Food Truck 3K Complex, SS 13 Subang Jaya

FOOD TRUCK 3K COMPLEX, SS 13 SUBANG JAYA

Trend menjamu selera di ‘Food Truck” makin menular di Malaysia sejak kebelakangan ini. Aku yang pada awalnya tidak berminat untuk membeli makanan daripada penjual Food Truck, kini semakin suka. Pertama kali aku mencuba menu dari Food Truck adalah di medan Food Truck Anggerik Mall Shah Alam. Argh syok pula dengan kepelbagaian makanan yang dijual, sambil menjamu selera di bawah sinaran bulan dan kerlipan bintang.

Hujung minggu lepas, aku ada terjumpa satu lagi port Food Truck baru di 3K Complex SS13 Subang Jaya. Aku perasan Food Truck 3K Complex ni pun semasa dalam perjalanan pulang dari Sunway Pyramid menghala ke KESAS melalui Persiaran Kewajipan.

Nampak meriah Food Truck di sini. Lagi pun, bukan hanya Food Truck yang menjual pelbagai makanan tempatan dan barat, ada juga car boot sale dan juga pentas untuk Live Band. Havoc!

The Experiences Western Food Truck

Berbanding dengan Food Truck Anggerik Mall, bilangan truck di sini tidaklah sebanyak truck di sana. Mungkin tempat ini masih baru atau masa aku pergi ini, ramai peniaga sedang bercuti kot. Tetapi bilangan pengunjung tetap ramai dan meriah. Harga makanan di sini juga agak murah berbanding tempat lain.

Memandangkan malam itu aku teringin makan spaghetti, kami ambil port makan di kerusi meja The Experiences Western Food Truck. Food truck ini menyediakan makanan Barat seperti Steak, Chicken Chop, Spaghetti dan pizza dengan harga berbaloi.

Turkey Ham Pizza Pilihan Dayyan – RM16
FOOD TRUCK 3K COMPLEX
Aglio Olio Seafood RM10 & Potato Wedges RM6

Bagi aku, sekali-sekala ke Food Truck ini boleh saja. Terutamanya ketika bersama famili atau lepak bersama kawan-kawan sambil layan live band.  Kalau nak lepak seorang diri sambil menikmati makanan di Food Truck, memang taklah.

Harus diingat, jangan bandingkan kualiti makanan dengan harga yang ditawarkan sebab korang akan frust. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Nilai masa yang diluangkan bersama kawan-kawan atau famili sambil menjamu selera di sini lebih tinggi dan berharga..

Burp alhamdulillah..

Oh ye, mungkin ada kawan-kawan aku di sini ingin memulakan perniagaan Food Truck tetapi tidak tahu langkah-langkah memulakan bisnes Food Truck ini.

5 Cara Memulakan Perniagaan Food Truck.

1- Food Truck

Membeli lori kecil yang diubahsuai untuk dijadikan ‘warung bergerak’ merupakan pelaburan terbesar untuk memulakan bisnes Food Truck. Tetapi ianya masih rendah jika dibandingkan dengan membuka sebuah restoran! Food Truck hanya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, kos permulaan yang lebih rendah, kos tenaga kerja yang lebih rendah dan bisnes korang bebas bergerak ke mana-mana sahaja.

Mulakan Perniagaan Anda Hari Ini : BisnesAiskrim.com

2- Menu Makanan

Fikirkan menu yang sesuai untuk bisnes Food Truck korang. Tidak semestinya menu itu perlukan yang ‘hipster’, menu tradisi (roti canai, nasi lemak, kacang pool dll) juga sesuai dijadikan menu pilihan. Selain kualiti, harga yang ditawarkan juga perlu diambil kira. Selepas membuat keputusan untuk menu yang hendak ditawarkan, fikirkan tentang strategi penyediaan dan juga pembekal. Fikirkan juga sama ada menu-menu ini ditawarkan setiap hari atau pun pada hari-hari tertentu sahaja.

3- Bekalan Bahan Mentah

Ada peniaga yang tidak tetapkan dari mana bekalan bahan mentah diperolehi. Kesannya, mereka putus bekalan bahan mentah. Bisnes Food Truck adalah satu perniagaan yang berkonsepkan ‘makanan segera’ . Pembeli pasti ‘fed-up’ sekiranya menu itu yang dipilih ‘not available’, nak yang ini juga tidak ada.

4- Bisnes Food Truck yang SAH

Park Food Truck korang di zon yang disediakan untuk bisnes food truck. Jangan sesuka hati park food truck di tempat yang tidak dibenarkan. Paling penting, dapatkan lesen perniagaan yang sah, insuran atau pun permit yang sah.

5- Sebarkan Tentang Food Truck !

Sebarkan tentang bisnes Food Truck korang. Pelbagai cara marketing yang boleh digunakan untuk memastikan kawan-kawan korang tahu tentang bisnes korang. Rugilah kalau semua dah setup cun, tetapi mereka tak notice pun pasal bisnes kacang pool sedap korang!

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

14 Comments

    1. Author

      jalan jalan tu, kalau terjumpa food truck, bolehlah singgah..

  1. Suka mkn dkt foodtruck..sbb byk choice. Dan boleh cepat gemuk klau selalu mkn situ

  2. Kat company saya kerap diadakan event-event rasmi yang mana team food truck tempatan juga akan dipelawa untuk datang berniaga.
    Bagus juga dengan adanya konsep food truck ni.
    Bersih…menarik dan ada kalanya menu-menu yang disediakan agak rare juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam