family gathering di Melaka

Family Gathering di Holiday Pool Villa A’Famosa Melaka

Holiday Pool Villa A’Famosa Melaka

Family Gathering atau juga dikenali sebagai Family Day menjadi aktiviti pilihan setiap kali cuti panjang atau cuti sekolah. Biasanya akan ada seorang dua ahli keluarga yang rajin dan bersemangat merancang  aktiviti bagi memastikan hari keluarga ini berjalan dengan jayanya. Kalau takde mereka ini, Family Day ini hanya tinggal perancangan di mulut atau di group Whatsapp keluarga. hehehe..

Alhamdulillah, hujung minggu lepas aku berpeluang menyertai Family Gathering keluarga sebelah isteri aku. Gathering ini dah menjadi rutin makcik-makcik dan pakcik-pakcik sebelah isteri aku sejak mereka muda lagi. Family Day kali diadakan di sebuah banglo mewah di A’Famosa Resort Melaka, siap ada ‘private swimming pool’ untuk setiap unit. Segala reservation telah diruskan oleh makcik isteri aku dengan pihak Holiday Pool VillaHoliday Pool Villa A'Farmosa Melaka

Lokasi Holiday Pool Villa.

Holiday Pool Villa ini terletak di Simpang Ampat, berdekatan dengan Free A’Famosa Outlet Mall. Pool Villa ini berkonsepkan ‘homestay’ untuk penginapan sementara. Unit banglo satu tingkat ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz sederhana. Parkir kereta khas juga disediakan untuk setiap unit. Alat penghawa dingin, TV Flat Skrin, dapur memasak, peti sejuk dsb turut disediakan.

Aktiviti Family Day di Holiday Pool Villa.

Makan!

Semestinya aktiviti utama setiap kali Family Day adalah berBBQ. Sebenarnya, bukan sebab nak makan sangat kan. Yang besti berbBQ ini adalah semasa nak menyalakan bara api dan juga semasa membakar. Panas ke, asap ke, hangit ke tak, dah tak peduli, janji makan siap dibakar dan sedia untuk dimakan.

Menariknya family day kali ini adalah kami mandi di kolam renang tanpa bercampur dengan penghuni lain. Ya la kan, kalau stay di hotel, kolam mandi tu konfem-konfem dipenuhi dengan pelanggan hotel setiap masa. Kali ini, kami sewa dua banglo dengan 2 buah kolam renang sebelah-mennyebelah. Paling seronok, semestinya Dayyan & Danish!! haha.. ye la, dua orang ni adalah cucu sulung merangkap cicit sulung kepada datuk&nenek isteri aku.

Otai-otai masih berbisa. Tetapi pengalaman berpuluh tahun bukan jaminan untuk hidupkan bara api dalam masa yang singkat. Ambil masa jugalah! haha

Dari siang sampai ke malam membakar. Bakar kipas, kipas bakar hingglah masak ke semua bahan-bahan mentah yang telah diperap sehari semalam.

Oh ye, peralatan untuk BBQ juga turut disediakan. Cas RM15 untuk setiap 3 kg charcoal termasuk starter turut disediakan. Boleh beli di sini kalau malas nak bawa dari rumah masing-masing hehe..

Ada kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar, udang, sotong, siakap bakar dan juga jagung bakar! Nasi lemak special Melaka pun ada. Merecik hawau!!! Ingat boleh habis ke semua dalam satu malam? Memang taklah!…sambung makan keesokan paginya..hahaha

Ada yang tanya berapa harga pakej penginapan di Holiday Pool Villa A’Farmosa ?

Harga penginapan ada disediakan di laman web HolidayPoolVilla.Com. Harga berbeza mengikut 4 musim sibuk (Low/Shoulder/Peak/SuperPeak) dan juga jenis unit banglo yang disediakan.

Harga Pakej Holiday Pool Villa A’Farmosa Melaka:

harga pakej holiday villa pool

mandi kolam bersama anak
Santai bersama Danish di tepi kolam.

Danish paling lama berendam di dalam kolam pada keesokan paginya. Sempoi & Stedi. Abang Dayyan pula awal-awal dah menggigil kesejukan. Dah kecut tangan. Aku rasa faktor yang menyebabkan Danish bertahan lama di dalam air adalah baju renang khas untuk anak kecil yang dipakai Danish. Terima kasih kepada Cheekaboo yang berjaya mereka sut renang kanak-kanak yang berupaya mengurangkan kesejukan melampau kepada anak-anak kecil semasa di dalam air.

Ukhwah & Silaturrahim

Tidak dapat dinafikan, aktiviti Family Gathering dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara ahli keluarga. Ye la kan, kami ni dah la jarang-jarang dapat berjumpa. Setahun sekali pun belum entu. Last jumpa sepupu masih kecil lagi, bila dah jumpa kali ini, eh eh dah besar ko ye. Tup tup dah anak dua..

Semoga ikatan silaturrahim ini terus berpanjangan dan dirahmati olehNya.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

50 Comments

  1. Alaaa lamanya rasa tak buat family gathering macam ni. Nampak meriah dan yang paling best, inilah bonding time untuk sekeluarga!

    1. Author

      untuk dewasa ok la..utk kanak-kanak, hapus kepala gak la. hehe

    1. Author

      memang seronok. tempat pilihan untuk keluarga besar ni..eh yang keluarga kecil pun boleh je nak ke sini kan hehe

  2. best jugak kalai dapat buat reunion or family gathering sambil bbq ngan keluaga !!! terbaik

  3. bestnya dapat buat family ghatering mcm ni.. mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga kan..

  4. Sis dah pernah duduk di villa a famosa ni, hari keluarga jugak. Memang seronok bila dpt berkumpul dgn keluarga sekali sekala mcm ni..sure meriah. Tahun ni je tak buat hari keluarga coz mak sakit

  5. Meriah..part BBQ tu mmg best & wajib kalau buat family day ni..Part kolam renang ni, budak2 paling suka..Bukan takat budak2..Mak pak pun sama..haha

  6. Wah menarik juga homestay nie ya.. ada private swiming pool lagi. Seronok kan dapat berkumpul macam nie..

  7. Sejak mak sakit dh lama x buat aktiviti family bonding macam ni…ntah bila la nak buat lg

  8. ana pernah ke villa rossa a famosa ni last year. memang sesuai utk family gathering. yg best ada private poll so boleh berendam selama mana nak. tak campur dgn org luar. malam wajib buat bbq. memang seronok. harga pun berbaloi

  9. Bestnya dapat berkumpul satu family tambah budak tengah cuti sekolah.

  10. boleh plan bawa family besar kami ke sini ni. Nmpk selesa

  11. Seriously nampak cantik sangat villa.ni. rasa macam nak pergi juga tempat nj

  12. Wah… Bestnya. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Meriah suasana. Anak-anak lah seronok sebab dapat mandi kolam ☺

  13. Seronok ni kalau bawak family besar kat sini..boleh gathering…rileks…budak-budak pun suka sebab ada pool

  14. The villa really big and can stay for 1 family. Price is reasonable and got private pool too.

  15. Best dapat cuti-cuti macam ni. A famosa ni nak kena booking awal jugak kan . Seronok ada kolam sendiri.

  16. Bestnya…
    Ni dekat tmpt i study dulu.
    Kwan2 byk duk kt apartment dlm famosa tu…
    So selalu la lepak rumah diorg utk siapkan assignmnt n project
    Rindu kt tmpt ni

  17. Bestnya percutian family macam ni ada rumah yang ada poll macam ni heheheh kita nak jalan-jalan Melaka dah lama tak datang.

  18. bestnya ada family gathering. harga tempat penginapan pun berpatutan dan nampak semua selesa je

  19. Seronoklah semua dapat luangkan masa buat aktiviti sama-sama. Senang dah siap kongsi harga, boleh rujuk terus. Comelnya la si Danish main air. Hehe.

    1. Author

      sangat best. masa ni nak borak-borak lebih sket kan

  20. Seronoknya berfamily gathering..boleh la ajak family dtg gathering sini tp kena amik yg rosa 5 bilik tu baru ngam..hihi

  21. Eh. Menarik gak ni kalau nak buat reunion atau family gathering kan. Thanks share info nie – boleh la nak menginap time family dtg dari sarawak kelak

  22. tempat best untuk berfamily day..harga kalau kongsi ramai-ramai rasa murah la ni erk..

    1. Author

      yup..dalam satu banglo, ada 4 bilik. boleh muat 4 family. harga boleh bahagi 4 kan..berbaloi

  23. harga pun mampu ilik! kalau bawa keluarga besaar Ika di sini pasti menarik. Maklumlah cuti sekolah

  24. Seronoknya bercuti bersama2 keluarga… anda keluarga yang hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam