March 19, 2024

Letak Dahulu Smartphone, Berboraklah Dengan Anak !

Letak Dahulu Smartphone, Berboraklah Dengan Anak !

Aku pernah terbaca keluhan daripada rakan-rakan yang ‘letih’ dengan telatah anak kecil mereka yang aktif, selalu mengamuk dan selalu buat perangai. Aku faham keluhan mereka kerana kami juga mempunyai dua anak lelaki yang aktif. Kami juga pernah menghadapi isu yang sama.

Anak Selalu Mengamuk.

Orang tua selalu cakap, anak kecil buat perangai atau mengamuk sebab mereka minta perhatian. Ada betulnya. Cuba perhatikan ‘lifestyle’ seharian kita. Adakah apabilan bersama anak juga kita asyik mengadap atau ‘main’ telefon?

Jika “YA” jawapan korang, cuba ubah. Berborak dan berkongsi cerita setiap kali ‘spend’ masa bersama anak-anak. Kajian Child Development telah menjumpai satu konklusi, teknologi ‘smartphone’ menjadi punca utama sebab anak-anak kecil buat perangai atau selalu mengamuk!

Interaksi yang terganggu antara anak-ibu bapa akan menyebabkan pelbagai isu negatif.

Antara reaksi negatif akibat interaksi yang terganggu adalah anak akan lebih sensitif, selalu mengamuk, terlalu hyperaktif, buat perangai dan sering mengeluh.

Apakah jalan penyelesaian terhadap masalah ini?

Simple.

Masa bersama anak, fokus pada mereka bukannya pada gajet atau peralatan teknologi.

Tak salah pun untuk ‘mute’ seketika daripada group Whatsapp atau Media sosial. Layan anak-anak, bermain bersama mereka, berborak santai dan pinjamkan telinga untuk mereka meluahkan apa yang bermain di benak fikiran.

Ini bukan sekadar bacaan daripada kajian orang lain, tetapi pengalaman aku & isteri.

Berboraklah Dengan Anak

Sejak setahun yang lalu, aku hadkan penggunaan gajet pada anak pertama aku. Sebab aku perasan, hampir setiap hari dia minta ‘nak main fon’. Bila tak bagi, dia mula buat perangai. Pada awalnya, kami hanya bagi gajet (smartphone&iPad) sekadar untuk bagi dia dok diam semasa makan di restoran atau pun semasa kami sedang melakukan kerja lain.

Rasanya cara aku itu bukanlah satu cara yang terbaik. On the spot, aku hadkan penggunaan sebarang gajet. Semasa di restoran, kami lebih banyak berinteraksi. Biasanya, aku keluarkan sebatang pen & sekeping kertas, minta dia lukis apa

Natijahnya, selepas aku hadkan penggunaan gajet untuk “kami”, memang ketara perubahan anak aku. Lebih senang dikawal. Takde la mengamuk tak tentu pasal bila tak dapat layan Youtube. Bila dia nak sangat feveret kartun di Youtube, dia akan minta elok-elok. Dan biasanya aku akan benarkan dengan beberapa syarat; Masa yang Terhad dan dia perlu selesaikan soalan matematik dengan betul. hehe..

Sebenarnya, isu ini bukannya tiada jalan penyelesaian. Ibubapa & anak, perlu memainkan peranan. Tetapi bagi aku, ibu bapa perlu memulankan terlebih dahulu.

Bagaimana?

Hentikn sebarang penggunaan gajet dan fokus pada anak-anak.

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

33 thoughts on “Letak Dahulu Smartphone, Berboraklah Dengan Anak !

  1. Bila anak datang dekat, masa saya buat kerja depan komputer, saya tinggalkan kerja sekejap, ajak mereka main sama-sama 🙂

  2. Huu.. TB memang bab gajet2 ni tak nak ajar anak sangat.. walaupun ada kawan2 dan saudara yang tak ambil kisah bab tu, sampai siap belikan satu henfon untuk anak diorang.. lepas tu tak pandai jaga pulak tu, suka tinggal merata-rata, dan pulak.. bila hilang.. mengamok tak tentu pasal.. hemm.. harap jangan la anak TB macam tu.. Tb usaha nak elakkan dia dari gajet.. kalau boleh kan..

  3. yup.

    aku pun dah nyorok handset bila nampak kecenderongan macam nak jadi ketagih anak aku tu.

    kalau bagi pun, bila hp tinggal 5-10% je baterinya.

    kalau ada 90%, masak nak tunggu 2-3 jam hp tu habis bateri.

    so..hati-hati.

    memang bahaya hp nih.

  4. Memang betul..tp kadang2 parents kita sendiri yg marah kita balik..bg la tgk youtube..lps tu diorg yg offer hp kat anak kita..bila ckp susah aisshhhh

  5. Mama setuju semua tu

    sebab bagi anak main handphone ni ajar anak anak instant reward

    Membebaskan hormon dopamine dalam otak

    Mereka akan ketagih

    Dan akan buat perangai kalau tak di beri

    Kita mesti luangkan masa dengan anak anak supaya kemahiran berkomunikasi mereka bertamabah

  6. Thanks atas peringatan. Zaman sekarang ni orang lebih pentingkan gadjet dari anak sendiri. Nak anak diam, bagi jer gadjet. Memang sangat tak bagus.Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang macam ni.

  7. sedih betul zaman sekarang ni..Hanya gadget je pon.. anak anak terabai.. balik rumah, lantak kau lah anak. Bonding time itu penting bersama anak anak

  8. apalah sangat kan.. berborak je pon.. bonding time dengan anak anak ni lagi penting. sambil sambil tu dapatlah jugak pahala ..rzeki pun masiuk

  9. Itulah.. Sedih juga lihat zaman sekarang. Dari bapa hingga ke anak, gajet tak berpisah dari tangan. Apapun… Memang benar, komunikasi antara muka memang sangat penting supaya nilai kemanusiaan dan kekeluargaan itu lebih terjamin.

  10. sebenarnya kadang2 kita tak perasan tabiat ni akan memakan diri. Selain daripada anak akan berkecil hati , cara kita juga akan diikuti satu hari nanti. maan tahu dah tua esok kita nak bercakap ngan ank , depa pula sibuk menelepon

  11. ada satu famili aku tgk, anak dia kecik dua orang.mak bapak tgh sibuk layan fon..ank diam je tengok depa bedua..rasa macam kesian plak tgk anak anak tu macam tak dipedulikan je

  12. Pernah je tgk family ni bagi handphone kat anak masa makan. Anak tu pasang kuat2 video kat youtube tu boleh family tu buat tak tau? Mengganggu orang lain kat kedai makan tu….siapa yg perlu dipersalahkan?. Dah tentu ibu ayah yg kena tegur kan?

  13. Memang bagus hentikan penggunaan gajet pada anak-anak ni, Saya sendiri tengok anak sedara suami memang asyik sungguh dengan handphone, siap mak ayah belikan khas untuk dia. Lastnya dia bukan nak berkawan sangat dengan orang, lebih kepada dunia sendiri. Then tantrum kuat kalau kita tak bagi dia nak main gajet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *