March 29, 2024

Roti Mulawah dan Saltah. Kombinasi Menu Terbaik di Al-Rawsha Shah Alam.

Roti Mulawah dan Saltah. Kombinasi Menu Terbaik Lagi Mengenyangkan di Al-Rawsha Shah Alam.

Restoran Makanan Arab Al-Rawsha Shah Alam merupakan tempat makanan kegemaran keluarga aku sejak beberapa tahun lepas. Bukan sahaja menawarkan tempat yang selesa, kualiti makanan juga terbaik dengan harga yang sangat berpatutan. Minggu lepas, aku berpeluang membawa umi aku ke Al-Rawsha Shah Alam untuk makan malam bersama-sama menantu & cucu-cucunya.

Manggo Lassi & Teh Arab

PARKIR YANG LUAS

Setiap kali ke sini, aku tidak perlu risau tentang parkir kereta. Dengan lot parkir yang banyak, insyaAllah korang akan dapat petak parkir di dalam kawasan restoran. Kalau tak, korang boleh turunkan yang tersayang betul-betul di depan pintu masuk restoran sebelum mencari petak parkir yang sesuai.

PELBAGAI MENU PILIHAN

Seingat aku, sejak pertama kali datang ke sini, menu nasi mandy memang menu wajib pesan. Tak kisahlah nasi mandy ayam ke, nasi mandy kambing ke, tetap terbaik dan memuaskan hati.

Nasi Mandy Ayam

Untuk trip kali ini, hanya wife yang pesan nasi mandy ayam. Sebelum tiba di sini aku dah set mind aku untuk makan yang menu ringan sahaja. Perut masih OK, tidak terlalu penuh, tidak terlalu lapar.

Jadi, aku pesan Roti Mulawah, 2 keping (kot-kot yang lain nak rasa juga) bersama Saltah sebagai kuah untuk dicicah. Ala, macam roti canai la kan, ada kuah dal atau kuah kari. Roti Mulawah ni, macam roti nan la (dibakar) tetapi sedikit nipis berbanding roti nan. Boleh pesan mengikut saiz sehingga maksima 10 keping. Saiz sahaja dalam ‘keping’ tetapi tidak bermakna bila ko pesan 3 keping sampainya 3 keping. Tetapi diameter roti mulawah akan digandakan. Bermaknanya, untuk sekeping roti mulawah, saiznya besar sedikit daripada roti canai biasa. Kalau 10 keping, besarnya berdiameter meja kami..

Boleh bayangkan tak?

Roti Mulawah dan Saltah di Al-Rawsha Shah Alam
Agak-agak Roti Mulawah ini untuk berapa keping?

Roti Mulawah dan Saltah

Nah amik ko..igtkn besar sikit daripada roti canai telur. Inilah saiz untuk 2 keping Roti Mulawah. Nampak tak yang sampai atas meja aku saiznya macam mana. Terkejut ok.

Boleh habiskan ke tidak?

Eh..takde la pula gambar menu Saltah. Sebenarnya, saltah tu macam kari/gulai daging cincang. Aku pasti, daging cincang yang digunakan bukan yang proses, ianya daripada daging 100%. Bukannya dicincang bersama tulang & organ-organ lembu lain. Sedap. Series sedap. Ingatkan biasa-biasa sahaja. Tak. Luar biasa!

Sungguh. Datang ke Al-Rawasha ni, korang kena cuba kombinasi Roti Mulawah dan Saltah di Al-Rawsha Shah Alam. Satu kombinasi terbaik lagi mengenyangkan .. Paling penting, sedap & berbaloi dengan harganya!

Lamb Kebab. Umi yang Order. Licin dalam masa singkat. Sedap!

Mango Lassi + Set Arabic Tea.

Nasi Mandy Ayam + Lamb Kebab + Roti Mulawah 2pcs + Saltah.

Total semua RM102. Perut kenyang, hati puas…Burpp..alhamdulillah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Roti Mulawah dan Saltah. Kombinasi Menu Terbaik di Al-Rawsha Shah Alam.

  1. Awat nasi mandy ayam dia kurang menyerlah ek? Kena lebihkan hiasan nie…

    Dekat sebelah mana ek lokasinya nie? Kot2 tersesat ke Shah Alam (memang selalu ke sana pun) boleh juga singgah nanti

  2. Besarnya 2 keping roti Mulawah tu… itu baru 2 keping, belum 10 keping lagi.. kalau 10 keping tak tahu lah besar mana..

Leave a Reply to amirulfaiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *