March 28, 2024

Luahan Hati Seorang Ayah

Semalam aku ada terbaca luahan hati seorangi ibu yang rasa bersalah atas tindakan terhadap anak sulungnya. Aku ingatkan, hanya aku & isteri sahaja yang rasa begitu, rupanya ramai lagi yang memendam rasa yang sama.

Anak Sulung.

Ingat lagi masa mula2 doctor cakap ujian urine isteri positif? Indahnya rasa. Nikmatnya rasa. Dia punya excited, Allah saja yang tahu. Bila anak dah keluar tak payah cerita laa. Every 5 minit upload gambar kat FB. Hehe. Excited kan? Yaaa it happened to me too!

Dan sehingga tibanya si adik. Anak sulung tadi seakan dipaksa untuk membesar, memahami segala yang orang dewasa fahami, selesaikan masalah, kawal emosi sendiri, and the list goes on sedangkan masa tu dia baru berumur 2 tahun, setahun, setahun setengah.

“Abang kan dah besar”.

Standard ayat nak salahkan si sulung, right away kalau adik tetiba nangis. Kadang2 memang adik yang kacau kakak, tapi sebab adik yang kecil, kakak lah yang tanggung beban tu.

Duhai sayang, penghuni pertama rahim mommy.. Kadang2 daddy terlupa kamu masih kecil, daddy marah suruh kamu bersabar sedangkan daddy sendiri tak sabar. Daddy mahu kamu fahami diri mama, kesibukan daddy, kerja daddy, tetapi sebenarnya daddy yang tak faham kesunyian kamu bila daddy&mommy bekerja, kesedihan kamu bila daddy lebih fokus pada adik, kekecewaan kamu bila daddy acuh tak acuh dengar cerita kamu.

Tetapi seteruk mana pun daddy lakukan pada kamu, dalam sekelip mata kamu tetap boleh kembali tersenyum macam tak ada apa yang berlaku, kamu masih punya cerita yang banyak, kamu masih punya cinta yang sarat untuk mama walaupun kadang2 cinta kamu itu tak terbalas oleh mama..

Sayangku anak sulung daddy.. Maafkan segala khilaf daddy dan mommy dalam membesarkan kamu. Maafkan daddy, kami hanya manusia biasa yang selalu terlupa bahawa kamu masih kecil. Daddy dan mommy selalu terlupa untuk kembali mengucup dan memelukmu sehangat kucupan dan pelukan yang daddy berikan buat adikmu.

Maafkan daddy, kerana daddy tahu selepas ini daddy akan terus menerus lakukan kesalahan lagi.

Buat anak sulung daddy dan anak sulung yang lain, semoga kalian sentiasa dirahmati Allah, semoga Allah jua yang membalas jasa kalian, pengorbanan kalian dan kasih sayang kalian kepada adik2.

Nota: Sejak jadi seorang ayah ini, hati aku begitu senang tersentuh bila melibatkan hal anak-anak..~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Luahan Hati Seorang Ayah

  1. Ayat — abang anak sulung / abang dah besar, kena beralah sebenarnya dah tak relevan. Dan sebenarnya berat sebelah.

    Hanya sebab kita ayat ini selalu keluar dari mulut org tua kita, x semestinya betul. Sama juga macam ayat ni kita ckp kt anak — belajar rajin2, besar esok jadi orang senang. Pun menidakkan kuasa Allah yg menentukan future kita.

    Ramai yg rajin belajar dan jadi gila. Ada yg rajin belajar tapi separuh jalan sakit, dan x jadi org senang. Ada juga rajin belajar, tapi kerja biasa saja akhirnya.

    Kena bgtau anak yg dia kena rajin belajar sbb Allah syg org yg sungguh2 dlm kerjanya. Bukan sbb nanti dpt kerja elok, hidup senang. Sbb matlamat dia sudah salah. Dan sbb future kita semua bkn sepenuhnya di tangan kita.

    Fake expectations yg kita dpt dari orang tua kita yg hidup tahun 50an dah x boleh di bawak ke zaman ini.

    Kita salah mendidik memang benda biasa. Lagi2 dalam zaman masa singkat, fokus kita hampir tak ada dan semua org tertekan dengan hal masing2.

    Yg penting semua ada azam nk buat come back pada anak2 bila dah silap. Layan lebih, peluk selalu.

    Kesian juga tengok mak bapak makan kat luar dengan anak-anak. Sudahlah mak tak sempat masak & bagi air tangannya kat suami dan anak, mak sibuk belek baju kat FB, bapak sibuk main Clash Royale, anak termenung sorang-sorang.

    Kita semua salah dlm hal ini.

  2. Memang betul, selalu cakap kat anak sulung macam tu. Dia dah besar dan kena beralah dengan adik, padahal dia pun masih ‘kecil’ dan perlu perhatian juga

  3. tacing ok
    el lagilah dah 4 orang wei
    asik2 salahkan yang sulung no. 2 dan 3..sebab nak bela si adik yg kecik kuat merajuk menangis terlajak manja. Tapi kasih sayang tak pernah berbelah bagikan. Kadang2 marah si adik..mama el backup si abg haha gitulah

  4. Bila dah ada anak2, hati mmg mudah tersentuh.. Anak sulung saya perempuan, syukur yg lelaki no 2 tu boleh la kawtim klu apa2 hehee, cuma skrng dah peringkat bermain dgn keperluan dan kehendak anak yg kdg2 melibatkan emosi dan pengaruh luar mereka. Klu nak kasut, brand dan nasihat kengkawan pun turut memain peranan dlm kehidupan mereka, bukan sekadar kasut yg kita rasa nak belikan je.. begitu juga dgn semua benda2 yg lain2.

  5. Anak sulung menentukan nasib keluarga di kemudian hari

    pernah dengar dalam satu majlis ilmu

    selepas mak ayah tiada

    adik beradik bersatu atau tak sangat bergantung pada si sulung

    Tugas kita nak didik mereka jadi ketua

    Dan wakil serta wali

Leave a Reply to Raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *