  2. Yes I agree that we need to discipline ourselves when it comes to these kind of things – after all, we have to begin from somewhere.

  3. Malangnya ilmu tentang pelaburan dan pengurusan wang yang betul ni tak di ajar dengan betul di sekolah

    Main mainan pun pakai lontar dadu. Macam berjudi.

    Sedangkan permainan anak orang yahudi dah libatkan cashflow dari kecil

    Beza betul kita dengan mereka

  4. Ilmu menguruskan duit dan melabur memang penting, baru baca pasal ramai muflis sebab salah langkah diusia muda

    Menang kilauan emas pun boleh muflis

    Kita semua wajib cari ilmu untuk berjaya dunia akhirat

  5. displin atitude semua perlu dititkberatkan , bagus buat pelaburan atm pulangan akan datang pasti akan kaw kaw tapi melihat dari segi ekonomi barangan mahal nak buat pelaburan pun 2-3 -4 kali dok pikir ;(

  6. haha yes, i think nowadays people are chasing profit but forgotten about risk management. they forgot the teaching from WB where we dont put all egg in one basket, need to split into different geographical area, different asset class etc.

  7. setuju sgt dlm apa-apa hal sekali pun disiplin tu mmg penting…

    klu asyik acun tak acuh dan sambil lewa jer mmg x ke mana la jwb nya..

  8. Disiplin dekat mana2 pun penting. Tp kalau bab pelaburan memang kena ada ilmu yg mencukupi sebelum kita invest dalam sesuatu investment. Risiko, ROI, period, terms semua kena tahu. Dan ramai yang gagal nak faham bab tu semua. Sama lah dgn ana ni.

  9. Saya sebenarnya letak je duit. Lepas tu tinggal dan tak peduli apa jadi. Sebab tak faham lah semua tu. Saya fikir just nak invest tu, letak duit dan orang lain settle kan. Kite tinggal tunggu hasilnye je. So far saya just ada investment sendiri dengan ASB je

  10. pelaburan bagus untuk masa depan.Kita tatau macam mana kemudian hari.Dengan melabur,bolehlah dapat cover masa kedepan bersama anak2 dan famili kelak. Tq tau sharing mengenai tipa berguna.

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *