Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur

Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur

Pengalaman Pertama Dayyan ke Kidzania Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, hajat untuk bawa Dayyan & Danish ke edutainment theme park, Kidzania Kuala Lumpur sudah pun tertunai. Pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka, i guess! Terutama kepada Dayyan yang melalui pengalaman menjadi doktor, bomba, doktor gigi dan banyak lagi. Siap dapat gaji lagi untuk setiap pekerjaan yang dilakukan!

Pesakit bukan main lagi menjeling. Takut-takut Dayyan nak check pernafasan.

Kidzania KL memberi peluang kepada anak-anak berusia 4-14 tahun untuk melalui sendiri pengalaman bekerja dan menjana pendapatan dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Kenapa 4 tahun? Ini usia minimum untuk anak-anak mula memahami arahan dan bertindak mengikut arahan pada usia ini. Kebanyakan aktiviti di Kidzania memerlukan kemahiran mendengar & memahami arahan daripada instructor di sini. Alhamdulillah, walaupun setiap aktiviti yang Dayyan lakukan, dia yang paling junior, tapi masih boleh memahami dan join dengan kawan-kawan lain. Adik Danish memang tak join apa pun, sebab dia masih dengan dunia dia..haha

Gaji pertama sebagai seorang doktor. Bukan main seronok Dayyan dapat duit. Terus minta nak beli toys. haha..ya, begitulah konsep di sini. Ko kena kerja cari duit. Bila dah terkumpul banyak, nanti boleh redeem item yang korang nak.

Bila tengok gambar ni, aku bagitau mommy. Kena simpan elok-elok gambar ni. Mana tahu, dah besar nanti, ntah-ntah girl kat sebelah tu jodoh dia ke. Bolehlah tunjuk bukti yang diorang memang dah pernah jumpa kat di Kidzania. Boleh up cerita dalam SiakapKeli..hahah

Macam mana nak jadi doktor gigi ni? Bunyi mesin cuci gigi pun ngilu bang.

Mr.Photographer.

Outdoor photoshoot. Tengok tu, Dayyan paling kecik. Nasib baik ada kakak tu yang selalu teman dia. Aku tengok dari jauh je. Bagi dia berdikari dan bersosial dengan ‘stranger’..

Ini kakak yang ‘jaga’ Dayyan masa sesi Canon Photography class.
Geng ‘Cuci-cuci Services’

Aku tak rasa satu hari di Kidzania masa yang mencukupi untuk cuba semua karier yang ada di sini. Sebab apa, ‘hiring time’ boleh tahan lama terutama kerjaya-kerjaya panas seperti BOMBA. Dekat dua jam gak menunggu untuk dapat turn sarung baju kalis api.

KIDZANIA AJAR ANAK-ANAK BERDIKARI.

Salah satu rule di Kidzania, untuk menyertai apa-apa aktiviti, hanya anak-anak sahaja dibenarkan beratur. Ibu bapa tidak dibenarkan mewakili anak-anak. Aku setuju dengan rule sebegini. Kalau tidak, pasti setiap barisan ada ibu bapa yang tolong beraturkan, dengan alasan anak-anak penatlah, anak pergi ke tandas la..dalam masa yang sama, barulah anak-anak boleh belajar untuk hidup secara berdikari..

Yang ni masa menunggu tiket untuk join geng abang BOMBA. Lebih kurang jam 3 petang. Kesian lak tengok budak-budak ni dah mula kepenatan. Ada yang tersengguk-sengguk. Dayyan pun siap tertidur sambil duduk. Last-last aku dukung dia. Bagi dia tidur kat bahu sambil menunggu tiket. Kebas gak la tangan daddy ni nak hoii..

Aktiviti di Kidzania KL
Safety Induction ni. bukannya diorang tengah tengok kartun ;-p
Anak orang lain tengah ‘put water on fire’.. anak aku siram pokok bunga!
Syabas team!

Setakat guna iPad untuk aktiviti ini apa lah sangat kan. Sebab Dayyan dah didedahkan dengan gajet ini sejak kecil. Tapi, awal-awal lagi dia dah tanya akak tu, “Youtube boleh bukak tak?”..

Syoklah Dayyan ada akak tolongkan..
Tengah wondering, toys apa yang ada dalam Happy Meal ni..

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Bapa mana yang tidak seronok melihat anak-anak gembira kan. Hepi hepi gak, balik ni dah kena start baca buku. Tahun depan nak masuk pre-school dah..

HARGA TIKET KIDZANIA KUALA LUMPUR.

tiket kidzania KL

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

24 Comments

  1. seronoknya, tambah tertarik dengan gambar-garmbar Dayyan yang cantik ini.

    1. Author

      nak dewasa tu takat ‘rasa’ je la..nak main2 mmg tak boleh hehehe

  2. bestnya… terus rasa tak sabar nak ada anak sendiri, buat masa sekarang boleh ajak anak sedara dulu laa…bestnya ! kita pulak yang exited.

    1. Author

      sampai kol 3 je tahan..pastu sambil bersila menunggu tiket pun dia boleh tertido..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam