Kapsul Masa

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Aku dah pernah tahu kewujudan Muzium Tentera Darat Port Dickson sebelum ini. Cuma tak pernah terlintas untuk singgah. Baru-baru ini ada disiarkan di Majalah 3 tentang apa yang menarik di Muzium Tentera Darat ini. Kebetulan Dayyan pun turut menonton dan tertarik dengan kereta kebal dan beberapa aset Tentera Darat yang dipamerkan di sini. Terus dimintanya untuk ke sini. Aku just jawab, ada rezeki kita pergi sana ye..

Rezeki dia, on the way balik dari trip pendek ke Melaka, aku singgah di sini sekejap walapun cuaca panas terik….

Apa Yang Menarik di Muzium Tentera Darat Port Dickson ?

Di pintu masuk utama, Dayyan & Danish dah tertarik dengan aset-aset tentera darat seperti kereta kebal, meriam, pesawat tempur, helikopter dll. Masuk-masuk je terus berlari dari satu aset ke aset yang lain. Macam-macam pertanyaan keluar dari mulutnya hinggakan aku pun pening nak jawab antara fakta dan auta:-p

Muzium ini terbahagi kepada beberapa pameran seperti;

  • Tentera Darat Sepintas Lalu
  • Era Kesultanan Melaka, Portugis dan Belanda
  • Era British Di Tanah Melayu
  • Era Penubuhan Askar Melayu
  • Era Pra Kemerdekaan
  • Era Kemerdekaan
  • Tentera Darat Hari Ini
  • Sumbangan Tentera Darat
  • Terowong PKM

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Dayyan & meriam kuno.

Dayyan dan Danish lebih tertarik dengan aset-aset & senjata Tentera Darat yang pernah digunakan dalam pentempuran suatu masa dahulu.Bukan main asyik lagi dok bergaya sakan dengan meriam kuno ni. Penat gak aku nak menjawab dan terangkan apa ke benda yang dia dok pegang tu. Yang dia tahu, benda itu untuk ‘tembakkkkk!!!’..

Dayyan & Helikopter Alloute.

Pesawat-pesawat udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam operasi-operasi TD seperti Operai Doyai Musnah turut dipamerkan kepada pengunjung. Antaranya ialah pesawat A4 Skyhawk, DHC Caribou dan Helikopter Alloutte. Helikopter Alloutte merupakan pesawat pertama yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Darat.

Pesawat Udara TUDM

Antara aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang dipamerkan di sini. Saiz sebenar ni.

Terowong PKM

Terowong PKM yang dibina di bawah bangunan muzium. Ini pun antara tarikan yang best. Sepanjang terowong dipamerkan info-info berkaitan zaman Parti Komunis Malaya. Siap ada bilik meeting oleh geng komunis.

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Aku sangat sangat rekemen korang yang ada anak-anak untuk berkunjung ke Muzium Tentera Darat Port Dickson ini. Konsep di muzium ini tak sama dengan muzium-muzium lain. Selain informatif, maklumat yang diberikan di sini juga tepat melalui berita bergambar, model, replika dan lain-lain.

HARGA TIKET MUZIUM TENTERA DARAT.

Tiada sebarang bayaran dikenakan.

ALAMAT MUZIUM TENTERA DARAT

Kem Sri Rusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments

  1. selalu singgah kat belah depan jer xtahu pulak kat belah dalam lagi menarik? next kena pergi bawa budak2 nie sekali..

  2. Bagus juga tubuhkan muzium tentera macam ni , sedikit sebanyak kita kenal dan dapat sedikit info tentang peralatan dan senjata yang diorang gunakan semasa melawan musuh . Kenderaan yg mereka gunakan .sedikit sebanyak adanya muzium macam ni boleh tunjuk ke generasi yang akan datang

    1. Author

      Memang diorang teruja. siap ajak pergi lagi sekali..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam