burp@

Asam Pedas Kepala Ikan Merah , Bandar Hilir Melaka

Sambungan kisah 2hari 1malam kami di Melaka. Aku rasa bukan keluarga aku sahaja yang wajib menjamu selera menu tersohor Asam Pedas Kepala Ikan Merah setiap kali datang ke Melaka, korang pun pasti buat aktiviti yang sama juga. Betul tak?

Memandangkan hotel penginapan kami terletak di Bandar Hilir, jadi nak mencari tempat makan sedap di Bandar Hilir tidaklah terlalu jauh. Dengan hanya berjalan kaki pun boleh sampai di Restoran Asam Pedas Jr. Ini bukan pertama kali ke sini. Dan ini adalah pertama kali kami menjamu selera di sini pada waktu malam. Rupanya malam lebih meriah dengan gerai-gerai lain yang menyediakan pelbagai menu.

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Anak tekak terasa nak pekena asam pedas kepala ikan merah. apa lagi, terus order kepala ikan merah saiz sederhana. Ayam goreng pun nampak sedap kan. Order seketul. Kombinasi asam pedas kepala ikan merah, ayam goreng garing dan sambal belacan ulam-ulaman memang terbaik. Merecik hawau!

Masa nak bayar baru tahu, harga asam pedas kepala ikan merah tu RM35! haha..nasib baik sedap. Bersyukur alhamdulillah. Lagi pun, isteri yang belanja malam ni..haha..terkena dia kata..~

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Makanan belum tiba, dik Danish dah tertidur kepenatan mandi kolam petang tadi. Nak dijadikan cerita, stroller dia aku terlupa bawa. Terpaksalah isteri tolong pangkukan sebelah, sebelah lagi dok gaul-gaul nasi..hehe.. Dayyan pula memang nampak sangat penat. Terus tak berselera makan nasi.

Aku pesankan dia sate 10 cucuk. Ingatkan nak try secucuk dua, sekali dia habiskan semua. Eh yang ni unik. Muka ngantuk tapi perut berselera..tapi sempat gak rasa secubit. Patutlah, sedap kot…Dayyan ni hantu satey. 20 cucuk pun dia boleh habiskan. Tengoklah anak siapa!

Tempat Makan Sedap di Melaka

Syok weh lepak kat sini malam-malam. Meriah. Dah tu boleh tengok gelagat orang ramai yang dok lalu-lalang ke Uptown Bandar Hilir. Masa aku pergi ni, cuaca tengah sedap. Tak panas. Angin sepoi-sepoi bahasa.

Lepas setel semangkuk asam pedas kepala ikan merah tu, jalan-jala pusing Uptown Melaka. Tak jauh beza dengan uptown-uptown yang lain. Baru aku tahu, kat area uptown tu pun ada foodstall. Nampak macam meriah juga.

Lain kali boleh cuba rasa makanan kat situ pula. InsyaAllah..burppp alhamdulilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

14 thoughts on “Asam Pedas Kepala Ikan Merah , Bandar Hilir Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam