March 29, 2024

Projek Runtuh dan Bina Semula Rumah Nekmi

Projek Runtuh dan Bina Semula Rumah Nekmi

Assalamualaikum wbt & Salam pagi Selasa.

Uiks dah 4 hari aku tak update blog ini. Azam tahun baru 2017 untuk update blog personal hari-hari memang tak kesampaian la..insyaAllah, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru, boleh guna balik azam untuk update blog hari-hari untuk tahun 2018. hehehe..

Alhamdulillah, antara perkara yan best dalam hidup aku tahun ini ialah berjaya melaksanakan pengubahsuaian rumah Ummi di kampung atau aku namakan ia sebagai Projek Runtuh dan Bina Semula sebahagiaan daripada rumah yang didiami oleh Ummi aku di kampung. Ini adalah bahagian terakhir yang masih menggunakan papan sebelum menjadi 100% rumah batu.

Projek Runtuh dan Bina Semula rumah ibu
Bahagian Ruang Bilik Tidur & Solat

Tak banyak perubahan. Masih menggunakan plan asal tetapi dibesarkan lagi ruang bilik Ummi dan ditambah sebuah lagi bilik air di bilik utama Umi & adik bongsu aku. Semua plan mengikut idea asal Umi aku. InsyaAllah apabila siap sepenuhnya, rumah Ummi akan menjadi 5 bilik tidur dengan 3 bilik air. Semoga kami adik-beradik sentiasa istiqamah untuk pulang ke kampung setiap masa.

Alhamdulillah, minggu lepas sempena Cuti Panjang Hari Keputeraan Sultan Selangor, aku diberi kesempatan untuk pulang ke kampung dan meninjau sendiri perkembangan Projek Runtuh dan Bina Semula ini.

Sempat juga berborak dengan kontraktor beberapa perkara. Antaranya, isu pelanggan tertipu ditawarkan rumah pada harga yang terlalu murah. Sempat gak aku belajar tentang pengiraan logik untuk membina sebuah rumah, termasuklah kos material dan juga upah pekerja. Paling best, nikmat menghulur duit tunai kepada kontraktor untuk bayaran mengikut % progress, memang tak ternilai!!

Semoga kita semua lebih bijak untuk membeli rumah, tanyalah kepada yang pakar sebelum teruja membeli rumah pada harga murah yang tak masuk akal!

Isu Kualiti Kontraktor dan Material

Pada awalnya, was-was juga dengan kontraktor yang dipilih. Maklumlah, pemikiran kita selalu disogokkan dengan isu kualiti kontraktor Melayu yang teruk berbanding dengan kaum lain. Apabila tak puas hati sikit, mulalah update status Facebook, ” Inilah Melayu….” sikit-sikit petik nama bangsa Melayu dan dibandingkan pula dengan bangsa lain. Maaf. Aku cukup tak bersetuju dengan cara ini. Bukannya boleh memperbetulkan keadaan, tetapi membusukkan lagi nama bangsa sendiri.

Pergilah berjumpa dan berbincanglah elok-elok. Tak semua tak bagus.

Alhamdulillah, setakat hari ini, semua pekerja yang terlibat dengan projek ini adalah 100% Melayu tempatan. Jam 8 pagi dah mula bekerja. Tetap bekerja walaupun hujan. Milestone progress mengikut jadual asal. Harapnya kualiti yang aku harapkan ini berterusan sehingga selesai pengubahsuaian ini.

InsyaAllah aku akan balik kampung lagi pada hujung bulan ini untuk melihat sendiri progress seterusnya. Sekarang ini, masa untuk aku survey harga penyaman udara 2HP dan juga water heater untuk bilik air Nekmi! Harga jumpa yang best & berbaloi dengan harga.

Lazada ada jual yang best-best tak? :-p

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

38 thoughts on “Projek Runtuh dan Bina Semula Rumah Nekmi

  1. Memang kenkadang ada masalah juga dengan melayu nie… tp bukan semua la…

    ada je ramai yang tip top… cuma itu la, indon lagi pandai cari job dan pantas buat kerja…

  2. Part kontraktor tu kita kena pandai pilihkan, kena banyak tanya dengan orang. Kira tanya testimoni orang macamana. Cuma masa onie bekerja dengan kontraktor dulu, macam-macam masalah jugak, ada yang bawak lari duit la, kerja separuh jalan tapi duit lesap. Moga rumah nekmi cepat siap, tak sabar nak tengok perubahan dia,heeee

  3. Bila baca entri ni..teringat Umh arwah nenek Kat kampung. Alangkah bagusnya kalau sy dapat buat perkara yg sama. Tapi rumah turn masih diduduki oleh moksu..Insyaallah mungkin 1 hr nanti

  4. Ruby pun sibuk mencari orang untuk runtuh dan bina semula rumah di kampung. Cuma tulah kos dia, phewww berpeluh menabung. Lepas tu banyak pula idea dari pelbagai pihak. Pening juga nak puaskan hati semua pihak.

  5. wow, i pun nak renovate rumah mak I, ingat nak extend lagi kasi luas tapi bila fikir balik anak-anak emak semuanya dah tinggal jauh macam no point tambah rumah tapi bila balik kampung I kena tidur dekat ruang tamu… tak sabar nak tengok prosessss nya

  6. Wow bagus lah Jamar ni baiki rumah kita rumah mak kat kg pun ada plan nak runtuh sikit2 and buat tambah cantik sikit2 hehehehe tapi biasa lah susah nak kumpul duit adik beradik masing-masing banyak commitment.

  7. Tahniah di atas projem membesarkan rumah keluarga di kampung..
    Tentang air cond sebelum beli kena pastikan air cond yang dibeli bersesuaian dgn pendawaian di rumah… sistem pendawaian di rumah guna sistem satu fasa atau 3 fasa.. setahu saya kalau nak guna aircond 2HP dan ke atas sebaiknya kena gunakan sistem pendawaian 3 fasa.. sebab fius yang digunakan lebih besar..

  8. So far tak penah lagi jumap kontactor melayu yg jujur dan bagus..semua dpt yg x baik huhu yg cina je bagus time saya dulu..sekarg x tau la..dah dpt hidayah agaknya

    1. ramai je. mungkin Nurul kena banyak berdoa minta petunjuk daripadaNya sebelum pilih kontraktor yang terbaik. Saya sebelum2 ni pun guna Melayu, so far tak pernah lagi terkena seperti yang dok update tak puas hati di SocMed 🙂

  9. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar nampaknya tu. Lepas ni boleh lah blk selalu sebab masing2 dah ada bilik kan. Selalu jd isu kalau blk kg tido hotel sebab xcukup bilik.masing2 dah ada anak menantu cucu kan. Aurat semua kena jaga. Ana tumpang happy baca entri ni.

    1. Alhamdulillah. sebelum ini pun selalu je balik, kdg2 umi datang sini. Bilik sentiasa cukup sebab jarang balik serentak semua adik-beradik hehe..

  10. Memang betul tuan

    Ada saja kontraktor rumah melayu yang bagus

    Nak tahu senang saja

    Cuba cek jadual dia penuh tak

    Kalau dah berderet dan kena que tu sah bagus sebab orang sanggup tunggu atas saranan kawan kawan

  11. Seronok Nekmi hehe, betul sebelum nak beli rumah seelokknya bertanyalah pada yang pakar dulu..pssss nanti dah balik share la keadaan rumah yang dah siap renovate tu.. nak tengoo jugak hasilnya 🙂

  12. Wah bagusnya, perbesarkan rumah yang didiami ummi. Semoga murah rezeki JMR. Betul kata JMR tu tak semua kontraktor Melayu tu teruk ada je yang ok ape. Apa-apa pun sebelum nak lantik kontraktor buat research dulu supaya tak terkena di kemudian hari

  13. Seronok la ummi bila anak-anak dan cucu balik berkumpul..dh ada bilik untuk masing2 tp kan SA suka balik kampung dan tido berlambak depan tv..masing2 berebut cari port masing2..

Leave a Reply to Ibu Zaid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *