Home burp@ “Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji Danish

“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji Danish

by JMR
36 comments

Nan Cheese Extra Terbaik di RSMY Jalan Medan Tuank Kuala Lumpur.

Nan Cheese Terbaik RSMY pernah menjadi viral 3,4 tahun sebelum ini. Pengalaman aku makan Nan Cheese di RSMY Jalan Medan Tuanku memang memuaskan hati pada trip kali pertama, 3 tahun yang lepas. Semalam, sekali lagi aku ke sana. Kali ini, pengalaman pertama Danish merasa nan cheese extra RSMY yang menjadi kegemaran ramai penduduk Malaysia.

menu makan terkini RSMY KL

Menu dan Harga di RSMY

Kami sampai agak lewat, sekitar jam 9.15 malam. Nasib kami baik, dapat parkir betul-betul di depan kedai. Aku kira ini waktu kemuncak makan malam, meja hampir penuh. Mujur ada satu meja di bahagian dalam. Tanpa lengahkan masa, minta menu. Sebenarnya dalam kepala dah set nak makan nan cheese extra bersama keema. Ini kombinasi terbaik pada aku. Nafsu makan aku sedikit goyah apabila melihat menu nasi beriyani kambing tempatan. Alhamdulillah, aku berjaya kawal nafsu yang menggoda.

nan cheese terbaik rsmy

Nan Cheese Extra untuk aku. Nan Cheese untuk isteri dan Nan Butter untuk Dayyan&Danish. Keema tu memang wajib order. Kalau tak, makanlah roti nan tu kosong gitu je..haha..menu nan kat sini tak sama macam di mana-mana kedai mamak/mapley..kat sini takde kuah dal/kari atau pun sambal. Bagi yang tak kisah, makan nan cheese macam tu sahaja pun dah ok kot. Ada rasa lemak lemak masin cheese mozarella tu kan..heheh.. kalau tanya aku, memang aku rekemen untuk order Keema. Tak pun Lamb Shank, fuhh terbaik!

“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji Danish.

Anak-anak aku memang ‘hantu cheese’. Tak kira mozarella ke, parmesan ke boleh makan begitu sahaja. Apatah lagi nan cheese extra ni. Nak nak Danish yang memang dalam fasa kuat makan sekarang ni. Setengah daripada nan cheese extra aku, dia habiskan. Bersemangat!

Sedia maklum, cheese ni cepat mengenyangkan. Boleh bayangkan budak umur 2 tahun, telan cheese setengah keping roti nan. Habis je makan, masuk dalam kereta, tak sampai 2 kilometer aku drive, Danish sudah pun tertidur.. Tak pasti tertidur cepat sebab penat main di DEMC Chidren’s Day Celebration pada siang hari atau pun tertidur sebab kenyang giler..

NAN CHEESE SEDAP

 

Alamat RSMY Jalan Medan Tuanku:

11 & 13, Jalan Medan Tuanku
Kuala Lumpur, Malaysia

36 comments

Fadzi Razak December 6, 2017 - 3:37 pm

Selalu jugak dengar orang kata roti canai dekat sini sedap gila. Tapi tu la tak pernah ade kesempatan nak try

Reply
Erra Kyra December 4, 2017 - 12:19 pm

TQ so much for your information and sharing. jdi lapar haha btw, Love ur blog! keep blogging<3

Reply
Bro Framestone December 2, 2017 - 7:08 pm

Perghhhh dia punya cheese…. Lama tak perkena roti nan…. hahahha
Bro Framestone recently posted…Monkey King: The Golden Hooped Rod di Resorts World GentingMy Profile

Reply
henrytan December 2, 2017 - 11:37 am

wow lain kali i nak pi try cheese nan dia jugak!

Reply
Ika Sani December 2, 2017 - 10:58 am

Ika suka cheese naan garlic. Nanti ika nk try datang sini

Reply
Ana suhana December 2, 2017 - 9:59 am

Ana last makan rmsy ni pun kira 3 4 thn lps masa tgh viral. Memang terbaik. Cheese dia punya lah leleh masa tu. Tarik panjang2 lepas tu selfie. Hehe. Lepas tu nk repeat selalu penuh. Baik dkt kl atau pv128. Teringin sgt2 dah ni.

Reply
Mahamahu November 30, 2017 - 11:42 pm

Kita selalu dengar dan tengok orang makan kat sini hari tu ada lalu jer tapi tak ingat nak singgah hehehehe tengok kali ni Danish makan jadi rasa nak cuba juga hehehehe

Reply
SalinaJohari November 30, 2017 - 2:03 pm

Wallawehhh..terliur dah nengok cheese tu..harus ajak MrHubby ke sana.. lama tak merewang makan kat area Jalan Medan Tuanku ..
SalinaJohari recently posted…Barut Gantung Baby … Masih Relevan Untuk Dipakai ??My Profile

Reply
SalinaJohari November 30, 2017 - 2:01 pm

Walaweehhhh…terliur dah ni..harus mintak Mr Hubby bawak ke sana…geram tengok cheese tu haaaa….huhuhu

Reply
Cikcappuccinolatte November 29, 2017 - 10:59 am

Pernah makan di sini , itu pun kawan yang tolong rekeman kan . Bila roti nan cheese ni dihidangkan di depan mata nampak macam biasa-biasa ja,saiz x trlalu besar tapi cuku la utk mengenyangkan perut . Bila makan mak oiii sedapp !! Tekstur yg lebut gitu

Reply
JMR November 29, 2017 - 5:52 pm

hehe samalah kita masa first time makan..ingatkan tak cukup..tapi mmg kenyang sebab cheese tu kan..
JMR recently posted…Pengalaman Dayyan Ke DEMC Children’s Day Celebration 2017. Meriah! Havoc!My Profile

Reply
Lia Hasty November 29, 2017 - 4:27 am

Samalah kita peminat cheese jugak. Tak kisah apa jenis cheese. Sedap cheese naan tu. Terliur tengok.

Reply
JMR November 29, 2017 - 5:54 pm

oh peminat cheese gak ke. memang patut cuba nan cheese terbaik in town ni..
JMR recently posted…6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.My Profile

Reply
Jia Shin November 29, 2017 - 1:10 am

So delicious anything with cheese is a must try for me!!!

Reply
ummizarra November 28, 2017 - 11:59 pm

Dah lama tak makan kat sni. Dulu selalu dtg. mmg terbaik nan cheese dia. Hahahha hancur diet kalau kerap mkn sni. lapooo pulak haih
ummizarra recently posted…Pelancaran Buku The Three Village Boys Oleh Dr Liza MydinMy Profile

Reply
umizarra November 28, 2017 - 11:58 pm

Serius dah lama tak makan sini. Mase foodhunter kerap ke sni. haishhh mengidam nan cheese kat sni lah. Sini mmg terbaik nan cheese dia.

Reply
penaberkala November 28, 2017 - 11:55 pm

Kemain happy Danish dapat makan nan cheese. Yeay, kita boleh gang. Suka gile cheese

Memang nan cheese kat sini the best in town. Takde lagi tempat lain yang boleh lawan nan cheese RSMY. Selalu order alu anda. Best!

Reply
Explorasa November 28, 2017 - 11:35 pm

Taule dio classmate ambo. Tapi x pernah makan lagi nan cheese. Pernah singgah hari tu tapi x makan nan

Reply
Azirahman November 28, 2017 - 8:10 pm

Sedapnya cheese nan. Saya suka. Tapi tak boleh makan selalu.

Reply
JMR November 28, 2017 - 9:48 pm

memang tak blh makan selalu cheese ni..tak elok utk kesihatan lak kan
JMR recently posted…Idea Kumpul RM 41,748.51 untuk Anak Sambung BelajarMy Profile

Reply
Bella Jamal November 28, 2017 - 7:20 pm

kena cari kedai yang betul-betul sedap kalau makan nan cheese ni. Sesetengah kedai buat tak sedap.

Reply
JMR November 28, 2017 - 9:49 pm

RSMY ni mmg pakar buat nan cheese ni..
JMR recently posted…6 Perkara Penting Dalam Mendidik Anak Lelaki.My Profile

Reply
Hazmin Hamudin November 28, 2017 - 2:17 pm

Yang extra cheese ni muak gila. haha. hari tu tersalah order yang extra, tak mampu nak habiskan.

Reply
JMR November 28, 2017 - 9:50 pm

hehe.. yang tak biasa mmg muak kot..tapi sebiji tu mmg cheese dia meleleh gila..aku pun kongsi dgn anak haha
JMR recently posted…Food Truck 3K Complex, SS 13 Subang JayaMy Profile

Reply
Puan deeba November 28, 2017 - 10:45 am

Terliur tengok cheese dia tu.. haihhhh.. macam dah terasa kat tekak ni tengah makan naan cheese.. walaupun tengah makan kerepek.. bayangkan kerepek jadi naan cheeae.. hehe..

Reply
JMR November 28, 2017 - 10:01 pm

dah rasa kerepek cheese ke macam mana yang dalam tekak tu??
JMR recently posted…Roti Mulawah dan Saltah. Kombinasi Menu Terbaik di Al-Rawsha Shah Alam.My Profile

Reply
Ririey November 28, 2017 - 10:34 am

baru pagi tapi dah terasa lapar hahaha

Reply
JMR November 28, 2017 - 11:00 pm

boleh cepat cepat cari makan.. :-p
JMR recently posted…“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji DanishMy Profile

Reply
Mommy DH November 28, 2017 - 9:28 am

nak kne ltk dlm list every month nk mkn blh x ddy??

Reply
Marsha November 28, 2017 - 9:22 am

Nan adalah favorite Marsha…tambah lagi nan cheese. Wah terliur tgk cheese yang banyak itu.

Reply
Rafzan Tomomi November 28, 2017 - 8:23 am

Sedapnyaa Nan cheese. memang terbaik !

Reply
Sally Samsaiman November 28, 2017 - 8:03 am

Rugi oii kalau tak suka makan RSMY! Sally pun selalu jugak g sana…lepas blk Korea ni je tak dapat kesana lagi..hehehe

Reply
Ms Sham November 28, 2017 - 7:59 am

Wow banyak pilihan utk cheese nan kat rsmy

Reply
Anuar November 27, 2017 - 4:33 pm

Fuhhh.. Sedap.. Meleleh tengok Nan Cheese ni… 😉
Anuar recently posted…Tiada halangan untuk memiliki 4 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulanMy Profile

Reply
Ibu Zaid November 27, 2017 - 2:25 pm

Saya rindukan masa lalu yang membuat hatiku pilu

Makan nan cheese bersama teman dahulu
Ibu Zaid recently posted…Tanda bersalin untuk persediaan ibu hamil kurang pengalaman!My Profile

Reply
JMR November 28, 2017 - 4:35 pm

bersama teman mana tu Ibu? hehe
JMR recently posted…“Sedap Gilerr Nan Cheese Extra RSMY ni..” puji DanishMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam